14. ENCIK SUAMI SI PEMBULI

2.3K 75 3
                                    

Saje nak belanja lagi sabtu chapter. Jemput baca! Semoga kalian terhibur 😁😁

**********************************************

Raisya duduk di ruang tamu sejak selepas sarapan tadi. Rasa tak selamat duduk dengan Qarizh hari ni. Qarizh betul-betul buat perangai. Dia tahu Qarizh sengaja mahu mengenakan dia. Dia juga tahu Qarizh sedang menguji dia. Raisya cuba bertahan.

Pintu utama kondo terbuka dari luar. Kelihatan Qarizh masuk dengan bajunya dibasahi peluh. Mungkin baru balik dari gym. Raisya hanya memandang sekilas. Qarizh melangkah ke ruang tamu dengan segelas air. Dia duduk di sebelah Raisya. Sengaja dirapatkan kedudukan. Raisya alihkan sedikit duduknya menjauhi Qarizh. Qarizh senyum senget.

"Awak, saya nak balik rumah sewa saya. Ada banyak keje nak buat." Kata Raisya memulakan bicara.

Dia tidak betah duduk berlamaan di sini bersama Qarizh. Jantungnya tak berhenti berdetak laju.

"Kerja apa je yang kau nak buat Raisya?". Tanya Qarizh endah tak endah.

"Saya nak buat persediaan untuk masuk kerja esok."

Qarizh sengih mendengar jawapan dari Raisya. Nampak sangat Raisya nak lari dari dia. Dia serahkan gelas yang sudah kosong pada Raisya.

"Kalau aku suruh kau tidur kat sini lagi macam mana?" Qarizh pandang Raisya.

"Janganlah macam ni please. Saya ada urusan nak buat." Rayu Raisya. Dia tahu dengan Qarizh tak boleh berkasar. Nanti dia akan jadi lebih agresif lagi.

"Aku sibuk petang ni. Tak dapat nak hantar kau balik." Jawab Qarizh lalu bangun melangkah ke dalam bilik. Dia mahu membersihkan dirinya.

"Tolonglah awak. Saya boleh balik sendiri. Saya tak nak susahkan awak pun."Raisya masih mencuba.

Dia harap sangat dia dapat balik hari ni. Kalau ikutkan hati dia mahu balik terus tanpa meminta izin. Tetapi dia takut Qarizh akan mengamuk. Qarizh terus berlalu meninggalkan Raisya yang bengang di ruang tamu.

Raisya tumbuk-tumbuk bantal kecil di sofa. Anggap sahaja lah itu Qarizh. Puas hati dapat lepaskan geram pada bantal itu. Kalau dapat tumbuk Qarizh lagi dia puas.

Selesai membersihkan diri Qarizh keluar ke ruang tamu. Dia mencari-cari kelibat Raisya. Tetapi tiada.

'tak kan dia balik terus kot' bisik hati Qarizh.

Dia jenguk ke balkoni. Dia nampak Raisya berdiri kaku di situ. Entah apa yang difikirkan Raisya agaknya. Qarizh hanya memerhatikan isterinya dari sebalik pintu kaca itu.

'sampai bila agaknya kita nak teruskan hubungan ni?' detik hati Qarizh. Dia mengeleng-geleng sendiri.

Dia nampak Raisya berpaling mahu masuk ke rumah. Dia melangkah duduk di sofa. Dia perhatikan wajah murung Raisya.

"Aku bagi masa 10minit untuk kau bersiap. Kalau lambat kau tidur sini." Qarizh keluarkan arahan tanpa memandang Raisya.

Matanya dihalakan di televisyen. Raisya yang terkejut mendengar arahan itu terus teruja. Dia berlari anak masuk ke bilik tidur untuk bersiap. Tak sabar nak balik rumah sendiri. Dia mahu kebebasannya.

Sampai di hadapan rumah Raisya dia terus turun selepas mengucapkan terima kasih. Raisya terserempak dengan anak jirannya Hairi di luar pagar. Mungkin Hairi mahu keluar bekerja. Setelah bertegur sapa Raisya terus masuk ke dalam rumah.

Dari jauh Qarizh hanya memerhati tingkah laku isterinya. Perasaan marah mula menghantui. Ada suara-suara halus yang mengingatkannya kepada kenangan lalu yang menyakitkan. Dia hentak stereng kereta kuat. Dia melempiaskan kemarahannya.

