Chapter 21

11 2 1
                                    

Wajah pucat Taeyeon ditenung lama.









Dan ya, dia masih teguh disamping wanita itu.









Min jeong juga masih belum tiba kesini.









Apa yang harusku lakukan adalah terus berdoa.









Semoga dia cepat sembuh seperti sedia kala.









Aku juga tidak ingin melihat anakku kesedihan.









Jika ditakdirkan Taeyeon pergi, kesannya akan hadir pada Min jeong.








"Taeyeon...kau pasti sangat sakit, bukan?"









"Andainya aku boleh menggantikan tempatmu, ingin saja aku melakukan itu."









Tangan Taeyeon dipegangnya.









"Cepat lah sedar, Taeyeon..anakmu sedang menunggumu."









Matanya fokus melihat kearah wajah Taeyeon dengan pandangan yang sayu.









"Begitu juga aku..."









Ya, aku meluahkan juga.

*******

Kakinya laju menuju kearah wad ibunya.









Ayahnya juga memberitahu bahawa dia juga berada disitu.









"Ibu...saya akan datang segera.."











Dia masih mencari-cari wad ibunya.










"Kim Taeyeon."











Nama Kim Taeyeon tertera pada kertas yang ada di pintu wad itu.











Dia menolak pintu itu.











"Ibu?"











Ujarnya perlahan.











Ayahnya melihat kearah anaknya yang baru saja tiba disitu.











"Min jeong..."











Dia mendekati katil ibunya.











Wajah ibunya dipandang.











"Adakah ianya kecederaan yang serius?"











"Terdapat pendarahan pada bahagian kepalanya. Mungkin juga akibat kepalanya terhentak di jalan."











Min jeong memegang tangan ibunya.











"Adakah ibu akan sihat semula?"











Baekhyun tersenyum tawar.











Kepala Min jeong diusap perlahan.











"Sayang, apa yang perlu kita lakukan adalah terus berdoa. Ianya adalah takdir untuk kita semua. Dan, senjata yang paling terkuat adalah berdoa."











"Saya mahu ibu. Saya tidak mahu kehilangan ibu."











Baekhyun memeluknya perlahan.











Min jeong telah mula menangis.











"Shh...sayang...anak ayah kuat. Min jeongku adalah anak yang hebat. Ayah dan ibu sentiasa menyayangimu, sayang."











Ujarnya perlahan.











Dirinya masih mencuba sedaya upaya untuk menenangkan anaknya itu.











Bibirnya mencium ubun-ubun anaknya.











"Ayah sentiasa bersamamu. Kita perlu berdoa untuk ibu ya, sayang?"











Min jeong mengangguk perlahan.











"Begitulah anak ayah."

*******

Hari berganti hari, setiap kali dia selesai kerjanya, dia pasti akan melawat Taeyeon yang masih terbaring di dalam wad.











Dia sentiasa akan memastikan Taeyeon dalam keadaan yang stabil.











Walaupun aku dan kau sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, aku akan tetap menjagamu.











"Ya, Baekhyun."











Tegurnya.











Yugyeom berdiri di sebelah Baekhyun.











Masing-masing menatapi kearah jasad Taeyeon yang terbaring itu.











"Awak sangat menjaganya."











Baekhyun hanya sinis.











"Dia adalah pesakitku. Sudah semestinya saya akan sentiasa menjaganya."











"Atau, awak masih menyayanginya?"













Baekhyun sekadar tersenyum.













"Awak mungkin boleh menipu saya. Tetapi, awak tidak boleh menipu diri awak sendiri."













"Dan, jika saya berada ditempatmu, saya juga akan merasakan benda yang sama."













"Biarlah hubungan kami tetap baik demi Min jeong. Sekurang-kurangnya dia masih dapat merasakan kasih sayang keduanya."













Yugyeom menepuk dadanya.













Kata-kata Baekhyun itu disokong.













"Adakah awak mahu makan tengahari bersama?"













"Tidak mengapalah, saya akan kekal disini saja."












Yugyeom menepuk bahu Baekhyun.













"That's what i wanna hear. I hope she will okay."













"Saya pergi dahulu. Semoga berjaya, Baekhyun"













"Terima kasih."













Yugyeom terus melangkah pergi dari wad itu.













Baekhyun menoleh kembali kearah Taeyeon.













"Saranghaja, Taeyeon."










We'll be okayWhere stories live. Discover now