Hari jumaat adalah hari yang dinanti nantikan oleh Raisya. Dia mahu bermalas malasan di rumah menghilangkan lelah seminggu bekerja di pejabat. Hari ini dia balik awal sedikit memandangkan segala kerjanya sudah disiapkan. Minggu depan bermula kisah dia sebagai PA sementara big boss mereka.
Raisya sampai di rumah lebih kurang pukul 6 petang. Rumah kosong sahaja. Tiada sesiapa. Sejak Wany bekerja mereka dah mula jarang jumpa. Masing-masing sibuk dengan pekerjaan masing-masing.
Selesai mandi, Raisya melangkah ke dapur. Terasa ingin minum kopi. Terkejut Raisya bila ternampak kelibat Qarizh di ruang tamu rumahnya."Macam mana awak boleh masuk?"
"Amboi, tak ada salam terus serang je"
"Masalahnya siapa yang patut bagi salam? Awak kan. Masuk rumah tak minta izin. Saya dah kunci pintu tadi. Macam mana awak boleh masuk?"
"Wany bagi kunci. Dia keluar dengan Saiful. Aku cakap nak pergi rumah kau dia terus bagi kunci. Yang kau kalut sangat ni kenapa?"
"Awak boleh je call saya kan. Jumpa kat mana-mana ke. Yang datang rumah saya macam ni kenapa? Nanti apa jiran-jiran cakap." Raisya masih tak puas hati.
Dia Tak suka di cop perempuan tak bermaruah. Jiran-jiran semua mengenalinya.
"Kau pergi cek phone kau. Berapa banyak kali aku call." Suara Qarizh dah naik seoktaf.
Raisya melangkah ke dalam bilik. Dia capai phone atas meja disebelah katil.
'aduh macam mana aku boleh silent pulak.' getus hati Raisya.
Dia melangkah keluar mendapatkan Qarizh. "Awak nak apa?" Suaranya mula kendur. Sedar silap sendiri.
"Nak jumpa isteri sendiri pun kena ada sebab ke?" Sinis bunyi suara Qarizh.
"Qarizh, Straight to the point please. Saya tak nak gaduh-gaduh dengan awak".
"Aku nak kau pindah duduk dengan aku."
"Kenapa baru sekarang. Dah masuk sebulan lebih kita hidup macam ni. Semua okay je." Raisya mundar mandir di hadapan Qarizh. Permintaan Qarizh buat Raisya tertekan. Dia dah selesa hidup macam ni.
"Kenapa susah sangat kau nak ikut aku? Ke sebab tak sanggup nak tinggalkan jiran kau tu."
Raisya mula bengang. Qarizh menuduh seperti tahu semua perkara. Sedangkan hakikatnya dia tak tahu. Sekadar menuduh tanpa usul periksa.
"Awak jangan nak libatkan orang lain pula. Ini urusan kita tak ada kaitan dengan orang lain." Suara Raisya dah mula berubah.
Nampak riak marah di wajahnya. Qarizh buat muka tak ada perasaan. Dia tak kan bertolak ansur kali ni. Dia akan pastikan Raisya duduk bersama dengannya.
"Dulu awak juga yang minta kita duduk asing-asing. Sekarang ni lain pula." Raisya masih lagi mengungkit. Cuba mencari jalan untuk mengelak dari tinggal bersama.
"Tak perlu ungkit kisah dulu. Sekarang ni suami kau nak kau balik rumah dia. Kau kena taat pada suami kau Raisya. Ada mana- mana bahagian ayat aku yang kau tak faham?" Tegas arahan dari Qarizh.
Raisya hilang kata. Dia melangkah masuk ke biliknya mengemas pakaian. Cukuplah sekadar membawa pakaian dan keperluan untuk dia pergi bekerja. Barangan lain dia tinggalkan sahaja di sini. Mudah untuk dia balik bila-bila dia suka.
