40. RAYUAN KEMAAFAN

2.4K 75 5
                                    

Selesai solat maghrib, Qarizh membacakan doa. Sempat juga diselitkan sekali doa untuk baby dalam kandungan isterinya. Mulanya Raisya terkesima bila mendengar doa yang keluar dari mulut Qarizh, namun dia teringat sikap kak Fatin tadi membuatkan Raisya buat kesimpulan yang Qarizh dah tau dia mengandung dari mulut Fatin.

Selepas berdoa Qarizh hulurkan tangan untuk bersalaman. Raisya menyambut huluran tangan suaminya lalu mengucup lembut. Qarizh mengusap kepala isteri yang masih bertelekung. Dia tarik Raisya dekat dengan nya lalu dahi isterinya dikucup lembut.

Raisya hanya diam. Kalau ikutkan hati dia nak terkam je suaminya sekarang ni. Dia terlalu rindu. Tapi ego masih menguasai diri. Dalam hati Qarizh pun merasakan yang sama. Teringin mahu memeluk cium isterinya tetapi melihat kedinginan pada wajah Raisya dia melupakan hasratnya.

Raisya bangun lalu melipat telekung dan sejadah yang digunakan. Dia masih melancarkan perang dingin dengan suaminya. Kali ini dia tak mahu beri peluang mudah. Walaupun dalam hati melonjak- lonjak kegembiraan bila melihat suaminya ini tetapi dia perlu bertahan sikit masa lagi. Sekadar mahu melihat kesungguhan suaminya. Raisya melangkah keluar dari bilik. Dia mahu memasak untuk makan malam. Walaupun petang tadi dia sudah habiskan semua spegeti yang diidamkan tetapi sekarang dia sudah mula terasa lapar lagi. Sejak mengandung Raisya makin berselera dan cepat rasa lapar. Raisya buka peti ais dan melihat bahan-bahan yang ada untuk dimasak.

Sementara Qarizh pula duduk sebentar di dalam bilik. Dia memerhati keadaan sekitar bilik isterinya ini. Rumah berkembar dua tingkat ini mempunyai rekabentuk yang menarik. Padanan sentuhan moden yang nampak kemas dan eksklusif. Sesuai untuk yang berjiwa muda. Cantik dan kemas!

Dia mundar mandir di dalam bilik. Dia buka almari pakaian. Terkejut Qarizh melihat tersusun kemeja lelaki di dalam almari baju. Dia belek-belek kemeja tersebut. Kesemuanya adalah baju miliknya. Qarizh sengih sendiri.

Tak sangka di sini rupanya baju-baju yang di ambil Fatin dengan alasan mahu hantar ke dobi. Semuanya ada di dalam almari isterinya. Qarizh mengeleng-geleng kepala. Macam-macam perangai isterinya ini.
Qarizh melangkah ke dapur. Dari jauh dia lihat isterinya leka memasak. Dia duduk di meja bar berdekatan Raisya yang sibuk memasak. Bau tom yam mengisi ruang itu. Membuatkan selera Qarizh terasa membuak- buak. Dia memandang isterinya tak lepas dari tadi. Kalau ikutkan hati mahu saja dipeluk erat tubuh isterinya tetapi dia masih menahan sabar.

Raisya yang sibuk memasak rasa serba tak kena bila diperhatikan suaminya. Dalam hati rasa berdebar-debar. Sesekali matanya melirik pada suaminya.

'kenapa makin kacak pula aku nampak suami aku ni'. Bisik Raisya dalam hati. Lain macam betul aura encik suami bila dah lama tak berjumpa ni.

"Sayang masak apa? Sedapnya bau." Tanya Qarizh cuba memulakan perbualan.

"Masak tom yum campur." Jawab Raisya.

"Wah... mesti sedap. Dah lama tak rasa masakan sayang." kata Qarizh lagi.

Seronok rasanya bila Raisya menjawab setiap soalannya walaupun hanya sepatah-sepatah. Raisya masih buat-buat sibuk. Dia pecahkan telur untuk di buat telur dadar.

Qarizh bangun lalu melangkah mendekati isterinya. Dia berdiri disebelah Raisya. Raisya jadi kaku. Rasa nak meletup jantung. Berdebar lain macam. Rasa macam baru bercinta pun ada debarannya.

"Ada apa-apa yang boleh hubby tolong?" Soal Qarizh lagi. Masih mencuba beramah mesra.

"Ermm... tolong buat air. Orange juice please." Jawab Raisya. Dalam hati dah gembira bukan main dapat kenakan si suami.

Siap menggoreng telur, Raisya menceduk tom yum dalam periuk untuk dihidang. Siap menghidang semua makanan dia duduk di kerusi menunggu Qarizh.

Qarizh ambil buah oren di atas meja lalu membuat jus oren seperti permintaan isterinya. Selepas siap dia membawa jus oren ke meja makan. Raisya dah siap sedia menunggu. Qarizh makan dengan berselera sekali. Sejak Raisya hilangkan diri dia tak ada selera mahu makan. Makan pun hanya sekadar mengisi perut mengelak dari sakit sahaja. Hari ini dia makan banyak disebabkan masakan air tangan isteri dan ditemani isteri. Tom yum Raisya antara yang paling sedap yang dia pernah rasa. Raisya yang melihat suaminya makan dengan berselera terasa kembang di hati. Seronok bukan main bila suami menghirup kuah tom yum yang di masak. Selesai makan Raisya mengemas meja makan. Qarizh turut membantu.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now