chapter 28

2 1 0
                                    

"Kami sudah tembak dan masukkan mereka bertiga di bawah katil dan satu lagi di almari.Kita akan dikejar oleh mereka jadi kita perlu pergi sekarang."kata Putera Jackson sambil memakai tali pinggang keledar.

"Kita datang sini untuk tangkap dorang,dah kenapa pula kita pergi dan mangsa kita disembunyikan pula?"hairan Niccole.

"Nicclara,ikut plan B."kata Jackson. Dia pedulikan saja pertanyaan Niccole

"Plan B?bila masa ada plan B?"Niccole masih lagi tertanya-tanya.Dia mana tahu tentang Plan B itu dan tiba-tiba pula perlu ikut plan B.

"Kami ingatkan hanya pengawal di luar itu sahaja yang ada tapi pengawal lain sembunyi di bawah dan bilik lain so mereka banyak sangat sekarang.Selain itu,kita di dalam perangkap sekarang.Kumpulan FTNL sudah sedia dari tadi lagi dan mereka berada di sekitar di sini.Kita perlu pergi sekarang dan harus hilang dari jejak mereka.Kumpulan FTNL pasti bahawa kita bawa ahli mereka tapi rupa-rupanya mereka di rumah dan biar Hernandez bawa tiga orang tu setelah kita beredar dari sini.So, kita mesti gerak sekarang."Jelas Putera Jackson.

"Baiklah.Ready..."Kata Puteri Niccole lalu memasang enjin kereta dan pergi dari situ.

Putera Jenzry dan Putera Jerald hanya mengikuti adik mereka sahaja di belakang.

Bunyi kereta semakin jelas didengari.
Dua kereta sport yang berwarna hitam mengejar mereka.

"Kita mahu pergi mana ni?Dorang semakin dekat."gelisah Niccole.

"Suka hati kau saja,Nicclara.Asal kita dapat mengalihkan perhatian mereka."ujar Jenzry di alat pendengar itu.

Dua kereta itu masih lagi mengejar mereka.Mereka bagaikan bermain berkejar-kejaran cuma mereka hanya menggunakan kereta.
Sementara Niccole memandu untuk mengelak dari kedua-dua kereta itu yang terus mengejar mereka,Putera Jackson khusyuk menaip sesuatu dengan laptopnya itu.

setelah lama dia memandang skrin laptop itu untuk melihat sama ada ada orang di dalam rumah lagi atau tidak melalui CCTV rumah itu,akhirnya dia berhubung juga dengan abangnya itu mengenai rumah itu.

"Abang,rumah tu sudah kosong.Suruh Hernandez masuk rumah tu sekarang."Arah Putera Jackson.

Mereka berjaya mengalihkan perhatian kumpulan itu untuk menangkap tiga orang dalam ahli kumpulan FTNL itu.Walaupun rancangan A mereka tidak menjadi namun rancangan B berjaya dijalankan cuma sekarang ini mereka harus Pergi secepat mungkin daripada terus diikuti oleh kumpulan FTNL itu.
Setelah itu,kelihatan kereta Putera Jenzry di sebelah lorong kanan Kereta Niccole.

"Nicclara,it's your turn."ujar Putera Jackson lalu tersenyum sinis.

Niccole memandang tajam abangnya dengan muka menyampah kerana dia paling tidak suka orang tersenyum sinis padanya.

"Don't smile at me like that."Kata Puteri Niccole yang masih lagi memandang tajam terhadap abangnya yang ketiga.

"Niccole kereta!!!"teriak Putera Jackson setelah melihat dua lagi kereta menuju ke arah mereka.

Puteri Niccole kembali memandang ke hadapan.Lampu kereta depan itu terlalu terang dan membuatkan Niccole tidak dapat melihat jalan raya dengan jelas sekali.Tiba-tiba,Puteri Niccole terus membelok ke kiri kerana dia mengelak dua kereta itu terus melanggar mereka nanti.

Putera Jenzry yang juga terkejut dengan dua buah kereta itu yang ingin ke arah mereka terus membelok kanan.Tidak ada masa untuk mereka menentu ke mana mereka harus jalan untuk mengelak dari kereta itu kerana dua buah kereta itu datang secara tiba-tiba.Mereka terus berpecah dan hanya alat pendengar sahaja untuk mereka berhubung.

"Jumpa di jalan Ruloden.see you there before 5 minutes."Arah Puteri Niccole lalu menarik alat pendengar itu dari telinganya.

Kelihatan dua kereta masih lagi mengejar Niccole dan Jackson.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now