Petang itu Raisya sibuk memasak makanan untuk menjamu Wany dan Hana sekejap lagi. Selepas balik dari pejabat mereka akan terus singgah di sini.
Leka memasak di dapur tiba-tiba terasa tangan kekar memeluknya dari belakang. Raisya dah tau sangat gerangan yang memeluknya itu. Tentulah suaminya. Qarizh memeluk erat pinggang Raisya. Di kucup lembut telinga dan pipi isterinya.
"Hubby nak apa? Nak coffee?" Tanya Raisya. Sejak Qarizh balik dari pejabat tadi Raisya belum sempat berbual lagi dengan suaminya. Dia sibuk memasak di dapur.
"Nak sayang laa... apa lagi." Jawab Qarizh selamba. Raisya tersengeh menoleh pada suaminya.
"Sayang busy ni. Kejap lagi diorang nak sampai dah."
"Okay... ada apa-apa nak hubby tolong tak?" Tanya Qarizh sambil melepaskan pelukan.
"Hubby tolong hidang makanan ni dekat meja makan boleh?".
"Boleh madam." Jawab Qarizh lalu melangkah ke arah makanan yang telah disediakan. Dia mula menghidang makanan di atas meja makan.
Tak lama selepas itu loceng berbunyi. Raisya melangkah ke arah pintu. Jelas terpamer wajah dua orang sahabatnya di skrin lalu Raisya buka pintu dan menjemput mereka masuk.
"Jemput masuk korang." Wany dan Hana berpelukan dengan Raisya.
"Qarizh ada ke?" Tanya Wany.
"Ada, kat dalam bilik. Korang duduk dulu."
"Korang berdua nak terus makan atau nak borak-borak dulu?"
"Kita makan dulu la Raisya. Aku lapar gila ni. Tadi tak sempat nak lunch." Jawab Hana. Raisya dan Wany tersengeh melihat reaksi Hana.
"Okay jom makan." Raisya makan bersama Wany dan Hana. Tak lama selepas itu Qarizh keluar dari biliknya.
"Sayang, hubby nak keluar kejap ye." Qarizh hulur tangan lalu disambut isterinya. Raisya cium tangan Qarizh. Lalu Qarizh mengucup lembut dahi si isteri.
"Korang enjoy dulu okay. I nak keluar sekejap." Sempat Qarizh menyapa kedua- dua kawan Raisya.
"Thanks bagi pinjam isteri you sekejap." Kata Hana. Qarizh tersenyum lalu melangkah keluar.
"Sweet habis la korang berdua ni." Kata Hana.
"Mestilah... Ini Raisya kan. Memang terbukti sweet dan romantik." Kata Raisya dengan gaya yakin nya.
"Sudahlah Raisya, tak habis-habis dengan perasan kau tu. Baik aku makan." Kata Wany disambut ketawa Hana dan Raisya.
Selepas menikmati makanan mereka duduk di ruang tamu. Tak lain tak bukan mahu mendengar cerita yang ingin disampaikan oleh Wany.
"Wany, apa yang kau nak cerita sebenarnya. Macam penting sangat."Tanya Raisya.
"Ermmm... family aku suruh aku kahwin."
"Woww... Baguslah. Memang dah patut pun. Apa tunggu lagi."jawab Raisya teruja. Tak sabar nak tengok Wany naik pelamin.
"Masalahnya bukan dengan pilihan aku. Dengan pilihan ayah aku."
"Erkkk... macam mana boleh jadi macam tu." Raisya terkejut dengan berita yang disampaikan. Hana hanya mengeleng sahaja. Mesti Wany dah ceritakan hal ni pada dia.
"Entahlaa... aku stress sangat ni. Tak tau macam mana boleh muncul isu ayah aku berhutang dengan orang, lepas tu kalau nak selesaikan hutang aku kena kahwin dengan orang tu."
"What?! Aik, banyak ke ayah kau hutang dengan orang tu? Tua ke muda? Kau tak cakap ke kau dah ada boyfriend?" Bertalu- talu soalan Raisya. Terbeliak biji mata Wany mendengar soalan macam peluru yang keluar dari mulut Raisya.
"Kau pun Raisya, slow-slow la. Sekali hentam soalan macam tu. Kesian Wany." Komen Hana.
"Katanya 100 ribu. Orang tu umur kurang sikit dari ayah aku je. Bab boyfriend tu aku tak bagitahu lagi."
"Woww banyak juga. Saiful tau tak ni?" Tanya Raisya. Wany hanya menggeleng. Dia malu nak bercerita dengan Saiful.
"Kenapa kau tak cerita? Patutnya korang kena bincang hal ni."
"Aku malu la Raisya. Family dia orang baik-baik. Family aku pulak macam ni. Kadang-kadang aku rasa memang kitaorang ni tak ada jodoh. Tak sekufu."
