Chapter 14

18 2 2
                                    

Bukunya yang dipegangnya terus ditutup.




Taeyeon melihat kearah pemandangan alam melalui balkoni rumahnya.




Nafasnya dihembus perlahan.




Entah mengapa hatinya makin tenang.




Lebih tenang dari dulu.




Mungkin oleh kerana dia telah bertemu dengan cahaya matanya.




Cahaya mata yang dia sayangi dan dirindui sentiasa.




Pengorbanan yang dihadapi selama 15 tahun, kini semuanya terbalas.




"Ibu, saya ada bawakan air untukmu."




Taeyeon melihat kearah anaknya, Min jeong.




Sebuah senyuman dihadiahkan padanya.




Min jeong meletakkan dulang air itu diatas meja kopi yang terletak disitu.




Min jeong mengambil tempatnya disebelah ibunya.




"Ibu mahukan air?"




"Boleh juga."




Min jeong menghulurakan secawan air teh pada ibunya.




"Silakan, ibu."




"Terima kasih, sayang."




Min jeong melihat kearah pemandangan luar yang terbentang luas dihadapannya.




"Cantik juga pemandangan disini. Dari atas ini dapat melihat taman bunga ibu."




"Disinilah tempat ibu mencari ketenangan. Walaupun ketenangan itu hanya sebentar, tapi ibu tetap tidak berputus asa untuk mendapatkannya."




Min jeong hanya tersenyum.




"Ibu tahu, sepanjang ibu tiada...saya amat merinduimu. Tapi, rinduku itu tidak pernah terungkap. Saya menahannya. Saya tidak pernah mengatakan apa-apa tentang ibu dihadapan Ayah. Yang setia mendengar luahan saya adalah Mak cik Yoona."




"Terkadang saya berfikir, bagaimanakah keadaanmu, apakah yang sedang ibu lakukan, bilakah saya akan dapat menikmati kek brownies buatan ibu..."




"Dan akhirnya, takdir menemukan kita semula. Dengan ini, saya tidaklah merasakan kesedihan lagi."




Taeyeon membelai lembut bahu anaknya.




"Winter, maafkan ibu, sayang."




Min jeong mulai hairan.




"Mengapakah ibu meminta maaf pada saya? Ibu tiada sebarang kesalahan padaku."




"Maafkan ibu, sayang. Oleh kerana konflik anatara kami, ianya membebankan dirimu. Kamu dipisahkan oleh ibu sejak kecil. Seharusnya, seorang anak perlu mendapat perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu dan Ayahnya. Tetapi, kamu tidak merasakan itu. Ibu tidak bersamamu sehingga kamu dewasa. Kamu juga membesar bukan dihadapan mataku."




"Ibu, janganlah ibu berkata begitu. Saya masih beruntung kerana membesar dengan sempurna walaupun bukan bersamamu.  Saya amat bersyukur kerana masih berpeluang bertemu ibu."




"Dan saya juga bersyukur kerana ibu dan ayah masih menyayangiku."




Matanya Taeyeon mulai berkaca.




We'll be okayWhere stories live. Discover now