"Ayah! Jangan kejar winter!""Haa! Ayah akan tangkap kamu!"
"Ayah! Jangan terlalu laju! Saya tidak mampu untuk berlari lebih pantas berbanding Ayah..!"
Kedua-dua anak beranak itu bermain dengan penuh riang. Si kecil itu pulun melarikan diri daripada ditangkap oleh Ayahnya. Mereka berlari di sekeliling halaman rumah banglo itu.
"Winter sayangku, larilah sepantasnya! Ayah hampir menangkapmu." Jerit Ibunya.
"Kemana kamu mahu pergi? Ayah sedia untuk menangkapmu!"
Winter menyorok di belakang ibunya.
"Dapat juga!"
Ayahnya memeluk erat tubuh sikecil itu. Ibunya ketawa melihat gelagat mereka. Ayahnya mendukung si kecil itu dibelakangnya.
"Oh tidak, Puteri Winter sudah ditangkap oleh ahli sihir jahat. Kita perlukan seorang penyelamat!"
"Puteri Winter, serlahkan kuasa ais mu seperti Elsa!"
"Saya perlukan bantuan daripada Pemaisuri Jelita Taeyeon! Pemaisuri, bantulah saya untuk melepaskan diri!"
Winter pun memeluk erat ibunya. Kini, Puteri Winter terselamat daripada ancaman ahli sihir jahat Baekhyun. Ibunya tersenyum gembira.
"Baiklah, permainan telah tamat. Ayah perlukan air." Ujar Baekhyun.
"Silakan, sayang."
Taeyeon menghulurkan secawan teh kepada suaminya. Cawan kaca itu disambut. Dihirupnya air teh itu sedikit demi sedikit.
"Winter sayang, awak perlukan air?" Soal Taeyeon.
"Tidak mengapa, Ibu."
Winter mengambil anak patungnya yang terletak di kerusi. Dia duduk bersebelahan Ibunya.
"Terima kasih, ibu dan ayah kerana telah meluangkan masa bersama saya."
Taeyeon dan Baekhyun melihat kearah si kecil itu. Sebuah senyuman dihadiahkan untuknya.
"Ibu dan ayah sentiasa menyayangi kamu, winter sayangku.."
YOU ARE READING
We'll be okay
FanfictionIni adalah coretan imaginasi yang tidaklah terlalu rumit jika di bandingkan dengan apa yang di lalui sebenarnya. Aku menulis ini adalah untuk mengetahui apa yang dirasa sebenarnya jika benar dipisahkan. Aku tidaklah terlalu sedih jika tidak mempun...