Chapter 5

23 2 0
                                    



Sungai han yang terbentang luas dilihatnya dengan penuh fokus. Dia menghayati pemandangan disitu. Melihat pemandangan yang indah ini pada waktu malam amat menyeronokkan. Dia sering kesini setiap kali dia merasa tertekan. Seakan-akan segala masalahnya dicampakkan ke dalam Sungai itu.


Terkadang aku berfikir,


Lebih baik aku saja yang dicampak di dalamnya.


Agar segala kesengsaraanku pergi dan tidak lagi aku rasainya.


Tapi, adakah aku ini seorang yang lemah?


Jika ibuku masih teguh di luar sana, mengapa aku tidak?


Jika mahu dibandingkan, Ibuku lebih banyak konfliknya.


Dan ya, Dia masih kukuh di sana.


Seharusnya aku menjadi sepertinya.


"Min jeong, apa yang awak menungkan?"


Chaewon mengambil tempat di sebelahnya. Secawan smoothie dihulurkan kepada Min jeong.


"Untuk awak. Lagipun dari tadi awak tidak makan apa-apa. Ingatlah bahawa awak adalah anak kepada Doktor Baekhyun, awak perlu sentiasa sihat."


"Hey, masih wujud orang yang mempunyai penyakit walaupun keluarganya ada yang bekerja di hospital. Oleh kerana ayah saya seorang doktor tidak bermaksud saya boleh terhindar daripada penyakit."


Chaewon hanya menjulingkan matanya keatas.


"Baiklah, Min jeong sahabatku."


Min jeong tertawa kecil dengan kata-kata Chaewon itu. Dia menghirup perlahan smoothie itu.


"Pada cuti musim panas ini, Ibu bapa saya merancang untuk pergi ke Australia."


"Wah, seronok. Saya pernah ke sana di daerah Gold coast."


"Kami juga akan melawat keluarga sepupu saya, Christopher Chan. Dia adalah sepupu yang paling rapat dengan saya dahulu."


"Nanti kalau awak sudah tiba di sana, berilah saya sedikit cenderahati."


"Untuk sahabat saya ini, boleh saja."


"Oh ya, awak pula? Apakah perancangan awak untuk cuti musim panas ini?"


Min jeong berfikir sejenak. Dia sekadar menganggkat bahunya.


"Tiada apa-apa perancangan lagi. Mungkin ayah saya masih sibuk dengan hal hospital."


Chaewon hanya mengangguk.

We'll be okayWhere stories live. Discover now