Chapter 13

3 1 0
                                    

Jenzry bangun dari kerusi lalu meletakkan dokumen itu di meja tulis lalu dia duduk di sofa.Dia melihat makanan yang disediakan oleh Merlina di meja, seperti sangat special dimana sayur dan lobak itu diletakkan di atas makanan yang dimasak itu.

"Kau masak kah?"tanya Putera Jenzry.Dia terus melihat Merlina yang berdiri di depannya itu selepas Meja dari arahnya.

"Ya.E...ee..sorry tau kalau rasa dia tidak sedap."kata Merlina dengan teragak-agak.Takut pula rasanya bila makanan itu tidak sedap.

"Saya sakit sekarang ni.Sempat lagi kau nak cakap sedap atau tidak."kata Putera Jenzry lalu dia tersenyum.

"Saya masak ni untuk putera tau,bukan rakyat biasa masalah dia ni sekarang."kata Merlina

"Ikut lagi kau."kata Putera Jenzry sambil menatap wajah Merlina

"Ya.Dahlah kau makanlah.Lepas kau siap,kau biarkan saja di meja ni.Nanti aku pergi ambil."kata Merlina lalu memberikan senyuman.Dia pergi dari situ kerana dia pun belum makan dengan Eric.

~~~~~~~~~~~√~~~~~~~~~~~

Merlina yang khusyuk menaip di laptop untuk menyiapkan kerjanya itu terus terhenti apabila dia teringat makanan yang dihidangkan untuk Putera Jenzry lupa diambil balik.Dia melihat jam yang diletakkan di dinding di ruang tamu itu menunjukkan pukul 10 setengah.

'perlu minum ubat ni.'kata Merlina dalam hati.Dia segera bangun dari kerusi itu dan berjalan ke arah dapur.Dia mengambil ubat yang dibelikannya itu yang masih disimpan dalam bekas.Dia mengisi air suam di gelas itu lalu dia membawanya ke atas dan ubat tersebut.

Merlina masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu.Dia melihat Jenzry tidur di katilnya.Merlina menyimpan air dan ubat itu di meja sebelah katil Jenzry.Dia duduk di samping Jenzry yang masih tidur di katil itu.

"Wehh,bangun dulu"panggil Merlina.Dia menggoyang tangan Jenzry yang masih tidur.

Jenzry yang sedar kehadiran Merlina di sampingnya itu, membuatkan dia terkejut lalu dengan cepat-cepat dia bangun dari tidur."kau buat apa di sini?"tanya Putera Jenzry.

"Makan ubatlah"kata Merlina sambil mengambil air dan ubat yang terletak di meja itu.

Jenzry mengambil gelas yang diberikan oleh Merlina.
Setelah itu, Merlina mengambil ubat dari bekas ubat lalu memberikan ubat itu kepada Jenzry.Jenzry mengambil ubat itu dan masukkan ke dalam mulut lalu dia terus minum air yang ada ditangannya itu.

Setelah sahaja dia selesai minum,dia memberikan gelas itu kepada Merlina.
Merlina mengambil gelas yang dihulurkan oleh Jenzry lalu dia memegang kepala Jenzry.

"Masih panas lagi ni.Aku ambilkan coolfiver untuk lekatkan di kepala kau ya.Kau sambung tidur dululah,nanti aku lekatkan."kata Merlina lalu dia menyimpan gelas itu di meja.Dia berdiri dan berjalan keluar ke biliknya untuk mengambil Coolfiver.

Jenzry yang tidak tahan terus limpangkan badannya dan kembali ke dunia tidur.Beberapa minit kemudian, Merlina tiba di bilik dan ditangannya itu ialah Coolfiver untuk dilekatkan di dahi Jenzry.
Dia duduk di samping lalu meletakkan Coolfiver itu di dahi Jenzry.

Merlina merenung wajah Putera Mahkota itu dengan lama.Handsome pula.

"Cepatlah kau sembuh.Saya tidak mahu mama kau tu datang sini."kata Merlina dengan sendirinya

Tiba-tiba Merlina mencium pipi kanan Jenzry.Lalu dia mengambil mangkuk dan gelas sekali dengan dulang yang dibawanya tadi.

~~~~~~~~~~√~~~~~~~~~~

Pada pukul 5:30 pagi,Merlina bangun dari tidur.Dia memberuskan giginya di bilik mandi lalu keluar dari bilik.Dia pergi ke dapur untuk membuatkan sarapan pagi.
Memasak memang hobinya.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now