Chapter 6

25 2 4
                                    


Gambar ibunya ditatap sebelum dia tidur. Melihat wajah jelita ibunya membuatkan dirinya tenang. Kesemua rasa rindunya dibalas.


"Ibu, hari ini Ayah membawa saya membeli-belah di Seoul wave. Sehinggalah saya tiba di sebuah cafe, saya terdengar perbualan seorang wanita. Dia menyebut nama Taeyeon berkali-kali di dalam talian.


Adakah itu ibu? Jika benarlah itu ibu, Saya amat gembira."


"Saya ingin bertemu ibu. Saya sentiasa berharap agar Ayah di lembutkan hatinya untuk membenarkanku bertemu ibu."


"Semoga kita bertemu lagi, Ibu."


Gambar itu disimpan didalam laci mejanya. Dia bingkas menuju kearah katilnya. Lampu kecil di sebelah katilnya ditutup. Bilik itu menjadi gelap gelita tanpa sebarang cahaya pun.


Matanya ditutup. Dia pun mulai terlelap.


******

Beg tangannya diambil. Telefonnya diletakkan di dalam begnya itu. Dia berdiri dihadapan cermin. Matanya memandang tepat kearah penampilannya di cermin.


"Semoga berjaya, Taeyeon. Mulakan harimu dengan perkara yang baik."


Dia tersenyum sendiri.


Kau adalah wanita yang hebat, Taeyeon. Anakmu juga pasti akan berbangga denganmu.


******

Dia memasuki ke dalam lobi Hospital. Langkahnya laju menuju kearah lif. Dia perlu bergegas ke bilik mesyuarat. Perbincangan itu akan bermula pada pukul 9.00 pagi.


Butang lif ditekan. Pintu lif pun terbuka. Dia memasuki ke dalam lif itu. Butang 9 ditekannya. Pintu pun mulai tertutup.


"Tunggu sebentar!"


Pintu lif kembali terbuka. Taeyeon melihat kearah lelaki yang memasuki lif itu.


Dia terkaku. Apakah..


Baekhyun memasuki ke dalam lif itu. Taeyeon hanya menundukkan pandangannnya. Jantungnya berdegup kencang.


Baekhyun hanya membisu.


Kini mereka berada di dalam satu lif yang sama.


Wahai diri, mengapakah kau berasa sangat gugup?


Pintu lif terbuka. Baekhyun terus mengatur langkah pergi. Taeyeon juga keluar dari situ.


Pintu lif tertutup. Taeyeon terus menuju ke bilik mesyuarat.


******

Perbincangan ini sudah hampir ke penghujungnya. Taeyeon hanya fokus pada kerjanya. Dia mendengar dengan tekun setiap perkara yang dibicarakan.

We'll be okayWhere stories live. Discover now