Chapter 32

1 1 0
                                    

Jackson bertemu dengan abangnya di pejabat.Dia memakai baju coat hitam seakan-akan ada urusan penting dengan abangnya itu.Dia membuka pintu dan duduk di kerusi pejabat itu di hadapan abangnya.

"Kenapa kau datang sini?ada hal dengan bisnes kah?"Soal Jenzry sambil membaca dokumen.

"Merlina tidak bekerja lagi di Velentcy Secondary school.Dia berhenti kerja."
Jenzry terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Jackson.Dia meletakkan dokumen itu di meja dan memandang Jackson.

"Dari mana kau tentang tu?"Serius Jenzry.

"Itu sudah memang keahlian saya.
Dia sudah keluar dari negara ni bersama dengan adik dia iaitu Halen Giselle Andreani."Terang Jackson.

"Mereka pergi mana?"soal Jenzry.
Dia terkejut apabila mendapati bahawa isterinya dan adik iparnya pergi dari negara ini buat sementara.

"Mereka pergi London tapi saya tidak tahu apa tujuan mereka."Kata Jackson.

"Merlina tidak buat apa-apa sebab  dia dengan adik dia.Tak perlu mahu tahu sangat."Kata Jenzry lalu kembali dia membaca dokumen itu.

"Tapi,abang tidak syak sesuatu hubungan adik beradik tu kah?mana tau Halen juga ikut kumpulan mereka tu."syak Jackson.

"Tentang tu saya tidak tahu tapi Merlina dibesarkan oleh nenek dan atuk dia.Dia membesar tidak sama-sama dengan adik beradik dia."
Jenzry teringat lagi kata-kata nenek Merlina itu bahawa Merlina tidak dibesarkan oleh ibu bapanya.

"Hah?dia dibesarkan oleh nenek dan atuk dia?"Jackson masih lagi tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Jenzry.

"Ya.Nenek Merlina yang ceritakan pada saya semasa saya jumpa dia diam-diam."Terang Jenzry bagaimana dia mengetahui tentang itu.

"Tapi,masa perkahwinan tu...Bapa Merlina yang bawa."Ujar Jackson.
Dia masih lagi teringat momen perkahwinan abangnya.

"Merlina anak pertama jadi dia ditinggalkan di kampung neneknya sementara bapa dan mama dia bekerja di bandar.Tapi tak disangka, semua tu berlanjutan.Adik dia lahir terus kena bawa di bandar melainkan Merlina tetap tinggal di kampung.
Macam Merlina diasingkan oleh ibu bapa dia tapi Merlina kata dengan saya,duit bukan senang dicari jadi dia faham semua tu bahawa ibu bapa dia tak sanggup bagi dia makanan atau tambah berat tanggungan."Jelas Jenzry.

"Ibu bapa jenis apa tu?Merlina datang di bumi ni sebab dorang bukan salah Merlina yang datang di bumi secara semula jadi."Jackson tidak sangka Merlina dibuat begitu oleh ibu bapa Merlina.

"Jangan cakap benda tu.Merlina sudah larang untuk tidak ungkitkan benda tu lagi."Tegas Jenzry.

"Baiklah."Jackson hanya menurut.

"Anything else?"Soal Jenzry.

"Ada lagi.Kau rasa Halen masuk kumpulan FTNL tu?"Kata Jackson Yang sedikit mengesyaki adik beradik itu.

"Kalau dia masuk,masuklah.Kita tengok saja."Kata Jenzry yang membuatkan Jackson sedikit geram.

"Orang serius,abang bawa main lagi"
Geram Jackson.

"Tak perlu mahu serius.Saya dah banyak serius sejak kebelakangan ni.
Saya bagaikan pegang negara sudah ni sedangkan saya hanya Putera Mahkota bukannya Raja."kata Jenzry sambil memicit kepalanya itu.

"Suatu hari nanti pegang tanggungjawab juga tu.Susah kau nak elak benda ni.By the way, enjoy your day with crown prince."Kata Jackson lalu tergelak Kecil.

~~~~~~~~√~~~~~~~~~

Beberapa hari kemudian,Merlina dan Halen tiba di negara Norzeland setelah bercuti Di London.Mereka tiba sahaja di ibu negara,mereka terus menuju ke negeri mereka iaitu  Felidz.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now