Tepat pukul 5.30 petang Fatin pun bersiap-siap untuk pulang. Sebelum balik seperti kebiasaan dia akan menghantar pesanan kepada Raisya dahulu. Seminggu 3 kali juga dia akan bertemu Raisya di rumah tempat persembunyiannya.
Petang ini Tuan Qarizh sudah keluar lebih awal untuk temujanji dengan client. Jadi dia rasa agak selamat memulakan perjalanan kerana dia yakin bossnya tidak akan mengekorinya.
Selepas memandu hampir satu jam, Fatin sampai di hadapn rumah Raisya. Setelah membunyikan loceng, pintu di buka dan dia masuk ke dalam.
"Kak Fatin dapat ke?" Tanya Raisya.
"Nah, pergi panaskan dulu." Kata Fatin. Dia mula buat muka tak puas hatinya pada Raisya.
"Kenapa muka kak Fatin stress sangat ni?" Tanya Raisya.
"Stress la kalau macam ni. Kak Fatin tak larat dah nak tipu boss. Raisya jumpa la boss selesaikan semua ni. Tak baik tau tinggalkan suami lama-lama."
Fatin dah mula buat ceramah rumahtangga. Dia risau kalau hubungan Raisya dan bossnya berterusan macam ni lagi lama lah dia kena jadi posmen Raisya.
"Kak Fatin dah tak nak tolong Raisya ke." Raisya dah mula buat muka sedih. Mula la nak berdrama. Sensitifnya Raisya sekarang ni.
"Bukan macam tu. Raisya tak takut ke kalau Boss tiba-tiba ada perempuan lain? Boss tu dah la hot. Ramai je yang teringin dengan dia tau."
"Apa kak Fatin ni. Jangan la doa yang bukan-bukan. Tak baiklah." Memuncung bibir Raisya.
"Betul la kak Fatin cakap. Dulu boss tu beku boleh la, sekarang dia dah cair, akak risau ada je yang datang goda-goda dia terus dia lupakan Raisya. Masa tu jangan menangis depan kak Fatin. Malas kak Fatin nak layan lagi." Membebel Fatin petang ni. Dia terlalu geram dengan ragam Raisya ini.
"Eeiii... Teruknya." Jerit Raisya dengan muka tak puas hati. Dalam hati mula wujud perasaan risau.
"Raisya kena ingat, salah tau Raisya lari dari suami macam ni. Berdosa tau. Raisya dah la pregnant. Nak ke anak-anak ikut perangai mommy dia?" Raisya tertunduk lemah mendengar nasihat dari Fatin. Banyak betulnya. Tapi Raisya belum bersedia.
"Kalau nak merajuk tu, merajuk la betul- betul. Ini nak cium bau suami la, nak makan air tangan suami la." Bebel Fatin lagi.
Fatin dah tak kira Raisya tu siapa. Walaupun isteri boss dia kena juga bagi nasihat. Lagipun dia kesian dengan Tuan Qarizh. Dah tak terurus sejak Raisya hilang. Raisya duduk di meja makan dengan muka sedih. Entah sedih terkenangkan suami atau sedih kena bebel. Fatin pun tak pasti.
"Dah la. Tak payah sedih-sedih. Pergi makan spegeti tu cepat. Kejap lagi sejuk pulak." Kata Fatin.
"Macam mana boss boleh masakkan. Akak cakap apa?". Tanya Raisya sambil membawa spegeti yang baru siap dipanaskan ke meja makan. Dia duduk dan mula menyuap spegeti idamannya ini.
"Akak cakap akak teringin." Jawab Fatin selamba.
"Boss terus setuju ke? Tak kan la semudah tu?".
Fatin rasa bersalah pula. Nak cerita kan apa yang berlaku tadi mesti Raisya mengamuk. Tapi nak jawab apa lagi. Memang dia dah terberitahu Bossnya yang Raisya mengandung.
"Kak Fatin ni dah kenapa senyap pulak?" Tanya Raisya.
"Tak ada apa. Raisya makan la dulu. Jangan cakap masa makan nanti tercekik pulak." Fatin cuba alih topik.
"Raisya ada mengidam apa-apa lagi tak?" tanya Fatin. Raisya menggeleng.
"Buat masa ni tak ada. Kalau ada Raisya bagitau ye."
YOU ARE READING
Gila-gila Terjatuh Cinta
Storie d'amoreSinopsis "Aku benci orang macam kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke. Siapa la yang malang bersuamikan kau ni agaknya" ~ Raisya Zahra "Kau ingat lelaki yang jadi suami kau untung sangat ke?. Harap muka je cantik. Perangai mengalahkan jantan."~ Qari...