"Ermm... mengalahkan cerita dalam novel dah ni. Tak ada maknanya kau nak mengalah macam tu je. Apa salahnya bincang dulu. Mesti ada jalan keluar. Ke kau memang nak kahwin dengan lelaki tua tu?" Raisya mula bengang dengan tindakan Wany. Cepat sangat nak menyerah.
"Memang aku tak nak lah." Bentak Wany.
"Kalau tak nak kau kena lawan la. Jangan ikutkan je."
"Betul cakap kau tu Raisya. Jenuh dah aku nasihatkan dia ni." Bebel Hana pula. Wany menunduk. Dia serba salah untuk melibatkan Saiful dalam hal ni.
"Macam ni lah Wany, nanti aku discuss dengan Qarizh ye. Apa yang penting masalah macam ni kena berbincang. Itu pendapat aku."
"Aku setuju dengan kau Raisya." Kata Hana pula. Wany hanya mengangguk.
"Thanks Raisya, Hana. Nasib aku ada kawan yang baik macam korang. Kalau tak, entah macam mana la keadaan aku ni."
"Kau kena tenang nak hadapi semua ni. Jangan stres nanti keputusan yang kau buat pun salah." Hana dan Wany mengangguk.
Setelah puas berbual Wany dan Hana pulang selepas solat maghrib. Raisya mula mengemas rumahnya.
Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Raisya berbaring di sofa sambil menonton televisyen. Dari tadi dia menunggu suaminya. Terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Raisya menoleh. Terpamer wajah suaminya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Hubby baru balik ke? Dari mana la tu?" Tanya Raisya.
"Jumpa Saiful. Lepas tu singgah solat dulu." Qarizh duduk bersebelahan Raisya.
"Wany dan Hana dah lama balik ke?"
"Lepas solat maghrib tadi. Saiful ada cerita apa-apa pasal Wany ke?" Tanya Raisya. Qarizh mengangguk.
"Apa cerita Wany?" Tanya Qarizh.
"Macam cerita drama." Jawab Raisya pendek. Qarizh menoleh memandang wajah isterinya.
"Saiful kata Wany dah mula ignore dia. Macam main tarik tali." Kata Qarizh. Raisya mengeluh.
"Semua masalah perlu bawa berbincang. Tak boleh buat keputusan sendiri. Dan kita tak boleh jangka apa yang ada dalam hati seseorang walaupun kita suami isteri." panjang ulasan Raisya.
Teringat masalah rumahtangganya juga berpunca dari masalah komunikasi.
Qarizh mengangguk mengiakan kata- kata isterinya. Raisya menceritakan masalah Wany kepada suaminya. Semua perkara diceritakan tak tertinggal satu pun. Qarizh fokus mendengar cerita isterinya. Raisya selalu matang dalam membuat keputusan. Itulah yang difikirkan Qarizh.
"So, sayang rasa kita patut bantu Wany?" Soal Qarizh.
"Of course la hubby. Itu kawan sayang kan." Raisya buat muka geram. Qarizh terkekeh. Suka melihat muka Raisya bila marah.
"Masalahnya sekarang ni Saiful betul- betul ke nak kahwin dengan Wany?"soal Raisya serius.
"Betul la tu. Kalau dah sampai kemurungan kena friendzone dengan Wany." Qarizh ketawa. Geli hati bila teringat muka Saiful macam ayam berak kapur.
"Tak baik gelakkan kawan sendiri tau." Raisya tepuk paha Qarizh yang masih ketawa.
"Sakit la yang, okay nanti kita bantu dia berdua tu sampai ke jinjang pelamin. Don't worry. Sekarang ni sayang kena tolong hubby dulu, jom." kata Qarizh lalu menarik tangan Raisya untuk bangun.
"Tolong apa pulak ni?" Tanya Raisya pelik.
"Ikut hubby dulu nanti sayang tau." Raisya hanya menurut. Mengekori langkah suaminya menghala ke bilik tidur mereka.
"Hubby nak suruh tolong apa sebenarnya ni?"
Raisya mula curiga. Qarizh hanya tersenyum senget memandang isterinya. Raisya yang mula faham mencubit lengan suaminya. Terjerit Qarizh. Dia tarik Raisya ke dalam pelukannya. Dia mencium kepala isterinya lembut. Nikmatnya dapat bermesra dengan isteri.
YOU ARE READING
Gila-gila Terjatuh Cinta
RomanceSinopsis "Aku benci orang macam kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke. Siapa la yang malang bersuamikan kau ni agaknya" ~ Raisya Zahra "Kau ingat lelaki yang jadi suami kau untung sangat ke?. Harap muka je cantik. Perangai mengalahkan jantan."~ Qari...