Chapter 35

1 1 0
                                    

Beberapa minggu berlalu,Puteri Ellyna kini menjadi Puteri Mahkota di negara Wellcie.
Mendengar berita itu,Merlina menjadi hairan dengan situasi tersebut.

Setahu dirinya itu,Putera Yourzen yang sebenarnya Putera Mahkota atau pewaris takhta di masa hadapan tetapi berubah pewaris takhta ialah Puteri Ellyna dan ini membuatkan Merlina tertanya-tanya.

Tiba-tiba, telefonnya berdering dan dia mengangkat telefon itu tanpa melihat nama orang yang menelefonnya itu.

"Hello,kenapa call saya?"Kata Merlina lalu menghirup air teh.

"Merlina..."Kata orang di telefon itu.

"Jenzry...."Terkaku Merlina apabila orang yang menelefonnya itu ialah Jenzry.

"Merlina,nenek saya kena culik."kata Jenzry.

"Nenek Athena kena culik?!how?!" Tersentak Merlina mendengar itu.

"Itu tidak penting sekarang tapi orang yang bawa nenek saya tu sekarang menuju ke Negeri Amprheal.Kau boleh kejar tak?"Kata Jenzry.

"Sure!Bagi nombor plat kereta tu." Pinta Merlina yang sedang turun dari tingkat atas sambil membawa Jacket.

"Jangan risau tentang tu.Jack akan hantar semua maklumat di tv car kau tu."Kata Jenzry lagi.

"Baiklah.Saya akan gerak sekarang."Kata Merlina sambil dia menutup pintu rumahnya.

"Kami pun akan pergi sana juga. Jangan lupa sediakan senjata."Kata Jenzry lalu dia menutup telefon.

Merlina masuk ke dalam kereta dan dia mengambil pistol di laci kereta itu.Dia bergerak dari rumah dan mencari kereta yang berwarna hitam.

Tiba-tiba matanya tertumpu dengan kereta yang berwarna hitam dan kereta yang lain juga turut bersama dengan kereta itu yang baru lalu.Merlina pasti kereta itu berkumpulan dan bersama-sama menculik nenek Athena.

Dia segera mengikuti kereta itu.Tidak lama kemudian kereta yang ia kenal muncul di belakangnya itu iaitu milik kereta Jenzry,Jerald, Jackson  dan selebihnya kumpulan Kingwar namun satu kereta yang belum dikenali oleh nya iaitu kereta Lomborghini Aventador.

Untuk meneruskan misi,semua itu langsung tidak penting.Walaupun mereka belum mengatur strategi,tapi gerakan tangan boleh diketahui mereka untuk sebagaimana mereka bertindak.

Mereka tiba di jalan raya yang luas dan kumpulan Kingwar segera mengepung kumpulan itu.Kumpulan Kingwar keluar dari kereta dan menghalakan pistol ke arah 4 buah kereta itu.

Merlina, Jenzry, Jackson dan Jerald yang baru tiba disitu terus keluar dari kereta.Dengan mengenakan pakaian yang berwarna hitam dan masing-masing membawa senjata membuatkan kumpulan Kingwar itu gerun terhadap 4 orang itu.Pemilik Lomborghini Aventador keluar dan Merlina terkejut sekali apabila pemilik kereta itu ialah Niccole.

Mereka berkumpul di situ.

"4 buah kereta tu kumpulan Aen Attack.Semua ni arahan dari Puteri Ellyna."Jelas Jackson.

Jenzry mengangguk.

Kumpulan tu keluar dari kereta.Semuanya terdiri daripada lelaki.

"Semuanya angkat tangan!"Teriak Miller John.

"Kau diantara 2 pilihan.Sama ada kau turunkan pistol kau tu atau saya tembak Queen Mother Athena."Ujar lelaki itu yang bernama Fad Gantrel.

Lelaki yang bernama Flipvert Adecen itu membuka pintu kereta belakang dan menarik Athena untuk keluar dari kereta namun pistol dihalakan
Athena.

Melihat itu,Miller John terus mengangkat tangan tanda kumpulan itu terus tidak menghalakan pistol ke arah kumpulan itu kerana Athena berada ditangan mereka.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now