Chapter 40

8 1 0
                                    

5 tahun berlalu

Istana Rothnia Syndril

Merlina melihat pemandangan di luar istana itu melalui tingkap. Kehijauan alam semula jadi itu yang berada di sekitar istana membuatnya tenang dan damai.

Kejadian 5 tahun yang lalu,masih segar lagi di ingatannya dan dia cuba untuk melupakan peristiwa itu.
Tidak disangkakan, peristiwa itu sekelip mata berlalu sedangkan dia merasakan waktu itu sungguh lama baginya.

Kini,akibat peristiwa itu,Kerabat Norzeland kembali memegang negara Wellcie.Ratu Merlia yang melepaskan negara itu kini kembali di tangan Raja Sekarang.Bukti yang kukuh bahawa jika Wellcie tidak mempunyai pewaris maka kerabat Norzeland akan memerintah negara Wellcie dan itu membuatkan negara Wellcie akur bahawa Raja mereka sekarang adalah Raja Norzeland yang juga memegang negara lain seperti Anturpi, Brison, Fikoler dan Gideoner.Walaupun, utusan dari Raja Younes pada 5 tahun yang lalu sudah menandakan bahawa Raja Younes memberikan Negera itu kepada Raja Norzeland untuk memerintah negara itu.

Bunyi bising akibat orang bergaduh membuatnya tidak tenang.Baru saja ingin dia menarik nafas dalam-dalam namun bunyi bising mengganggunya.

"Mama beli mainan ni untuk saya not you!Jangan sembarangan sentuh mainan sister!"Marah seorang budak kecil yang berumur 5 tahun itu.

"ma..huk ain juga mainan tu..sia tiadak mainan tu."Rungut seorang budak kecil lelaki yang berumur 3 tahun.

"So?kau kan ada mainan.Ini sister punya.Adik mainlah dengan bola tu." Kata budak perempuan itu sambil jari telunjuk menunjuk bola yang terletak di meja tu.

"Takk syampai.."Sedih sahaja budak lelaki itu berkata.Dirinya itu asyik saja dimarahi oleh kakaknya.

"Sister tidak mahu tolong.Sendiri ambil."Kata budak perempuan itu sambil menayangkan wajah jengkel.

"Sissster....mahuk mainan tu."Mahu juga budak lelaki itu main mainan kepunyaan kakaknya itu.

"No!Aku tidak kisah,kau nangis kah, that's not my problem!"Sombong budak perempuan itu.Bukan apa dia tidak ingin pinjamkan tapi dia takut mainannya itu nanti ada air liur dari adiknya.

"Abang!Mama!tengok sisster ni..Dia tak baggi pinshjam."Adu budak lelaki itu sambil dia menangis.

"Mana boleh pinjam,itukan sister punya."Suara itu baru sahaja masuk di ruang tamu itu iaitu Eric Skyler Ireazel yang berpakaian segak.Kini, dia berumur 10 tahun.

"But...mahuk mainan tu.."Kata budak lelaki itu.Air matanya mengalir dengan deras.

"Sister takkan bagi.Sister tidak suka air liur tu.Adik pengotor."Budak perempuan itu tidak mengakun kalah.

"Vent,banyak mainan vent tu.Takkan ambil mainan sister pula.Tak boleh." Kata Eric sambil dia melutut untuk sama level dengan budak lelaki itu lalu mengelap air mata yang jatuh itu.

"Sya...mahuk mainan tu."Kata budak lelaki itu atau dikenali sebagai Vent sambil dia menunjuk mainan yang dipegang oleh kakaknya.

"Nanti kita minta mama beli,okey.."pujuk Eric.

Vent hanya mengangguk.

"Tak perlu mahu beli.Banyak sudah mainan tu.Takkan mainan tu tidak cukup.Kalau beli nanti buat semak saja."Kasar budak perempuan itu. Walaupun budak perempuan itu masih lagi berumur 5 tahun,namun percakapannya itu sangat kasar.

"Jaga mulut kau tu,Lia.Siapa ajar pula kau cakap begitu?"Eric meninggikan suara.Sungguh dia tidak tahan dengan sikap budak itu.

"I don't know.It's better if spoke like that,agar orang tidak akan pijak saya." Budak perempuan itu hebat menjawab.Sikapnya itu serupa dengan seseorang atau digelar sebagai mamanya.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now