Chapter 3

28 2 0
                                    



Ting tong!


Bunyi loceng rumah mulai berbunyi. Min jeong melihat kearah pintu rumah.


"Ayah, ada orang datang ke rumah kita."


"Itu mesti Mak Cik Yoona kamu. Pergilah buka pintu untuknya."


Min jeong bingkas bangun dari kerusinya. Langkahnya laju menuju kearah pintu.


Pintu dibuka perlahan.


"Hai, Min jeong, sayangku!"


Wajahnya tersenyum lebar sebaik saja melihat ketibaan Mak Cik Yoona kesayangannya itu.


"Mak Cik, saya rindukan Mak Cik."


Min Jeong terus memeluk erat tubuh Mak Cik Yoona. Yoona adalah adik kepada Ayahnya, Baekhyun. Sejak Min jeong tidak tinggal bersama ibunya, Yoona lah yang sering menyayanginya seperti anak sendiri. Walaupun dia tahu Baekhyun dan Taeyeon berpisah, tetapi Min jeong masih memerlukan kasih sayang seorang wanita yang bergelar ibu.


Pada awalnya, Baekhyun tidak setuju jika Taeyeon diberi kelonggaran untuk bertemu anaknya. Jadi dia membawa Min jeong jauh dari Jeju. Kini mereka tinggal di Seoul. Yoona sangat kasihan melihat Min jeong membesar tanpa kasih sayang ibu. Yoona juga telah meminta Baekhyun untuk membiarkan Taeyeon bertemu Min jeong. Baekhyun tidak bersetuju. Dia pun bertekad untuk menyayangi Min jeong seperti anaknya.


Namun, kasih sayang seorang ibu yang melahirkan adalah lebih bermakna. Biarlah sejauh mana pun mereka berpisah, hati mereka tetap bersatu.


"Masuklah ke dalam. Ayah juga menunggumu."


Mereka memasuki ke dalam rumah itu.


"Hanya kamu seorang, Yoona?"


"Anakku Jaemin tidak dapat mengikutiku kerana dia mempunyai kelas di universiti. Oh ya, dia juga mengirimkan salam pada kamu berdua."


"Oh, begitu..."


"Abang Jaemin ada memesejku semalam. Dia mengucapkan selamat hari lahir padaku."


" Kalau diikutkan, Jaemin mahu saja bertemu kamu. Kamu juga adiknya yang tersayang, bukan?"


Min jeong ketawa kecil. Dia menyayangi Jaemin seperti abangnya sendiri. Dia juga tidak mempunyai adik beradik. Hanya dia anak tunggal dalam keluarga.


"Jika ada kelapangan, boleh saja kamu ke Busan dan bertemunya."


Min jeong tersenyum.


Aku ingin bertemu ibuku.

We'll be okayWhere stories live. Discover now