CHAPTER 26 | GIRLFRIEND

989 60 9
                                    

Alex melabuhkan duduk di atas kerusi yang disediakan di taman tersebut. Matanya galak memerhati gelagat pesakit lain. Ada yang berkerusi roda, ada yang bertongkat dan ada juga yang sepertinya, hanya membawa tempat untuk menggantungkan drip.

Keluhan dilepaskan. Satu sahaja perkataan yang dapat menggambarkan perasaannya sekarang ini. Bosan. Sungguh dia bosan terperuk dalam bilik serba putih dan berbau ubat itu. Disebabkan itu lah dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di taman tersebut.

Nasiblah hospital tersebut mempunyai taman. Kalau tidak, memang dia jadi jururawat, melawat setiap wad.

Setelah lebih setengah jam duduk di taman tersebut, Alex mengambil keputusan untuk kembali ke biliknya.

"Hi Encik Alex!" Sapa jururawat yang berpampasan dengannya. Masing-masing tersenyum gatal memandang Alex.

Alex membalas dengan aggukkan dan senyuman. Tak larat nak balas balik kerana ramai sangat yang menegurnya. Mula-mula dia balas balik sapaan mereka, tapi makin ramai pula yang menegurnya. Maka, hanya dibalasnya dengan anggukkan. Entah bagaimana mereka semua tahu nama dia. Dia pun tidak tahu.

Tanpa pengetahuan Alex, dirinya sudah menjadi bualan hangat jururawat di hospital tersebut. Mereka memanggil dia dengan gelaran Mister Cool Beauty. Ramai jururawat yang single cuba mendekati Alex. Lagi-lagi bila mereka mengetahui status kewangan Alex, makin menggeletis mereka. Wad VVIP kot, bukan calang-calang orang boleh duduk disitu.

Wad tersebut mempunyai bangunannya sendiri dan dilengkapi dengan kawalan yang ketat. Hanya yang mempunyai kebenaran dibenarkan masuk. Dan hanya shareholders dan penyumbang dana terbesar hospital sahaja yang boleh duduk di wad tersebut.

Sesampai sahaja Alex di bangunan wad VVIP, dari kejauhan dia melihat seorang wanita sedang bertekak dengan pengawal yang menjaga pintu masuk bangunan tersebut.

Wanita tersebut memakai gaun floral paras lutut. Rambutnya kerinting dan berwarna keperang-perangan. Di tangan wanita tersebut ada sejambak bunga dan sebuah mangkuk tingkat.

Semakin dekat, semakin jelas butir pertelingkahan mereka. Dia kenal pengawal tersebut, Abang Jamil. Pengawal yang selalu menyapa dan berborak dengannya. Namun wanita itu tidak kelihatan kerana membelakanginya.

"Maaf Cik, Cik tak boleh masuk." Halang Abang Jamil.

"You siapa nak halang i masuk?" Kedengaran suara wanita itu meninggi.

"Cik kena ada pas masuk dulu kalau cik nak masuk. Kalau tak ada, saya tak boleh benarkan cik masuk." Terang Abang Jamil penuh berhemah. Masih cuba bertoleransi dengan karenah wanita tersebut.

"You ketepi! I nak melawat boyfriend I lah." Wanita tersebut masih berkeras untuk masuk.

Alex hanya mampu menggelengkan kepala mendengar ungkapan wanita tersebut.

Girlfriend siapa lah ni. Malang betul lelaki yang jadi boyfriend dia. Tak ada adab langsung. Omel Alex dalam hati.

"You tahu tak boyfriend I siapa? Boyfriend I Alexander Davies. Penyumbang dana terbesar hospital ni. Jangan sampai I suruh dia pecat you." Ugut wanita tersebut.

Aik! Sejak bila aku ada girlfriend ni? Asal aku sendiri tak tahu.

Terkejut Alex apabila namanya dipetik wanita tersebut. Tiba-tiba dirinya sudah mempunyai teman wanita.

Langkahnya dilencong menuju ke arah rimbunan pokok yang tidak jauh dari situ. Hasrat untuk kembali ke bilik wadnya ditunda.

Badannya disandarkan di batang pokok tersebut. Dirinya terlindung dari pandangan Abang Jamil dan wanita tersebut. Namun dia masih boleh mendengar butir bicara mereka berdua.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG | HE OR SHE? Where stories live. Discover now