End

39 2 5
                                    

Pemandangan matahari terbenam itu ditenung dengan penuh bahagia.













Ingin saja aku menjerit sekuat hati.













Terima kasih, Tuhan.













Aku masih diberi nafas dan kasih sayang.













Aku sangat mensyukurinya.













Segala lelahku selama ini, aku tempuhi dengan penuh sabar dan yakin.













Aku yakin sepenuhnya bahawa, aku akan diberikan kebahagiaan yang sebenar nanti.













Kisah sedih ini sudah tamat.













Tetapi, aku tidak mahu rasa bahagia ini tamat.













Tambahkanlah nikmat bahagia ini kepadaku.













Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersyukur dengan segalanya.













"Awak kelihatan sangat gembira. Ada apa-apa yang ingin dikatakan?"













Bomin melirik kearahku yang sedang menyandar di bahunya.













"Jika ingin diucapkan, tidak akan habis kata-kataku untuk rasa ini."













"Saya sangat gembira dengan nikmat ini."













"Janji Tuhan itu pasti, Min jeong."













"Dia adalah sebaik perancang. Dia juga yang berkuasa untuk semuanya."













Senyumannya terukir.













Ya, benar sekali dengan apa yang dikatakan oleh Bomin itu.













"Terima kasih."













"Untuk apa?"













"Untuk segalanya. Daripada permulaan ceritaku, sehingga kebahagian ini, kita masih teguh disini."













Bomin membelai lembut kepala Min jeong.













"Awak juga, Min jeong. Awak juga inspirasi untukku. Inspirasi untuk yang lain juga."













Semoga setiap jalan cerita yang tidaklah terlalu indah ini menjadi pengajaran kepadaku.













Begitu juga kamu.













Dan, ingin sekali aku mengatakannya.













Sentiasalah bersyukur dengan segalanya.














Apabila kau bersyukur dan sentiasa menerima dengan sepenuh hatimu,













Rasa nikmat ini akan digandakan.













Nikmat Tuhan ini banyak.













Tidak kisah apa sekalipun.













TAMAT

******

Terima kasih kepada yang membaca kisah ini.

Ya, sejujurnya ianya tidaklah terlalu sedih.

Cuma, aku ingin menyelitkan beberapa pesanan didalam ini.

Semoga dengan kisah ringkas ini, aku dapat menghasilkan kisah yang lebih berkualiti di lain masa.

Ya, aku agak sedih apabila menulis ini.

Tamat juga akhirnya.

Selepas ini, aku mungkin akan merindukan watak-watak ini.

Hahaha...

Terima kasih untuk semuanya.


























We'll be okayWhere stories live. Discover now