Chapter 2

42 3 1
                                    




Kesemua memori indah yang dahulunya bahagia kini hanya tinggal kenangan. Tidak semua kehidupan menjalani harinya dengan sentiasa bahagia. Tuhan juga tidak menjanjikan bahawa bunga selalu mekar dan bahagia dalam setiap kehidupan. Tetapi, Tuhan sentiasa memberikan pelangi dalam setiap badai dan senyuman dalam setiap tangisan.


Kini, Keluarga bahagia ini telah berpecah belah. Baekhyun melarang Taeyeon daripada menjumpa anak perempuannya, Winter. Baekhyun dan Winter pergi dari hidup Taeyeon sewaktu Winter berumur 5 tahun.


Taeyeon melalui harinya dengan sendirian. Tanpa 'Rumah'nya dan cahaya matanya yang tercinta. Setiap hari dia merindukan anaknya.


.....


Sudah genap 15 tahun dia tidak bertemu dengan anaknya. Selama itulah tersiksanya hati dan jiwanya. Kadang dia berfikir, Adakah aku seorang ibu yang GAGAL?


Kek Brownies yang terhidang dihadapannya hanya ditenung lama. Ini adalah kek kesukaan Winter. Dahulunya dia tidak pernah tertarik untuk membuat kek. Tetapi oleh kerana Winter yang menginginkannya, dia pun berusaha untuk si kecil itu.


"Selamat hari lahir, Sayangku. Ibu amat merindukanmu. Kini kamu sudah berumur 19 tahun. Ibu berharap kamu menjadi seorang anak yang baik, jelita, dan seorang yang bertanggungjawab. Jadilah seorang yang berbakat seperti ayahmu, dan jadilah seorang yang penyayang seperti ibumu. Semoga kita bertemu lagi, sayang."


Lilin yang bernyala itu ditiup perlahan. Taeyeon tersenyum tawar.


Alangkah baiknya jika kamu disini.

Alangkah baiknya jika kamu disini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


.......


Lilin itu ditiup perlahan. Dia tersenyum.


"Selamat hari lahir , Min jeong!"


Ayahnya memeluknya dari belakang.


"Terima kasih, Ayah. Saya amat menghargainya."


Baekhyun duduk di hadapannya. Pisau plastik dihulurkan untuk Min jeong. Min jeong menyambut huluran itu.


Kek itu dipotongnya. Dia amat menyukai kek.


"Anak ayah sudah dewasa. Ayah pula semakin tua."


"Ayah, walaupun ayah sudah berumur, tetapi ayah masih kacak."


"Sudahlah, Min jeong.. adakah kamu menginginkan sesuatu? Pasti ada sesuatu yang kamu inginkan jika kamu terlalu manis harini."


"Tidaklah..saya hanya berkata perkara yang betul. Ayah tetap kacak."


"Baiklah..."


Min jeong menghulurkan sepotong ke kedalam pinggan Ayahnya.


"Oh, iya..katanya Mak cik Yoona akan hadir kerumah kita untuk menyambut hari lahir kamu."


"Wah, Mak Cik Yoona akan datang?"


"Nampaknya begitu, tetapi..."


"Saya faham. Mak cik Yoona bukankah tinggal di daerah Busan? Jadi, ianya agak mengambil masa untuk sampai kesini."


"Tidak mengapalah, mari kita nikmati dahulu makanan ini."


"Baik."


....


"Puan Taeyeon..."


Taeyeon melihat kearah suara itu.


"Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"


"Tidak ada apa-apa.."


"Saya agak bimbang kerana wajah puan agak stress."


"Itukan sudah menjadi kebiasaan saya? Sentiasa bersedih?"


"Puan, janganlah begitu. Saya yakin, satu hari nanti Winter akan kembali."


"Harapnya begitu."


Seulgi hanya tersenyum tawar. Dialah satu-satunya pembantu rumah yang sering mendengar luahan Taeyeon. Sejak pertama kali dia bekerja disini, dia sering melihat Taeyeon menangis sambil memeluk gambar anaknya. Itulah ibu. Sentiasa menyanyangi anaknya.


"Awak boleh habiskan separuh kek ini. Saya sudah kenyang."


Taeyeon bingkas bangun dari kerusi. Dia terus pergi menuju ke biliknya.


Seulgi melihat kearah gambar Winter yang terletak di sebelah kek itu. Wajah manis itu ditenung lama.


"Wajahmu sungguh mirip seperti ibumu, Winter."


...

....

We'll be okayWhere stories live. Discover now