"How your vacation?" Tanya Sara sebaik sahaja Alex melabuhkan punggung di sebelahnya. Terlakar riak teruja diwajahnya.
"Macam tu lah." Jawab Alex malas. Sebolehnya, dia tak nak Sara tahu kejadian lemas yang menimpanya. Tak pasal-pasal kena bebel dengan Xander. Lagi teruk kalau Sara bagitahu Puan Dianne. Mesti berjela-jela bebelan mummy nya. Tak sanggup Alex nak hadap.
Sara 'roll eyes'.
"Macam tu tu, macam mana?" Tanya Sara lagi. Tak nak mengalah.
"Macam tu lah. Nak macam mana lagi?" Jawab Alex dengan muka kosongnya.
Pakkk!!
Satu das tamparan hinggap ke lengan Alex.
"Aduh! Sakit lah Sara." Alex mengusap perlahan lengannya yang terasa pijar akibat ditampar oleh Sara.
"Padan muka. Main-main lagi." Ujar Sara dengan muka puas. Puas hati dapat lepaskan geram dekat Alex. Siapa suruh annoying sangat.
"So, how your vacation? Okey tak? Hayden ada buat something yang pelik ke?" Tanya Sara lagi. Namun kali ni banyak pulak soalan tambahan.
"Okey je. Macam biasa. Something pelik? Maksud you apa?" Tanya Alex pula dengan muka berkerut. Tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Sara.
"Alah you ni. Lembab lah." Keluh Sara. Apa lah nasib dapat member macam ni?
"You yang cakap ntah pape, nak cakap i lembab pulak." Bidas Alex.
"Suka hati kambing you je cakap i lembab. Kalau i lembab, tak adanya dapat 4 flat tiap sem." Sambung Alex lagi. Nak flex jap dapat 4 flat tiap semester.
"Maksud i dia ada goda goda you ke? Flirt ke? Or confess dekat you?" Tanya Sara lagi.
"Tak ada. And asal dia nak buat macam tu dekat i pulak?" Luar alam betul soalan Sara.
"Alah you ni. Diakan suka you Alex."
"Memandai-mandai je you Sara. Tak ada maknanya Hayden tu suka aku. Tak kan dia gay kot."
"Aku bukan memandai-mandai lah. Dia memang suka kau. Tengok dari cara dia pandang kau, layan kau pun dah tahu. Kau je tak perasan." Ujar Sara panjang lebar. Cuba meyakinkan Alex bahawa tekaan dia betul.
"Merepek lah you ni." Bidas Alex. Masih tidak mempercayai teori Sara.
"Dia layan i biasa je lah." Sambung Alex lagi.
"Suka hati you lah Alex nak percaya ke tak. Lepas ni kalau ada apa-apa hal, jangan cari I eh. You selesaikan sendiri."
***
Alex membetulkan kot yang dipakainya sebelum melangkah yakin memasuki bangunan DAVIES. Suit berwarna hitam yang tersarung di badannya menambahkan lagi karismanya.
Staf-staf yang berada di lobi menunduk hormat apabila melihat kelibat Alex.
Alex hanya memaparkan wajah serius. Langkah teruskan menuju ke arah lift. Badan dibawa masuk ke dalam kotak besi tersebut sebaik sahaja pintu lif yang dikhaskan untuk orang penting syarikat terbuka. Terkocoh-kocoh secretary nya ingin mengejar langkah Alex.
Ting!
Alex diteruskan menuju ke bilik mesyuarat yang berada di hujung tingkat tersebut. Pintu bilik mesyuarat dikuak tanpa perlu mengetuk terlebih dahulu.
YOU ARE READING
OG | HE OR SHE?
RomanceCover by @Fiya_san ALEX Kehidupannya berubah selepas kemalangan yang meragut nyawa ayahnya, Encik Edwin. Amanah yang diberikan oleh Encik Edwin cuba digalas sebaik mungkin dan satu rahsia besar cuba disimpan demi keluarganya dan juga DAVIES. HAYDEN...