Chapter 11

20 3 1
                                    

"Terima kasih."




Min jeong mengambil wang baki yang diberikan oleh juruwang itu.




Kakinya laju menuju ke lobi stesyen kereta api.





"Agaknya...lagi berapa minit Abang Jaemin akan tiba?"




Dia melihat kearah jam tangannya.




Dia masih kukuh berdiri di tempat menunggu.




Suasana di stesyen kereta api amat sesak dengan manusia yang lalu-lalang.




Air yang dibelinya dibuka penutupnya.




Dia menghirup air itu dengan perlahan.




Ada seorang budak perempuan berdiri berdekatannya.




Budak itu memandang kearah Min jeong sambil tersenyum.




Min jeong membalas senyuman itu.




"Kakak sangat cantik."




Pujinya.




"Oh, terima kasih. Awak juga cantik."




"Kakak mahu ke mana?"




"Kakak sedang menunggu Abang kakak tiba. Awak pula?"




"Saya dan ibu akan ke pulang ke kampung di Daegu."




Min jeong mendekatinya.




Rambutnya dibelai lembut.




"Semoga awak sampai dengan selamat. Apa nama awak?"




"Saya Kim Min ju."




"Nama kita hampir sama. Nama kakak Byun Min jeong."




Min ju tersenyum manis.




"Sayang, mari pergi. Kereta api akan tiba nanti."




Ibu kepada Min ju tiba dihadapan mereka.




Ibunya melihat kearah Min jeong.




"Hai, saya ibu kepada Min ju."




"Saya Byun Min jeong."




Ibunya mengerutkan dahinya.




"Byun Min jeong? Anak kepada Kim Taeyeon?"




"Kim Taeyeon?"




"Awak anak kepada Kim Taeyeon dan Byun Baekhyun, bukan?"




Min jeong mengangguk laju.




"Ya, saya. Bagaimanakah Puan boleh mengetahuinya?"




"Saya rakan sekerja Puan Taeyeon semasa di Jeju dahulu. Saya Kwon yuri."




Mereka berjabat tangan.




"Oh, begitu..."




"Baiklah, saya perlu pergi segera. Min jeong, jika ada kelapangan, kita masih boleh berjumpa. Ini kad kerja saya."




Kad kerjanya diberi kepada Min jeong.




"Terima kasih, Puan."




"Panggil saja saya Mak cik Yuri. Oh ya, wajahmu sangat mirip dengan ibumu."




We'll be okayWhere stories live. Discover now