Chapter 27

17 2 0
                                    

Akhirnya, kesihatannya sudah pulih sepenuhnya.













Setelah berperang 1 bulan lebih dengan kesakitannya, dia berjaya juga.













Kini, dia boleh menjalani kehidupannya seperti biasa.













Segala barangannya miliknya disimpan kemas didalam begnya.













Min jeong turut membantu ibunya bersiap untuk pulang ke rumah.













Begitu juga Bomin.













Dia juga membantu sambil menemani temannya, Min jeong.













Teman? Kekasihnya, mungkin?













"Ibu, Ayah memberitahuku bahawa dia akan menghantar kita pulang."













"Oh?"













Dia baru saja merancang untuk pulang dengan menaiki teksi.













"Adakah ianya tidak menyusahkan Ayahmu?"













"Semestinya tidak. Ayah sendiri yang menawarkan dirinya."













"Baiklah, jika begitu."













Pakaian ibunya dibetulkan.













"Ibuku perlu sentiasa cantik. Walaupun dimana saja."













"Tidak perlulah berkata begitu. Kamu juga, sayang."













"Benar kata Mak cik Taeyeon. Awak juga perlu sentiasa cantik."













Bomin mencelah.













Pipinya mulai merah menahan malu.













"Ahh...saya biasa saja."













Taeyeon dan Bomin tertawa apabila melihat gelagat Min jeong itu.













"Gadis yang cantik sesuai bersama lelaki yang tampan seperti Bomin."













"Mak cik, saya tidaklah terlalu tampan. Jika dibandingkan, saya ini masih kelas rendah."













"Siapa kata?"













Taeyeon tertawa kecil.













Ada-ada saja kisah cinta anak muda ini.












Baekhyun memasuki ke dalam ruangan itu.













"Adakah semuanya sudah selesai?"













"Sudah, Ayah."













We'll be okayWhere stories live. Discover now