Chapter 24

10 3 0
                                    

"Bagaimanakah keadaan ibu?"











Soalnya.











"Ibu masih tidak menyedarkan diri sepenuhnya. Tapi, dalam masa terdekat ini..dia mungkin akan sedar."











"Tetapi...ada sesuatu yang aneh padanya."











"Hmm?"











Kening sebelah Baekhyun mulai terangkat.











"Jari ibu tiba-tiba saja berdarah. Ianya seperti dicucuk oleh sesuatu."











"Adakah awak ada meletakkan sesuatu ditangannya?"











"Tidak. Saya hanya duduk disampingnya. Kejadian itu tiba-tiba saja berlaku."











"Apabila saya melihat jari ibu, jari itu mulai bergerak. Mungkin dia terasa sakitnya."











Kepalanya diusap oleh Baekhyun.











"Pastinya ada keajaiban. Siapa tahu?"











Min jeong mengangguk perlahan.











"Tidak kisahlah jika ianya berdarah ataupun apa, asalkan ibu akan bangun juga."











Dia memandang kearah jururawat yang berada di sebelahnya.











"Younha, awak boleh beredar. Terima kasih kerana membantu saya."











"Baik, Doktor. Saya pergi dahulu."











Younha beredar dari situ.











Tubuh Min jeong dipeluk.











"Awak okay?"











Rambut Min jeong diselak lembut.











"Saya okay saja."











"Tidak perlu risau, sayang. Semuanya akan baik saja."











"Ayah.."











"Ya, sayang?"











"Jika ibu sedar semasa saya tiada disini, bolehkah ayah menjaganya?"











"Sudah tentu, sayang. Dia adalah pesakitku, sudah tentu ayah akan merawatnya dengan baik."











"Terima kasih, ayah."

******

"Min jeong, bagaimanakah keadaan Mak cik Taeyeon?"











Soal Jaemin di hujung talian.











Dia meneruskan menulis kerja sekolahnya.











"Ibu saya masih tidak sedar sepenuhnya."











"Ah...akhirnya..."











We'll be okayWhere stories live. Discover now