Chapter 7

22 2 1
                                    


Telefonnya berdering buat seketika. Min jeong mengalihkan pandangannya kearah telefonnya.


"Aish, siapakah yang menggangguku pada malam yang indah ini?"


Matanya melihat kearah skrin telefonnya.


Oppa Jaemin~


"Ianya Jaemin!"


Dia terus menjawab panggilan itu.


"Hai, Winter!"


"Hai, Oppa!"


Balasnya dengan penuh teruja. Rasa menyampahnya serta-merta pergi daripada dirinya.


"Apakah yang sedang kamu lakukan? Adakah saya mengganggu malam mu?"


"Tidaklah, saya lagi sedang menonton televisyen. Mengapakah oppa menelefonku?"


"Tiada apa-apa.. Adakah kamu baik-baik saja?"


"Baik saja. Bagaimana pula denganmu?"


"Saya juga baik-baik saja. Lagipun, saya baru saja selesai kelas dari universiti."


"Lewat juga. Sekarang juga sudah pukul 11.00 malam."


"Tidak mengapa, saya adalah pelajar tahun akhir. Tidak lama lagi saya akan menjalani hari graduasi."


"Wah, tentu ianya pasti menyeronokkan."


"Begitulah.."


Min jeong tertawa kecil.


"Bolehkah saya menghadiri majlis itu dan melihat oppa mengambil graduasi?"


"Sudah tentu. Saya amat gembira jika kamu hadir."


"Pasti oppa akan kelihatan, tampan?"


"Itu adalah semulajadi saya, Winter.."


Jaemin turut ketawa.


"By the way, i like my men in suit."


"Jika begitu, awak perlulah menyanyikan lagu Black suit dari Super Junior."


"Oppa....."


"Saya hanya bergurau, Winter."


Min jeong hanya mencebik.


"Bilakah awak akan datang ke Seoul?"

We'll be okayWhere stories live. Discover now