"Alex, nak join kitorang pergi camping tak?" Tanya Carl setelah mereka selesai latihan bola tampar.
"Bila?" Tanya Alex. Peluh di muka dilap dengan menggunakan sehelai tuala bersih.
"Weekend ni." Balas Carl. "Kalau kau nak ajak Hayden dengan Sara pun boleh sebab ada je girls lain yang join." Tambah Carl.
"Okey. Nanti aku tanya dorang. Kalau dorang join, aku join." kata Alex.
"Boek. Apa-apa roger nanti."
"Okey."
Alex mengambil beg lalu melangkah keluar dari gelanggang bola tampar. Cafeteria dituju. Perutnya sudah berdondang sayang setelah beberapa jam practice volleyball.
***
Alex mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Setelah rambutnya agak kering, badannya dihempas ke katil.
Fuhh, lega segala sendi dia.
Phone yang terletak di meja kecil sebelah katil dicapai. Whatapps group yang bertajuk(?) 'SARA GORGEOUS' ditekan.
SARA GORGEOUS
Carl ajak pergi camping. Nak join tak?
✔️✔️
Sara
Bila?Weekend ni.
Hayden
Kau join tak Alex?Aku join kalau korang join.
Hayden
Aku joinSara
Ada girls lain tak yang join?Ada.
Sara
Kalau macam tu aku join lah.Okey. Nanti aku bagitahu Carl.
***
"Kena mendaki ke?" Keluh Sara dengan muka tak rela. Tak suka bab daki mendaki ni. Rasa nyesal pulak ikut. Kedengaran keluhan daripada gadis-gadis yang lain.
"Surprise!" Kata Carl sambil tersenyum kambing. "Kita perlu mendaki sedikit untuk sampai ke tempat camping."terang Carl.
"Kalau korang tak larat, apa guna boyfriend korang yang sado-sado tu?" Jerit satu suara lalu disambut sorakan para jejaka. Masa ni lah dorang nak tunjuk kegagahan dorang kepada buah hati masing-masing. Yang single boleh menangis sendu tepi pokok.
"Alex, nak dukung." Gurau Sara manja.
"Kau tu berat macam gajah. Tak larat aku nak dukung." Tolak Alex kejam.
Terkekeh-kekeh Hayden ketawa apabila mendengar jawapan Alex.
"Aku ringan okey." Bentak Sara geram. Perempuan paling pantang kalau disamakan dengan gajah.
"Dah jom gerak. Kang tertinggal pulak." Ajak Hayden setelah melihat rakan-rakannya yang lain sudah mula bergerak.
Mereka mendaki penuh hati-hati jalan denai yang hanya sebesar sekangkang kera itu.
"Aaaaaa" jerit Sara apabila kakinya tersadung akar pokok.
Badannya yang hampir tersembam di tanah itu sempat disambut oleh Alex. Alex memeluk pinggang Sara kejap bagi mengelakkan Sara daripada terjatuh.
YOU ARE READING
OG | HE OR SHE?
RomanceCover by @Fiya_san ALEX Kehidupannya berubah selepas kemalangan yang meragut nyawa ayahnya, Encik Edwin. Amanah yang diberikan oleh Encik Edwin cuba digalas sebaik mungkin dan satu rahsia besar cuba disimpan demi keluarganya dan juga DAVIES. HAYDEN...