"Perempuan tadi tu, dia pernah tuduh Alex paksa dia break dengan boyfriend dia sedangkan Alex tak pernah kenal pun dia. Entah apa lah dia tak puas hati dengan Alex," cerita Alex panjang lebar sambil berbaring di sofa. Kepalanya beralaskan riba Puan Dianne.
"Abaikan je lah dia tu. Tapi,kalau dorang melampau sangat, bagitahu mummy. Tahu lah mummy nak ajar nanti. Berani dia nak cari pasal dengan anak kesayangan mummy." Kata Puan Dianne membelai lembut rambut coklat Alex.
"Wow mummy. Garangnya. Hahaha." Usik Alex sambil ketawa.
"Tapi kan baby, mummy nampak muda sangat ke sampai orang ingat mummy girlfriend baby?" Tanya Puan Dianne berseloroh. Rasa lawak pulak bila orang ingat dia girlfriend anak sendiri.
"Haah. Mummy lah yang paling cantik, gorgeous di dunia ni. Kalau tak tak kan lah dapat anak handsome macam Alex ni," puji Alex tersengih-sengih. Tak lupa juga dia angkat bakul sendiri.
"Bila baby kahwin nanti, mesti mummy tak boleh bermanja macam ni lagi dengan baby," keluh Puan Dianne.
"Alex tak nak kahwin lah. Boleh bermanja dengan mummy sampai bila-bila," jawab Alex ringkas.
"Mana boleh macam tu. Kalau mummy dah tak ada nanti, siapa nak layan manja baby? Siapa nak jaga baby bila baby sakit? Mummy nak lah jugak merasa ada cucu." Bebel Puan Dianne.
"Alah mummy, jangan lah cakap macam tu lagi. Alex tak nak dengar." Kata Alex memasamkan muka. Mukanya disembamkan ke perut Puan Dianne.
"Okey, okey. Mummy tak akan buka topik ni lagi. Tapi mummy harap, baby jumpa lelaki yang boleh layan semua karenah baby, boleh bahagiakan baby. Dan yang paling penting, dia boleh lindungi baby."
Alex hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Puan Dianne.
"Alex tak kesah semua tu mummy. Janji Alex boleh jaga mummy dan Xander seperti yang diamanahkan daddy."
❄️❄️❄️
"Go Alex, go!! " Gamat suasana gymnasium Royal dengan sorakan penonton yang kebanyakannya perempuan. Siapa je tak jatuh hati dengan Alex, captain merangkap ace pasukan volleyball Royal yang handsome dan handal bermain.
"Bamm" Bola melantun kuat di atas lantai gelanggang bola tampar.
Spike yang dilakukan oleh Alex tidak dapat dihentikan oleh pihak lawan.
Wisel dibunyikan tanda permainan telah tamat antara pasukan bola tampar Royal dengan Empire. Seperti yang dijangka, kemenangan berada di pihak Royal.
"Nice spike Alex," puji ahli kumpulan Alex yang lain. Alex hanya menganggukkan kepala. Peluh di muka dikesat dekat kolar baju.
Maka terjeritlah para peminat Alex bagai memang loteri apabila baju yang dipakai oleh Alex terangkat sedikit mendedahkan pinggangnya yang putih itu. Kalau yang sempat snap gambar tu, untung lah.
"Malam ni, dinner on me," kata setter pasukan Royal, Vincent.
"Yuhuuuu" sorak teammates yang lain.
"Kau mesti join malam ni. No excuse." ujar Carl kepada Alex. Sebelah tangannya menepuk memeluk bahu Alex.
"Okey. I'm in. Kalau aku tak join nanti, mula lah kau buat drama dekat sini," kata Alex berserta sindiran.
"Hehehe. Haruslah buat drama. Kau tu, liat sangat nak join. Asyik mengelat je."
"Dah, aku blah dulu sebelum zombie serbu aku," sambung Alex sebelum mencicit lari keluar dari gymnasium dengan baju yang lencun dengan peluh. Alex memang tak pernah tukar pakaian or mandi di loker yang disediakan.
YOU ARE READING
OG | HE OR SHE?
RomanceCover by @Fiya_san ALEX Kehidupannya berubah selepas kemalangan yang meragut nyawa ayahnya, Encik Edwin. Amanah yang diberikan oleh Encik Edwin cuba digalas sebaik mungkin dan satu rahsia besar cuba disimpan demi keluarganya dan juga DAVIES. HAYDEN...