"Alex!!!"
Mata Hayden terbuka luas. Nafasnya tercungap-cungap. Bajunya sudah lencun akibat peluh. Terduduk Hayden di atas katil. Mimpinya tadi seakan-akan nyata. Kedua belah tangannya naik meraup muka. Badannya disandarkan ke kepala katil. Fikirannya masih terbayang-bayang akan mimpi tadi.
Semalam, setelah Puan Dianne datang, dia pulang ke rumah. Memberi ruang kepada Puan Dianne walaupun hatinya berat untuk meninggalkan Alex. Namun, digagahkan juga dirinya untuk pulang ke rumah.
Jam di skrin handphone ditilik. Baru pukul 5 pagi. Tapi matanya segar, tidak ingin lelap. Takut dihantui mimpi seperti tadi. Sungguh dia trauma.
Hayden termenung seketika melangkah menuju ke bilik air. Setelah mencuci muka dan menyalin pakaian, Hayden menyarung kasut sukannya. Langkah dibuka menuju ke taman berdekatan. Baik dia jogging daripada melayan perasaan yang tidak enak.
Hayden membuat warming up sebelum memulakan larian.
Setelah berlari beberapa pusingan, Hayden duduk di kerusi yang disediakan. Nafasnya termengah. Peluh di dahi dikesat menggunakan belakang tangan. Kemudian Hayden meneguk rakus air mineral yang dibawanya.
Setelah nafasnya kembali normal, Hayden membuka langkah pulang ke rumah. Ingin bersiap-siap untuk menjenguk Alex di hospital.
"Hi aunty." Sapa Hayden sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Alex. Tangannya menjinjing plastik makanan. Tidak lama selepas dia balik semalam, Alex dipindahkan ke wad persendirian kerana keadaan sudah semakin baik.
"Oh, hi Hayden. Awalnya kamu sampai. Kamu tak ada kelas ke pagi ni?" Balas Puan Dianne sambil tersenyum. Terlakar riak kepenatan di wajahnya. Masakan tidak, dia tidak tidur sepanjang malam. Matanya tidak mampu lelap kerana gusar memikirkan keadaan anaknya yang terlantar tidak sedarkan diri.
"Tak ada aunty. Tu yang datang awal tu." Bohong Hayden. Sebenarnya dia ada kelas pukul 8. Tapi buat apa pergi kelas kalau fikirannya asyik melayang teringatkan Alex di hospital. "Saya ada belikan aunty breakfast ni. Aunty makan lah dulu. Biar saya jaga Alex." Kata Hayden lembut.
"Thanks Hayden. Buat susah kamu je." Puan Dianne menyambut plastik makanan yang dihulurkan oleh Hayden.
Tiba-tiba telefon milik Puan Dianne berdering.
"Hayden,tolong tengokkan Alex sekejap, boleh?" Tanya Puan Dianne setelah melihat nama si pemanggil.
"Boleh aunty." Jawab Hayden pantas.
"Terima kasih Hayden." Ucap Puan Dianne sebelum keluar dari bilik wad tersebut.
Setelah yakin bahawa Puan Dianne telah keluar, Hayden segera menggapai tangan Alex. Tangan Alex digenggam lembut. Cuba meyakinkan diri bahawa Alex masih hidup kerana dirinya masih dihantui mimpi ngerinya malam tadi.
"Hi Alex, morning." Ucap Hayden sambil memandang sayu wajah Alex yang masih tidak sedarkan diri itu.
"Aku rindu kau even baru semalam aku jumpa kau. Hahaha. Aku ada bawak favorite food kau, waffle peanut. So, kau kena bangun. Kalau tak, aku makan semua waffle kau. Jangan marah aku pulak lepastu sebab kau yang tak nak bangun." Celoteh Hayden seolah-olah Alex mampu mendengarnya.
"By the way, cantik jugak eh jari kau. Macam jari perempuan." Puji Hayden sambil membelek-belek tangan Alex, cuba mengusir sayu di hati. Tiba-tiba jari Alex bergerak sedikit.
Mata Hayden terbuntang. Tangan Alex ditenung lama. Namun, tiada lagi pergerakkan. Hayden mengeluh kecewa.
"Alex, kau suka kan main-mainkan aku?" Kata Hayden pilu. Tangannya naik membelai wajah pucat Alex. Wajah itu ditenung sejenak.
Pantas tangannya ditarik semula apabila mendengar bunyi tombol pintu dipulas. Wajah Puan Dianne kelihatan tegang.
"Hayden, aunty mintak tolong jagakan Alex kejap boleh tak?" Tanya Puan Dianne. Hatinya berat untuk meninggalkan Alex yang masih tidak sedarkan diri itu. Tapi apakah daya, DAVIES lebih memerlukannya.
"Boleh je aunty." Jawab Hayden laju. Kalau Puan Dianne tak mintak tolong pun, dia memang akan jaga Alex.
"Maaf Hayden, aunty susahkan kamu pulak." Wajah Puan Dianne serba salah.
"Mana ada susah aunty. Alex ni kawan saya. Lagipun saya takde kelas harini." Tipu Hayden lagi. Sedangkan harini jadual dia penuh dengan kelas dan tugasan yang bertimbun.
"Terima kasih Hayden." Ucap Puan Dianne.
"Mummy pergi dulu baby." Ucap Puan Dianne kepada Alex yang masih tidak sedarkan diri. Dahi Alex dikucup sekilas sebelum melangkah pergi. Ada hal yang perlu dia selesaikan.
............
Amacam guys? Suka tak susuprise aku?? Hahahahahaha.. Aku takde lah kejam sangat nak bagi Alex mati awal. Kesian dia mati dalam ke'single'lan. Aku pun kesian dengan gayboi aku sorang tu, si Hayden. Tak kan nak biarkan dia pikir dia gay. Kesian member tu, sampai ke sudah pikir sendiri gay. Hahahahhaha.. Si bapak Eric tu pun belum dapat balasan setimpal. (Btw, aku lupa nama bapak dia *scroll semua chapter balik*)
Pape pun, happy reading. Ni update yang paling last sebelum aku hiatus. Sorry guys, aku terpaksa hiatus sebab nak catch up dengan study sebab aku dah lambat 3 minggu. Petak jugak kepala aku. Wish me luck eh? Doakan aku survive. Hahahaha
Kalau rindu aku, dm je kat wp or ig. Insya Allah kalau ada masa aku reply. Buat yang ada number aku tu, actually number tu tak pakai dah. Terpulang lah pada korang kalau nak delete. Sebab nanti aku pakai lagi. Tunggu beli phone baru. Hahahaha
YOU ARE READING
OG | HE OR SHE?
RomansaCover by @Fiya_san ALEX Kehidupannya berubah selepas kemalangan yang meragut nyawa ayahnya, Encik Edwin. Amanah yang diberikan oleh Encik Edwin cuba digalas sebaik mungkin dan satu rahsia besar cuba disimpan demi keluarganya dan juga DAVIES. HAYDEN...