Chapter 33

1 1 0
                                    

Pada pagi itu,semasa Jenzry bercerita dengan ayah mertuanya itu,mereka dikejutkan oleh telefon Jenzry yang berdering.

Jenzry melihat telefonnya itu dan tertera mamanya di screen telefon itu.
Dia meminta kebenaran dengan ayah Merlina untuk pergi seketika untuk mengangkat telefon itu sebelum dia mengangkat telefon itu.

"Ada apa mama?"soal Jenzry.

"Ayah kamu...."

"Kenapa dengan ayah mama?"potong Jenzry.Jantung Jenzry mula berdegup kencang.

"Ayah kamu tidak sedarkan diri sekarang."Kata Victoria itu membuatkan Jantung Jenzry terus berhenti.

"Ayah...ayah tidak sedar diri kenapa mama?Panggillah doktor."Hati Jenzry mulai tidak tenang.

"Doktor ayah sekarang check ayah kamu di bilik.Tapi,masih belum ada berita lagi sekarang.Bilik ditutup dan mama dengan adik-adik kamu di luar saja sekarang ni."kata Victoria.

"Kalau terjadi apa-apa,mama terus bagitahu tau.Saya akan bertolak sekarang."Ujar Jenzry.

"Baiklah."Kata Victoria.

Jenzry terus matikan panggilan itu dan dia segera berjumpa dengan Hitlock,ayah Merlina.

"Ayah."panggil Jenzry.

"Ya,ada apa?"Soal Hitlock.

"Saya mahu gerak sekarang.Tiba-tiba ayah saya tidak sedarkan diri."Kata Jenzry yang sedikit cemas.

"Tuanku Raja?Apa jadi dengan Raja?"
Hitlock juga turut cemas.

"Saya baru saja kena telefon dan kena cakap yang ayah saya tidak sedarkan diri."Jelas Jenzry.

Katanya lagi"saya gerak dulu ayah. Saya minta maaf kalau saya awal balik."

"Tidak apa Jenzry.Kau geraklah sekarang.Ayah kau tu raja di negara ni dan lebih baik kau pergi tengok ayah kau sekarang."Kata Hitlock.

"Okeylah ayah.Saya naik atas dulu untuk susun kain."Kata Jenzry lalu pergi dari situ dan dia berlari naik ke atas.

Merlina yang melihat Jenzry berlari naik ke atas membuatkan dia hairan dan tertanya-tanya.Dia segera mendapatkan ayahnya apabila dia melihat wajah ayahnya yang sedikit cemas.

"Ayah,kenapa ayah macam cemas ja ni?"hairan Merlina.

"Merlina,kau balik sekarang ikut suami kau."Arah Hitlock.

"Kenapa pula ayah?Ayah halau Merr kah sebab kejadian malam tu kah?"Hairan Merlina apabila ayahnya menyuruhnya balik ikut Jenzry.

"Tadi suami Merr baru kena call bahawa Raja sekarang tidak sedarkan diri."Jelas Hitlock.

"Hah?!Raja tidak sedarkan diri?" Terkejut Merlina.

"Ya.Sekarang ni,pergi susun kain kau ikut suami kau.Pergi tengok ayah mertua kau sekarang Merr."Suruh Hitlock.

"Okey,okey...ayah.Merr naik atas dulu."Kata Merlina lalu dia segera naik ke atas.

Merlina membuka pintu bilik mereka itu dan dia melihat Jenzry sedang melipat kain lalu meletakkannya di beg.

Jenzry yang sedar kehadiran Merlina itu terus bertanya"kau mahu ikut saya kah?"

"Saya mahu ikut,boleh?"Kata Merlina.
Merlina sedar dia masih lagi isteri kepada Jenzry dan seharusnya dia juga turut berada di sana nanti.

"Kita gerak sekarang.Cepat kau susun kain."Kata Jenzry.

"Baiklah."Kata Merlina lalu dia membuka almarinya dan dia menyusun kain.

Tidak lama kemudian, Jenzry dan Merlina turun dari tingkat atas sambil mengangkat beg kain.Merlina mendukung Eric dan mereka meminta diri sebelum pergi dari situ.
Merlina memandu keretanya sendiri dan diikuti oleh Eric, manakala Jenzry memandu keretanya sendiri.
Kedua-dua kereta itu memandu sangat laju menuju ke Istana Rothnia Syndril di Neordiy.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now