Chapter 11

1 1 0
                                    

"Tahulah kamu tu orang VIP,sesuka hati saja nak buat tapi ingat kau tidak tahu dia siapa.Berani nak gunakan anak saya dengan kata-kata begitu.Mengatakan anak kau tu calon isteri Putera Mahkota! sedangkan anak saya belum bawa anak kau pergi jumpa saya dah berani cakap begitu!"kata Permaisuri Victoria yang sedikit tegas sudah membuatkan orang menelan air liur.

"Kau cakap begitu,mana hak isteri Putera Mahkota.Anak saya sudah berkahwin,kau pula nak cakap anak kau tu calon isteri Putera Mahkota.Mana hak menantu saya?"kata Permaisuri Victoria itu membuatkan semua orang terkejut apabila Putera Mahkota mereka sudah berkahwin.

"Satu lagi,kasut kau tu berapa harga?mahal sangatkah?"Permaisuri Victoria bertanya dengan Farisha hingga membuatkan bapa dan mama itu langsung melihat muka Permaisuri Victoria kerana terkejut.

"Baru terpijak sudah nak tampar kiri kanan,jatuhkan dia lagi dan siramkan air yang panas tu.Mungkin kasut tu berharga kan?cakap berapa kasut tu biar saya ganti rugi?"kata Permaisuri Victoria itu sedikit pedas hingga menyuruh mereka menelan kata pedas tu.Semua orang terkejut mendengar,tidak disangkakan Permaisuri yang baik suka buat lucu rupanya seorang yang tegas.

"A..aku tak bermaksud tu tu...Yang mulia"kata Farisha teragak-agak untuk bercakap.

"Pakaian yang dia pakai tu walaupun moyang punya,tanpa tu pakaian mana kita dapat pakai pakaian yang kita pakai ni.Design mereka dapat mengubah otak kita untuk berfikir lebih maju."kata Permaisuri itu.

Dia terus berpaling ke arah Davidson Raymond Lines...
"Aku dah nak balik.Nampaknya di akhir majlis ni,saya pergi dulu.Terima kasih memberikan layanan yang baik dengan persembahan tadi tu."kata Permaisuri Victoria lalu memberikan senyuman itu kepada Emma Reliveth.Dia pun keluar dari situ dan diiringi oleh pengawal peribadinya.

Semua orang terus kecewa apabila Ratu mereka pergi begitu saja.Riak wajah marah terserlah muka Ratu itu, kekecewaan terhadap keluarga VIP itu membuatkan Permaisuri berasa bersalah pada Merlina serta keluarga Merlina kerana tidak menjaganya dengannya.Permaisuri keluar sahaja di dewan dia langsung tidak melihat Merlina menunggunya di luar.Betul apa yang dikatakan oleh Merlina mengatakan padanya yang 'tak perlu cari Merr dulu'.

Dia bergegas naik ke kereta lalu meninggalkan majlis yang diadakan di dewan itu.Siren polis itu pun berbunyi menandakan belakang mereka adalah Permaisuri dan mereka dalam perjalanan balik ke istana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hujan yang lebat lalu hanya putih di langit dan matahari tidak kelihatan.Gadis yang tinggi dan cantik itu berjalan di sekitar taman yang berdekatan dengan laut.Hujan yang lebat membuatkan ombak membesar dan bunyi ombak sangat kuat untuk didengar.
Gadis yang tengah mandi hujan itu ialah Merlina Sofea Alexandrina yang baru sahaja dilukai namun tidak ada orang satu pun berjumpa dengannya pada saat ini.

Dia duduk di kerusi tanaman itu.Tujuan dia mandi hujan hanyalah menyejukkan badannya yang terkena panas tadi.Kulitnya yang tadi memerah semakin hilang apabila terkena air hujan.Dia langsung tidak sangka yang terjadi membuatkan dirinya terus dipijakkan oleh orang yang tidak mempunyai hati.Dia terus menelefon Kawannya Yean untuk mengambilnya di Taman.

Tidak lama kemudian,Kawannya Yean tiba di taman dan dia menggunakan payung dan berjalan mencari Merlina.Apabila dia melihat Merlina yang tengah basah dengan hujan itu,dia segera berlari ke arah kawannya.Dia cepat-cepat melindungi kawannya dari hujan lebat itu.Terlihatnya kawannya mula mengeletar kesejukan,tangannya mula putih yang baru tadi sahaja kemerahan.

"Kau ni apa hal mandi hujan lebat ni?"tanya Yean yang semakin risau

"Aku kena siram air panas oleh perempuan tu"kata Merlina dengan tenang

"Tu sebab kau mandi hujan.Siapa perempuan tu nak kena belasah ke?"tanya Yean yang semakin marah apabila kawannya disiram air panas

"Saya tidak kenal.Hal nantilah tu aku cari maklumat perempuan tu."kata Merlina yang malas berfikir tentang perempuan yang menyerangnya tadi.

Pintu Hati Yang Terbuka Where stories live. Discover now