chapter 39

3 1 0
                                    

Dilihat ada darah melekat di pisau.
Darah yang sungguh berharga itu mengalir tidak henti-henti.Nafas sudah berhenti menandakan pasangan itu tiada harapan untuk hidup.Dalam sejarah, seorang anak sanggup membunuh ibu bapanya iaitu Raja Younes dan Permaisuri Madicca.

Kini, Ellyna terseksa apabila lehernya dicengkam kuat oleh Merlina.
Vollyen Austin pula kini berlawan dengan Jenzry.

Jenzry begitu marah dengan tindakan mereka itu.Dia mendengar sahaja segala rahsia yang mereka telah buat itu,dia terus masuk ke dalam rumah itu dan menyerang dua orang itu.

Flashback

Jenzry dan Merlina masih lagi setia menunggu di luar sambil mencuri dengar perbualan Ellyna dengan ibu bapanya itu.

"Kenapa kamu sanggup buat begini?! Ayah tidak pernah ajar anak ayah macam begini!"Lantang Raja Younes bersuara.Dia tidak menyangka anaknya berubah dan sanggup melakukannya walaupun mereka itu adalah orang yang membesar dia.

"Memang ayah tidak pernah ajar Ellyna macam ni tapi keadaan yang mengajar Ellyna seperti begini."teriak Ellyna.Kawasan sekeliling dihiraukan.

"Ayah yang lansung tidak hebat pujuk kawan ayah yang sudah mati tu untuk satukan Ellyna dengan anak sulung dia tu."Ellyna tidak kisah siapa yang dia bercakap bersama asal dia luahkan rasa marahnya itu.Dia kecewa dengan orang itu yang dianggap oleh ayah padanya kerana tidak mengabulkan permintaannya.

"Raja Alexander,Ellyna!Jangan panggil sesuka begitu!"Marah Raja Younes dengan sikap biadap anaknya.

"Aku tidak kisah.Sebab ayah yang tidak dapat mengabulkan permintaan, Ellyna terpaksa mengambil tindakan yang berbahaya.Mencemarkan nama, Ellyna yang buat.Jujur,Saya yang upah orang untuk serang perampas tu yang kini jadi permaisuri Norzeland dengan negara yang lain!"Jujur Ellyna.

Membulat mata Jenzry dan Merlina yang diam-diam mendengar di luar rumah itu.Akhirnya, terjawab pada hari ini.Semua rencana dari Puteri Ellyna.

Mendengar itu,Terkedu Raja Younes dan Permaisuri Madicca.Kecewa sangat dengan sikap anak mereka itu.

"Saya yang sebarkan dua orang itu! Saya kotorkan nama Putera Mahkota tu yang kini menjadi Raja 5 negara. Saya buat semua tu supaya menteri tidak percaya atas kepimpinan nya nanti dan bantuan saya dengan cara kami berkahwin sudah pasti menteri percaya padanya.Tapi, sesuatu yang terjadi....yang tidak disangka oleh saya. Jenzry berkahwin dengan perempuan yang tidak guna tu!" Segala yang dilakukan olehnya semua terbongkar.Permaisuri Maddica hanya diam.Dia merasakan dirinya itu tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu apabila melihat sikap anaknya itu.

"Siapa ajar kau begitu Ellyna?!Kau pasti dirasuk oleh syaitan!"Jerkah Raja Younes.

"Saya mahu Raja tu ja ayah!Saya memang dirasuk syaitan hingga saya bunuh abang-abang saya sendiri termasuk cucu ayah tu!"Jawab Ellyna.

Terkedu Raja Younes dan Permaisuri Madicca mendengar kata-kata yang dikeluarkan dari mulut anak mereka itu.

"Saya yang bunuh mereka supaya saya dapat gelaran Ratu tu tidak lama lagi. Saya mahu jadi Ratu negara ni,supaya mudah saya arahkan tentera kita untuk serang negara tu."Kata Ellyna.

Mahu saja Raja Younes ingin menampar anaknya itu untuk sedarkan diri namun dia tidak berdaya kerana seluruh tubuh badannya diikat.

"Jujur Ellyna katakan lagi, Kumpulan saya tu, kumpulan Aen Attack berada di negara sana sudah cukup lama. Saya minta kumpulan saya tu curi maklumat negara ni guna account Norzeland dan menteri kita tuduh negara sana.Hebat tak, permainan anak ayah sekarang ni...hahaha.." Ellyna mulai hilang waras.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now