chapter 26

1 1 0
                                    

Pada petang itu,Kereta putih tiba di tempat parkingan Follen Beach,Neordiy.
Yean keluar dari keretanya dan tujuan dia ke sana ialah untuk bertemu dengan Jerean.

3 hari yang lalu,mereka berjanji untuk berjumpa di Follen Beach setelah beberapa hari tidak berjumpa atas kesibukan kerja masing-masing.
Walaupun,Jerean telah dihantar ke Negeri Thearidz untuk berbincang dengan ketua polis Thearidz mengenai kawalan keselamatan negeri disitu.

Rasa tidak sabar untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.

Dia berjalan-jalan di pantai itu. Tiba-tiba dia melihat Jerean yang sedang berjalan di sekitar pantai itu.
Walaupun memakai topi hitam dan Jacket hitam,Yean sangat mengenal orang itu ialah Jerean.

Yean tersenyum dan berlari ke arah Jerean namun langkahnya terhenti apabila seorang wanita yang memakai dress separas lutut mendapatkannya.

"Sayang!wait for me!"jerit wanita itu.

Melihat sahaja dia berlari dan bersuara lembut,Yean pasti wanita itu lembut bukan sepertinya yang sentiasa kasar.Pastinya Jerean lebih menyukainya kerana dia seorang yang lembut dan cantik.

Kedua-dua tangannya memegang tangan kanan Jerean dan mereka berjalan bersama-sama menuju ke arah pinggir laut itu.

Yean terus tawar hati dan airmata bertakung di mata apabila dia melihat Jerean berjalan bersama-sama dengan wanita lain malah berjalan di depan matanya.

Dia berjalan mendekati Jerean dengan wanita itu.

"Jerean.."panggil Yean dari belakang.

Jerean memusingkan badannya ke belakang dan terkedu dengan kehadiran girlfreindnya itu.

Jerean menjauh dari wanita itu dan menarik tangan daripada pegangan wanita itu.

"Yean.."

"Apa kau buat ni?"air mata yang bertakung itu telah mengalir di pipi.

Yean tidak percaya melihat apa yang terjadi tapi semua itu sudah berlaku di depan matanya.

"Yean,dengar dulu penjelasan saya."
Kata Jerean sambil melangkah maju.

"Stop!kau berhenti di sana!"marah Yean.

Langkah Jerean terhenti.

"Saya percaya kau 100%,tapi kau menikam saya di belakang rupanya!Kau tidak fikirkah tentang saya?!
Kau jarang sama-sama dengan saya sebab ni Perempuan lah kan!Aku tidak sangka kau buat begitu pada saya"Yean teresak-esak.Air mata membasahi wajahnya.

"Kau kena dengar dulu penjelasan saya,Yean.Ini hanya rancangan..."
Belum habis berkata,Yean terus berkata.

"Rancangan apa?saya nampak dia pegang tangan kau dan dia menyepit lagi.Saya dengar dengan jelas dia panggil kau sayang tau dari jauh.Itu rancangan kah?"Walaupun mata berderai bukan bermaksud dia sedih cuma kecewa dan marah sebab menikam dibelakang.

"Yean dengar dulu...ini salah faham.
Yean..."

"Jangan panggil nama dengan mulut jijik kau tu!Saya tidak suka!"teriak
Yean.

Terkedu Jerean.

"Kau dengar sini,nama Jerean Smithcie akan hilang di dunia saya.
Kau jangan hubungi aku lagi.
Hubungan kita dah tamat!"

Tamat! mean tidak ada hubungan lagi dah?

Jerean hanya melihat mata Hazel Yean itu untuk mencari kejujuran Yean.Dia masih lagi tidak percaya semua itu.

Yean melangkah pergi dari situ namun langkahnya terhenti apabila tangannya ditahan oleh Jerean.

"Listen me first..Ku mohon."mohon
Jerean.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now