Chapter 34

1 1 0
                                    

Keesokannya,Merlina bangun dari pengsan.Dia melihat anak angkatnya itu tidur di sebelahnya.Seperti biasa, Jenzry hanya tidur di sofa panjang.

Sejak mereka bertengkar,Merlina dan Jenzry tidak pernah tidur sekatil Walaupun orang nampak mereka sebilik tapi di dalam asyik bertengkar serta jarang bercerita.

Setelah dia bersiap-siap,dia keluar dari bilik itu.

Dia menuju ke arah dapur dan dia melihat chef Outtern dan lainnya sibuk menghidangkan sarapan pagi.
Merlina pergi dari dapur itu untuk tidak mengganggu kerja mereka.
Merlina duduk di ruang tamu itu. Seorang pekerja di istana itu melihat Merlina duduk diam di ruang tamu itu dan pergi ke arah Merlina.
Kehadirannya itu disedari oleh Merlina.

Pekerja yang bertugas membersihkan istana itu yang bernama Jarlie Afeela menunduk kepala tanda hormat pada Merlina.

"Awal yang mulia bangun?"Soal Jarlie.

"Bukan saya awal bangun cuma waktu pengsan saya dah habis."Kata Merlina lalu tergelak kecil.

"Apa-apa pun, patik ingin mengucapkan tahniah pada yang mulia."Ucap Jarlie.

"Tahniah?kenapa pula?"Hairan Merlina.

"Yang mulia tidak tahukah yang mulia sedang mengandung sekarang? "hairan Jarlie.

"Mengandung!!jadi tuanku tahulah?"
Terkejut Merlina.

"Iyaa,yang mulia"kata Jarlie sambil mengangguk.

'kenapa pula saya pengsan waktu tu?..
Kan orang tu dah tahu saya mengandungkan anak dia!'Keluh Merlina dalam hati.

Baru saja dia ingin menyembunyikan tentang itu dari Jenzry namun semalam sudah diketahui malah semua orang tahu.

"Terima kasih.Kau pergilah.Banyak lagi kerja kau tu."Kata Merlina lalu memberikan senyuman palsu.

Jarlie hanya mengangguk lalu pergi dari situ.

Kini, jantung Merlina mula berdegup kencang.Hatinya itu tidak begitu tenang.Dia risau dia akan dimarahi oleh Jenzry lagi-lagi masa sekarang,sudah tentu Jenzry sudah bangun.

Tidak lama kemudian,bunyi pintu ditutup kedengaran.Merlina mengetap bibir apabila Jenzry dan Jerald turun dari tingkat atas.Selain itu juga,Sudah tentu mereka memakai pakaian yang berwarna hitam.
Mereka turun sambil bercerita.Tidak tahu entah mereka ceritakan sehingga mereka bercerita sambil berjalan.
Lalu tibalah chef Outtern untuk memaklumkan bahawa makanan sarapan pagi sudah disediakan.

Hanya tapak kaki sahaja yang berbunyi menuju ke meja makan itu.
Mereka bertiga makan bersama di meja makan itu namun tidak seperti dulu dimana ada orang saja mengusik.Tidak lama kemudian, datang Victoria,Jackson dan Niccole serta Eric untuk bersarapan.
Pada mulanya, Merlina tidak ingin bersarapan dengan mereka tetapi perutnya itu berkeroncong.Dia harus fikir juga dengan kandungannya itu.

Setelah selesai sarapan,Merlina duduk di ruang tamu itu.Dia bermain dengan telefon sambil mencuri  dengar perbualan Jenzry dan Hernandez.Manakala Jerald sudah keluar kerana ada urusan penting.

"Raja Venice serta keluarga bertolak dari tadi lagi."kata Hernandez.

Jenzry hanya mengangguk.

"Selain itu,Raja Roffer dan permaisuri Miela dari Hignet, Raja Craves dan permaisuri Amanda dari Gindegor, Raja Divshoe dan Permaisuri Auralena dari Amier akan tiba di negara ini lebih kurang pukul 1 petang."Kata Hernandez.

Katanya lagi"besok, tuanku juga ada tetamu dan kedatangan mereka itu memberikan penghormatan kepada Raja Alexander."

"Baiklah.Terima kasih atas maklumat semua tu.Kalau ada apa-apa segara bagitahu."Pesan Jenzry.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now