Chapter 8

21 2 2
                                    


"Huwaa...mengantuknya.."


Min jeong mulai mengeliat.


Matanya melihat kearah rakan disebelahnya, Bomin


Dia masih sibuk menulis sesuatu.


Hmm...hari ini saja, Bomin langsung tidak berbicara denganku.


Selalunya ada saja cerita yang ingin dikongsi bersama.


Cuma hari ini agak berbeza sedikit.


Ting!


Telefonnya diambil daripada poket kemejanya.


Dia membaca mesej yang dihantar oleh Ayahnya.


"Sayang, hari ini Ayah akan menjemputmu pulang. Selepas ini kita akan menikmati makan malam bersama di restoran . Kamu tidak perlu menunggu bas untuk pulang hari ini."


Bibirnya mengukir segaris senyuman.


"Baik, Ayah. Saya akan tunggu ayah di pagar sekolah."


Telefonnya diletakkan kembali di dalam poketnya.


Sekarang masih tersisa 5 minit lagi sebelum loceng akhir berbunyi.


Ah, cepatlah masa berlalu.


Aku sudah mulai kelaparan ini!


Sehelai kertas terjatuh daripada meja Bomin.


Min jeong segera mengangkat kertas itu.


'Saya benci Ibu dan Ayah!"


Matanya tertangkap kearah tulisan yang ada pada kertas itu.


Bomin segera merampas kertas itu daripada Min jeong.


Kertas itu dikoyak serta-merta.


Sisanya dibuang ke dalam tong sampah.


"Bomin, awak..."


"Diam, Min jeong."


Lidahnya terus kaku.


Baiklah, aku akan diam.


Kau juga perlukan masa untuk bertenang, bukan?


Min jeong menoleh kearah bukunya semula.


Bomin melihat kearah Min jeong.


"Min jeong, Saya minta maaf kerana saya telah berkasar dengan awak. Tetapi, sekarang ini saya memang tidak mahu sesiapa mengganggu saya."


Dia hanya mengangguk tanda faham.


"Terima kasih kerana memahami."


Bomin bingkas bangun daripada kerusinya.


Beg sekolahnya diambil.


Langkahnya laju keluar daripada kelas.


Yongbok memasuki ke dalam kelas.


Matanya hanya melihat kearah Bomin yang keluar secara tiba-tiba itu.


"Ya, Bomin!"


Bomin langsung tidak mengendahkan panggilan Yongbok padanya.


"Mengapakah dengan dia? Kelas masih tersisa beberapa minit sebelum pulang, tetapi kenapa dia telah mengatur langkah pergi?"


We'll be okayWhere stories live. Discover now