"Kau baru balik Raisya?" Tegur Wany.

"Haah ye." Jawab Raisya pendek. Tak berminat mahu bercerita panjang.

"Seronok la dapat jumpa suami. Ada cerita best tak nak share dengan aku." Wany mula menyibuk. Dia alihkan duduknya menghadap Raisya.

"Apa la yang bestnya. Macam la kau tak tau hubungan kitaorang macam mana." Keluh Raisya lemah.

"Mana la tau dah duduk serumah timbul perasaan lain pulak." Wany mencuba lagi. Dia tersengeh-sengeh memandang sahabatnya.

"Ada satu perasaan wujud. Kau nak tau apa?" Raisya soal Wany pula.

"Apa?".

"Rasa menyirap, marah dan bengang!"

Wany menghamburkan tawanya. Kesian melihat nasib sahabatnya itu dan dalam masa yang sama dia terhibur dengan Raisya.

"Suka la kau gelakkan aku. Aku geram sangat tau. Dia membuli aku je kejenya." luah Raisya lagi.

"Lepas ni kalau ada peluang kau buli dia balik. Bukan ke kau expert bab buli membuli ni. Sejak bila pulak kau jadi budak baik sangat ni." Kata Wany sambil angkat-angkat kening.

"Betul juga tu. Tapi kan, aku pelik la. Qarizh tu macam ada masalah tau. Dia boleh berubah mood tiba-tiba. Kalau time dia marah serius menakutkan."

Raisya teringat semula sewaktu Qarizh mengamuk di rumah mentuanya kelmarin. Raisya tak pasti apa yang membuatkan Qarizh jadi terlalu marah seperti itu.

"Kau kena siasat la Raisya. Mesti ada something. Entah-entah kenangan masa lalu ke. Mana la tau kan."

Raisya mengangguk mengiakan. Kemungkinan besar ada kaitan dengan sejarah hidupnya. Raisya perlu pastikan dulu.

"Esok kau lapor diri kan?" Soal Wany lagi. Mulutnya tak berhenti mengunyah potato chip.

"Yup. Kau punya interview hari tu tak dapat respon lagi ke?" Tanya Raisya pula.

"Belum lagi. Nanti kau try la tanya Saiful, kot ada lagi kerja kosong kat tempat tu."

"Eh malas la. Apa kata kau mesej je dia.
Kau ingat aku tak tau ke korang still contact
kan?" Tebak Raisya. Dia tau Saiful dan Wany masih berhubung selepas pertemuan di kem tempohari.

"Memang la. Tapi segan la pulak aku nak tanya pasal kerja."

"Eleh segan konon. Menyampah aku. Sejak bila kau jadi penyegan sangat ni. Bukan selalu main belasah je ke."

"Alahai kau pun Raisya, bagi la can aku nak jadi perempuan sejati sekali sekala. Nak jadi pemalu gituh." Jawab Wany sambil tersengeh.

"Menyampah la aku. Malas aku nak layan kau. Baik aku pergi belek-belek barang yang aku beli kelmarin. Tak sempat nak membelek dah kena kidnap dengan suami." Kata Raisya sambil tersengih.

Raisya berlalu ke biliknya. Dia mahu membuat persiapan awal. Terlalu teruja mahu memulakan kerjayanya. Harapnya semuanya berjalan lancar.

"Mula-mula kidnap bawa balik rumah lepas ni kidnap bawa ke hati pulak" jerit Wany dari luar sambil terkekeh ketawa. Suka betul dia dapat kenakan Raisya.

"Kalau kena kidnap dengan suami macam Qarizh tu siapa pun sanggup aku rasa. Dah la kacak, badan sasa, tinggi."jerit Raisya dari dalam biliknya masih tak puas hati dengan usikan Wany.

"Amboii bukan main puji lagi. Dah jatuh hati ke?". Tanya Wany sambil ketawa.

Raisya hanya ketawa sahaja. Dia sendiri tak pasti pengakhiran hubungan ini. Cuma Raisya begitu yakin setiap yang jadi pasti ada hikmahnya nanti. Mungkin bukan sekarang tetapi ia pasti akan datang juga nanti. Cuma segalanya menuntut kesabaran dan ketabahan yang tinggi.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now