Chapter 30

3 1 0
                                    

Bangunan yang sudah lama namun masih lagi dapat digunakan untuk kanak-kanak bersekolah.Bangunan khas untuk sekolah tadika yang bernama tadika Fairyland Vuelden kini dijadikan tumpuan dan terkenal seluruh dunia apabila terdapat seorang murid asal dari kerabat diraja Norzeland yang bernama Eric Skyler Ireazel akan bersekolah di tadika itu.Ini kali pertama Eric bersekolah di situ setelah dia berpindah dari sekolah lamanya.
Walaupun jarak tadika itu dekat dengan rumah Jenzry dan Merlina.

Pagi-pagi lagi,wartawan sudah berkumpul di sekolah itu dan menanti ketibaan Putera Mahkota untuk menghantar anaknya bersama isteri,Merlina.

Tidak lama kemudian,kereta hitam tiba di tadika.Semua orang tahu kereta itu pasti milik Putera Mahkota.

Jenzry keluar dari kereta bersama Merlina dan Eric.Eric lengkap berpakaian baju uniform sekolah.

Wartawan mula mengambil gambar dan video tiga orang itu.
Ketua sekolah yang bernama Puan Araluen Melaina Fieyn menyambut kedatangan mereka itu.
Araluen menunduk kepala dan badannya sedikit diturunkan sebagai penghormatan Putera Mahkota.
Dia bersalam dengan Merlina dan melutut untuk sama level dengan Eric lalu bersalam dengan Eric.

Dia berdiri dan bercerita dengan Jenzry dan Merlina.Tidak dilupakan juga Araluen bertanya dengan Eric bagaimana dengan hari pertama persekolahannya di sekolah itu.

Setelah menghantar Eric di sekolah itu,Jenzry dan Merlina pergi dari situ.
Kini,Giliran Merlina pula dihantar oleh Jenzry barulah Jenzry datang ke pejabatnya.

Mereka tiba di tempat kerja Merlina.
Sebelum Merlina keluar dari kereta,
Jenzry sempat memberikan pesanan kepada Merlina.

"Nanti kalau balik terus call,jangan ikut Yean pula.Kawan kau sibuk lagi kerja di hospital tu."Pesan Jenzry.

"Dear tidak sibuk kah?"soal Merlina.

"Sibuk sedikit sajalah.Saya berbincang dengan menteri ja."Ujar Jenzry.

"Okeylah.Nanti saya call dear ja kalau saya balik."kata Merlina.

"Okey."kata Jenzry.

"Bye dear."Kata Merlina lalu mencium pipi Jenzry lalu keluar dari kereta itu.

Jenzry hanya tersenyum dengan telatah Merlina malah sering memanggilnya'dear'.Dia pun pergi dari situ.

~~~~~~√~~~~~~

Markas FTNL

"Ariana takkan kau tidak dapat jejak dengan Mr.Lavoisier,Mr.Vlonra dengan Mr.Laiden lagi?"soal Evan.
Rambutnya yang kemas kini menjadi serabut.Dia berasa risau sangat kerana mereka tidak dapat menemui dengan 4 orang itu yang merupakan ketua bahagian.

"Saya belum dapat jejak ketua bahagian dengan ketua kita.Tempat mereka tersembunyi sangat."kata Ariana.

"Tinggal kita dua saja ni Ariana di sini....yang lain sibuk dengan kerja mereka."ujar Evan dengan keadaan mereka itu sekarang.

"Kumpulan RML FURREL hebat sangat sehingga ahli kita yang lain tidak berani untuk mengikuti kumpulan ni."kecewa Ariana.

"Biarkan sajalah mereka.Apa-apa pun jangan lupa simpan baik-baik barang yang kau seludup tu."Pesan Evan.

"Ya.Nanti barang-barang medic tu biarlah Anlyn yang periksa itu. Katanya dia akan datang nanti petang untuk buang stress."Kata Ariana.

"Buang stres buat apa di sini?Carilah bestie dia tu."Ujar Evan.Dia kenal sangat dengan kawan teamnya itu bersahabat dengan M'fia.

"Profesor M'fia sudah ada suami.Dia kenalah layan dengan suaminya dulu baru layan Anlyn."Kata Ariana yang faham dengan keadaan ketua mereka itu.

"Wait?You call our leader Professor M'fia? isn't she want called her just M'fia?"Hairan Evan.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now