CHAPTER 15 | DENDAM

1.3K 131 16
                                    

Sambung flashback

"Daddy!!" Jerit Xandra terbangun dari pembaringan. Matanya terbuka luas. Dadanya berombak kencang. Matanya melilau mencari kelibat keluarganya terutama Encik Edwin.

Xandra segera menoleh ke arah pintu apabila mendengar bunyi pintu dibuka dari luar. Kelihatan kelibat dua orang berseragam putih memasuki bilik yang menempatkan Xandra.

"Young Master." Sapa Salah seorang daripada mereka iaitu Doktor Brandon. Dia tahu yang Xandra tidak suka digelar Young Missus.

"How my father?" Tanya Xandra laju. Badannya ingin dibawa turun dari katil.

"Your father-" jeda Doktor Brandon seketika. "Sorry,we can't make it. Master Edwin tidak dapat diselamatkan," sambung Doktor Brandon semula.

"No.. No. This is not true. You fucking lying with me right?" Kata Xandra sambil menutup kedua belah telinganya. Badannya terduduk semula di katil. Matanya kosong memandang ribanya sendiri. Masih terbayang di mata wajah penuh senyuman Encik Edwin mengucapkan Happy birthday kepada dirinya dan Xander.

Setitik demi setitik air mata membasahi pipi sebelum menjadi aliran deras. Why daddy why? Kenapa pergi cepat sangat?

Xandra menangis seketika. Hatinya remuk bagai dilanggar lori. Namun, Xandra teringat kembali pesanan terakhir Encik Edwin.

Xandra menarik nafasnya dalam. Air mata di pipi dikesat menggunakan tangan."How about my mother and my brother?" Tanya Xandra.

"Madam Dianne mengalami patah tangan dan luka kecil. Manakala Young master Xander pula, koma sebab berlaku hentakan yang kuat di kepala, leher patah and kecedaraan yang agak parah di paha akibat tusukan kaca. Kemungkinan untuk Young master Xander sedar buat masa terdekat sangatlah nipis." terang Doktor Brandon.

Xandra hanya mendiamkan diri mendengar penerangan Doktor Brandon.

Xandra menbuat isyarat agar Doktor Brandon menghalau nurse di sebelahnya keluar.

"Saya nak doktor pindahkan Xander ke private Villa dengan segera and keep it secret. And, satu lagi. Tell everybody yang koma tu Xandra, not Xander. Understood?" Ujar Xandra dengan tegas setelah nurse tersebut keluar. "Tentang doktor yang rawat Xander tu, you know what you should do right?" Sambung Xandra lagi.

"Don't worry young master.I'll do just like you said," Doktor Brandon menundukkan sedikit kepalanya.

"Good. And stop call me young master. From now on,call me Alex."

"Baik,Alex.Kalau macam tu saya mintak diri dulu. Nanti nurse tadi akan tukar iv drip kamu." Pamit Doktor Brandon.


Alex memandang pusara ayahnya dengan pandangan kosong, sekosong hatinya. Dia meletakkan sekuntum bunga lili di atas pusara Encik Edwin. Tangannya naik mengusap batu nisan pusara Encik Edwin dengan lembut, bagaikan mengusap wajah Encik Edwin.

"Daddy, Xandra janji, Xandra akan jaga mummy dan Xander. Daddy tak perlu risau. Xandra pegang kata-kata Xandra. Jadi, daddy berehatlah dengan tenang ye?" Bisik Xandra perlahan. Xandra bangun perlahan-lahan. Pusara Encik Edwin dipandang buat sekian kalinya sebelum tubuhnya yang bersuit hitam itu dibawa melangkah beredar dari situ.

Masing-masing diam menunggu bicara daripada seorang lelaki yang sedang enak menghirup teh, Encik Tristan Davies, ketua keluarga Davies. bapa kepada Encik Erwin dan Encik Edwin, datuk kepada Xandra, Xander dan Eric.

"Father, keadaan syarikat sekarang agak tidak stabil akibat kematian Edwin yang mengejut. Kita kena lantik CEO yang baru dengan cepat," usul Encik Erwin memecah kesunyian setelah dia melihat Encik Tristan tiada tanda untuk membuka mulut.

"Aku tahu dan aku dah ada calon yang sesuai." Kata Encik Tristan.

Wajah Encik Erwin sekeluarga sudah bersinar mendengar kenyataan Encik Tristan itu. Mesti dia akan melantik Encik Erwin sebagai CEO baru kerana Encik Erwin merupakan satu-satunya anak yang tinggal.

"Mulai saat ni, Alex akan jadi CEO. Dan syer Edwin,akan jatuh ke tangan dia." putus Encik Tristan.

Mereka yang hadir terkedu mendengar keputusan Encik Tristan. Tidak menyangka sekali keputusan beliau.

"No." Bantah Encik Erwin. "Why him father? Dia masih mentah father. He only freaking 13 years old. How come dia boleh handle syarikat. Lagi-lagi syarikat sebesar DAVIES. Kenapa tak bagi kepada yang lebih berpengalaman?" hujah Encik Erwin. Mukanya sudah memerah menahan geram. Bagai nak gila dia plan semua ini, last-last dia still tak dapat hak yang sepatutnya miliknya.

"Kamu dan Dianne akan bantu Alex dalam uruskan hal-hal DAVIES sampai lah dia berumur 19 tahun." ujar Encik Tristan.

"But-"

"No buts, Erwin. Keputusan aku muktamad." Tegas Encik Tristan.

Encik Erwin bangun dan terus beredar dari situ tanpa pamit.Terpampang jelas riak tidak berpuas hati di wajahnya. Puan Lily dan Eric turut bangkit mengejar langkah Encik Erwin.

Kini hanya tinggal Encik Tristan, Alex dan Puan Dianne yang berbalut tangan di ruang tamu rumah agam keluarga Davies sejak turun temurun.

"Ini je grandpa dapat tolong kamu." Ujar Encik Tristan perlahan. Wajah Alex yang persis Encik Edwin dipandang lembut. Terubat sedikit kerinduan terhadap anaknya yang telah tiada.

"Terima kasih banyak-banyak grandpa. Alex janji, Alex tidak akan kecewakan grandpa," janji Alex dengan suara penuh yakin. Dia akan pikul amanah ini dengan sebaik mungkin.

"Malam ni, kamu tidur lah sini eh?" Pinta Encik Tristan.

"Okey father," sahut Puan Dianne. Senyum manis dilemparkan kepada Encik Tristan.

"Kenapa mesti dia yang dapat position tu?!" Jerit Encik Erwin penuh amarah. Habis barang di atas meja jatuh ke lantai akibat ditolaknya.

"Penat-penat aku plan semua ni, kenapa anak si Edwin bangsat tu yang dapat? Sepatutnya dari dulu lagi DAVIES tu milik aku. Bukan si bangsat Edwin ataupun anaknya. Kenapa father pilih kau dulu Edwin? Patutnya aku! Aku anak sulung!" Jerit Encik Erwin lagi. Berombak kencang dadanya akibat amarah.

Dari dulu lagi dia sudah menganggap DAVIES itu haknya.

Dia sudah lama berdendam dengan adiknya, Edwin gara-gara father lebih memilih adiknya berbanding dia. Sepatutnya DAVIES diberikan kepadanya, bukan Edwin.

"Orang tua patut mampus dulu baru aku boleh rampas kembali hak aku," getus Encik Erwin dalam hati.

Satu senyum sini terukir di bibir Encik Erwin.

OG | HE OR SHE? Where stories live. Discover now