CHAPTER 22 | SEDAR

1.5K 117 18
                                    

Puan Dianne melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Wajahnya tegang. Tanpa pengentahuan dia, Encik Erwin mengadakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah berkenaan perlantikan ceo sementara bagi menggantikan Alex. Nasib baik, 'mata-matanya' segera memberitahu dia.

"Hello Dianne." Sapa Encik Erwin dengan senyum penuh makna. Dia sudah menjangkakan kehadiran adik iparnya itu.

"Please take your seat."

"Apa semua ni Mister Erwin?" Tanya Puan Dianne dengan nada tegas. Kemarahan yang ingin meletus cuba dikawal sebaik mungkin.

"Kemalangan yang menimpa Alex sangat mengejutkan kita semua dan menjadi syarikat agak kucar-kacir. Jadi aku bercadang untuk melantik CEO baru bagi menggantikan tempat Alex buat sementara waktu." Ucap Encik Erwin panjang lebar.

"What? Why you didn't notify me about this matter? And, father tahu ke pasal benda ni?" Soal Puan Dianne.

"Aku tahu kau tengah bersedih dengan apa yang menimpa Alex. Jadi aku tak nak bebankan kau dengan benda and about father, I already told him. And, he agree with my idea." Sebuah senyuman kemenangan terukir di bibir Encik Erwin apabila melihat wajah Puan Dianne yang sedang menahan amarah.

Puan Dianne merenung Encik Erwin tajam. Penumbuk digenggam kemas. Kenapa father setuju sedangkan dia tahu perangai Erwin macam mana? Soal Puan Dianne dalam hati. Tidak mungkin bapa mertuanya setuju begitu sahaja. Mesti ada perkara tersembunyi ni.

Melihat Puan Dianne yang hanya mendiamkan diri, senyuman di bibir Encik Erwin semakin lebar.

"Okey, we proceed our meeting. Seperti yang anda semua sedia maklum, our current CEO, Mister Alexander masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kemalangan. Jadi kita perlukan seseorang untuk menjadi CEO sementara sehingga keadaan stabil. So, ada apa-apa cadangan?" Tanya Encik Erwin sambil memandang satu persatu wajah director yang berada di dalam bilik tersebut.

"Saya cadangkan supaya Encik Erwin dilantik sebagai CEO sementara." Cadang Encik Smith. Sekutu kuat Encik Erwin.

"Saya setuju dengan cadangan Encik Smith." Sambung beberapa orang director. Yang lain pun menganggukan kepala mereka tanda setuju.

Puan Dianne yang sudah menjangkakan hal tersebut hanya mampu mendiamkan diri. Tidak guna dia membantah kerana kesemua mereka yang lain bersetuju dengan perlantik Encik Erwin sebagai CEO sementara.

Suasana wad pribadi itu hening. Hanya kedengaran deru nafas Alex yang masih berbaring tidak sedarkan diri seperti hari-hari sebelumnya. Susuk tubuh Hayden masih setia berada di sisi. Matanya tidak lepas dari memandang wajah tenang Alex sambil tangannya menggenggam erat tangan kepunyaan Alex.

"Alex, aku rindu kau. Bangunlah." Rayu Hayden. Setiap hari, tanpa jemu, dia merayu agar Alex cepat sedar. Hatinya tidak betah melihat pujaan hatinya terbaring kaku begitu. Dia rindukan senyuman Alex. Dia rindukan muka pasrah Alex apabila dia membuat permintaan yang bukan-bukan. Sungguh dia rindu.

Sedang Hayden tenggelam dalam rindu, tanpa dia sedar kelopak mata Alex bergerak.

"Alex, cepatlah bangun. Aku janji aku akan belanja kau makan dekat mana-mana tempat kau nak selama sebulan." Rayu Hayden sambil meletakkan dahi di belakang tapak tangan Alex.

"Janji eh?" Sambung satu suara yang agak serak.

Terus terangkat kepala Hayden apabila mendengar suara tersebut. Suara yang begitu dirinduinya. Tanpa berfikir panjang, tubuh Alex dirangkul erat. Wajahnya disembam ke leher Alex.

"Woi, woi, woi! Apa ni?" Tanya Alex. Tangannya cuba menolak badan Hayden yang melekat di badannya. Namun, usahanya sia-sia. Alex pasrah. Dia hanya mampu membiarkan Hayden memeluknya.

"Dah puas?" Tanya Alex sakarstik setelah Hayden melepaskan pelukan di badannya.

"Tak." Jawab Hayden tanpa rasa malu sambil tersengih. Kalau ikutkan hati, dia ingin memeluk tubuh Alex tanpa lepas.

"Euwww.. sorry eh aku straight lagi." Kata Alex sambil menyilangkan tangan di dada. Tubuhnya dijauhkan sedikit dari Hayden. Pura-pura takut.

"Sampai hati you baby. You tak nak ke boyfriend handsome macam i?" Gurau Hayden sambil berpura-pura tersakiti. Tangannya cuba menggapai tangan Alex. Amboi Hayden ni, semakin berani ye?

"Hey bodo, dah lah. Meremang bulu hidung aku." Pantas Alex menarik tangannya daripada digapai oleh Hayden. Pening Alex nak melayan perangai 'gay' Hayden.

"Hahahahaha" berdekah Hayden melihat muka jijik Alex. Tak sempurna harinya tanpa mengganggu Alex.

"Kau nak apa-apa ke?" Tanya Hayden setelah ketawanya reda.

"Ambikkan aku air. Hauslah. Bangun-bangun dah nak kena layan perangai sewel kau. Penat aku." Keluh Alex. Terkejut beruk dirinya apabila buka sahaja mata, dia melihat susuk tubuh Hayden yang sedang menggenggam erat tangannya. Entah mengapa, hatinya gembira apabila melihat sekujur tubuh Hayden yang berada di sisinya.

"Yelah, yelah."

"Nah" Hayden menghulur segelas air putih kepada Alex.

Alex meneguk air tersebut rakus. Kering tekak woi. Entah berapa lama dia tidak sedarkan diri.

"Apa pandang-pandang?" Tanya Alex setelah selesai melegakan tekaknya. Dari tadi lagi dia perasan bahawa Hayden merenungnya bagai nak tembus.

"Aku rindu kau." Ungkap Hayden tanpa sedar dengan nada perlahan.

"Hah, apa dia?" Tanya Alex pelik.

"Tak ada apa-apa." Jawab Hayden sambil tersenyum. Biarlah perasaan terlarang itu dia simpan sendiri. Dia tidak mahu hubungannya dengan Alex terjejas gara-gara perasaan tersebut.

"Hari ni hari apa?" Tanya Alex pagi. Badannya dibaringkan semula kerana kepalanya mulai rasa berdenyut-denyut.

"Selasa"

"Kenapa kau ada dekat sini? Kau tak ada kelas ke?" Alex pelik. Setahunya hari Selasa merupakan hari paling sibuk bagi seorang Hayden. Kelasnya padat serta dia ada latihan bola sepak pada sebelah petang. Tanpa dia sedar, dia mengingati semua jadual Hayden.

"Ada. Tapi aku malas nak pergi." Balas Hayden selamba. Tangannya tanpa segan silu bermain dengan jemari Alex.

Alex membuat muka menyampah. Macam tak kenal perangai seketul Hayden ni. Kalau dia nak ponteng, dia ponteng je. Tak ada siapa nak marah. Mentang-mentang bapak dia penderma terbesar universiti mereka. Memang nak lemak lah dia.

OG | HE OR SHE? Where stories live. Discover now