Chapter 37

1 1 0
                                    

Hari semakin kebiru-biruan, tanda malam, Kumpulan TH'LITE semakin membara

Setelah selesai sahaja kumpulan itu berbincang,mereka naik ke kereta yang mereka ikuti.Jenzry dan Merlina satu kereta.Jerald dan Yean satu kereta.Jackson dengan Niccole dan Evan bersama dengan Ariana.

Mereka tiba di sempadan antara Norzeland dan Wellcie.Baru-baru ini, satu berita mengejutkan telah keluar tadi pada waktu tengah hari mengatakan bahawa Raja Younes mengeluarkan titah untuk menutup sempadan seketika setelah mengetahui kebocoran data negaranya.Orang yang mencuri maklumat negara itu tidak diketahui namun asal orang yang telah mencuri maklumat negara itu diketahui dan mereka mengesahkan orang tersebut berasal dari negara Norzeland.

Selain itu,Puteri Ellyna juga menuduh  Norzeland di media sosial bahkan dia mengarang cerita bahawa Norzeland sudah merancang semua ni kerana  dalam titah dari Raja Norzeland itu menyuruh untuk menguatkan pertahanan negara secara tiba-tiba dan pastinya mempunyai dalang disebalik semua itu.

Jenzry yang membaca itu berasa marah sekali kerana nama Norzeland pastinya sudah tercemar.Dia mengaku bahawa orang asal Norzeland yang mencuri maklumat negara itu yakni Jackson.Bagaimana pun,dia hanya reda kerana tujuannya itu sekarang adalah menyelamatkan neneknya itu dan jika dia sudah mengetahuinya kesemua maklumat tentang negara itu dia tidak kisah kerana itulah balasan mengambil neneknya walaupun dituduh kerana negara itu yang sengsara.

Mereka yang tiba di sempadan itu terus berhenti.Mereka memasuki negara itu mengikut rancangan asal mereka.

"Evan,buat sekarang."Arah Merlina melalui alat pendengar yang sentiasa berhubung itu.

"Ok"Balas Evan.

Evan keluar dari kereta sambil dia membawa beg yang dipenuhi dengan duit namun disebalik duit yang bertimbun-timbun itu sebenarnya duit palsu.

'kalau mereka masuk negera mereka dengan cara rasuah,mengapa kita tidak boleh masuk negera mereka dengan cara rasuah?Buat,dibalas balik'

Itulah rancangan mereka sekarang. Mereka sekarang hanya menunggu tindakan dari Evan untuk menjinak orang yang berjaga di pintu sempadan sebelum memasuki negara Wellcie.

Sementara menunggu Evan yang sedang melakukan tugasnya itu,Merlina berbicara sementara.

"Jackson,masuk sahaja kita di negara ni, pastikan CCTV yang dipasang sepanjang jalan kita ke Ancold dimatikan."Arah Merlina.

"Jangan risau.Saya settle kan dengan baik."Janji Jackson.

Ancold? Ancold merupakan ibu negera bagi Wellcie dan disitulah terletaknya istana Stillchor.

"Selesai."Kata Evan sambil berjalan menuju ke keretanya.

"Bravo."Balas Merlina.

Tidak lama kemudian,pintu pagar terbuka dan 4 buah kereta itu terus memecut laju.

Kamera litar tertutup yang disembunyikan itu memang sudah dikesan awal oleh Merlina dan itu sudah dijadikan kebiasaan bagi dirinya itu sebagai pembunuh upahan.

"Kita terus sahaja menuju ke Ancold. Segala CCTV yang dipasang disini sudah saya tutup."Maklum Jackson.

"Terima kasih Putera Jackson Guellson Allen."Kata Merlina lalu tersenyum.

"Biasa-biasa sajalah"Kata Jackson sambil tersipu-sipu malu walaupun Semua orang mendengar hanya suaranya tapi ketara di tersipu malu.

"Nicclara,kita di mana sekarang ni?"Soal Merlina.

"Kita berada di jalan quntic menuju ke bandar Moload bagi negeri Fanto Beyfied."Ujar Niccole.

"Kalau kita pergi Ancold,berapa lama dan berapa kilometer dari sini?"Tanya Merlina.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now