Selesai berkemas dia bawa semua begnya ke ruang tamu. Dengan wajah masam mencuka dia tarik bagasinya keluar dari rumah itu. Qarizh sudah menunggunya di kereta dengan senyum sinis memandang langkah kaki Raisya. Nampak jelas rasa marah terpamer di wajahnya. Biarlah. Nanti dia akan cuba meredakan kemarahan isterinya itu.
"Kereta saya macam mana?" Tanya Raisya.
"Hari isnin baru ambik. Jom cepat. Aku tak solat lagi ni."
"Sape suruh datang rumah orang time maghrib. Macam tak sempat nak tunggu esok" Raisya membebel perlahan.
"Apa yang kau bebelkan tu? Aku cium kau nanti baru kau tau."
Ayat Qarizh buat Raisya terkaku. Takut pun ada. Seram pun ada juga. Dia pura-pura tak dengar. Pandangan dihalakan keluar dari kereta. Tak dapat digambarkan emosinya saat ini. Marah dan bengang dengan Wany yang suka hati beri kunci rumah pada si Qarizh. Marah pada Qarizh yang sesuka hati memaksanya. Raisya tertekan. Dia akan call Wany malam ini minta penjelasan.
Sampai di kondo Qarizh, Raisya tarik bagasinya. Qarizh hanya menonong di depan meninggalkan Raisya.
'Bukannya nak tolong pun. Tak gentleman lansung' Raisya masih membebel sambil menarik bagasinya.
Masuk sahaja dalam rumah, Qarizh terus masuk ke biliknya. Dia mahu selesaikan solat maghrib nya dahulu. Sudah agak lewat. Raisya pula hanya duduk di sofa di ruang tamu. Tak tau mana nak dibawa bagasinya ini.
Selesai solat Qarizh masih tidak nampak kelibat Raisya muncul di dalam bilik tidurnya. Dia melangkah keluar. Dia lihat Raisya masih duduk di ruang tamu.
"Kenapa kau tak masukkan lagi bagasi kau dalam bilik?". Tanya Qarizh.
"Bilik saya yang mana?"soal Raisya.
Dia tak mahu duduk sebilik dengan Qarizh. Qarizh yang mendengar soalan Raisya rasa tak puas hati. Kenapa Raisya mahu bilik mereka berasingan.
"Kau isteri aku kan, mestilah sama bilik dengan aku."
"Saya rasa awak ni dah hilang ingatan agaknya. Awak dah lupa ke yang kita ni kahwin bukan atas kerelaan. Sejak bila kita jadi pasangan suami isteri yang normal ni? Saya confuse la. Cukuplah awak seksa saya. Tak perlu nak main-mainkan hidup saya lagi Qarizh. Awak kesiankan lah saya ni." Raisya dah sampai tahap merayu pada Qarizh. Dia tak mahu terseksa menanggung perasaan.
Qarizh yang mendengar luahan Raisya mula tersedar. Mungkin tindakannya kali ini terlalu drastik. Raisya perlu masa untuk biasakan diri dengan semua ini. Dia melangkah ke arah bilik bersebelahan biliknya. Dia buka pintu bilik itu.
"Ini bilik kau." Kata Qarizh tegas.
Dia terus berlalu ke pintu utama lalu keluar dari rumah. Dia mahu menenangkan hatinya. Dia sangka Raisya akan menurut arahannya semudah itu. Tak sangka Raisya mula menunjuk sisi ketegasannya juga.
Nampaknya banyak lagi dugaan dalam rumathtangganya ini. Raisya memandang Qarizh yang terus berlalu dari situ. Dia menggeleng lalu terus masuk ke dalam bilik itu. Dia memasukkan pakaiannya ke dalam almari yang disediakan. Raisya tahu Qarizh marah kerana permintaannya. Tapi Raisya terpaksa tegas dengan keputusannya.
Dia bukan perempuan lemah yang hanya menurut tanpa berfikir baik buruk sesuatu keputusan. Sesekali lelaki seperti Qarizh perlu diajar. Raisya lebih memikirkan tentang hati dan perasaanya. Selagi Qarizh belum menerimanya sebagai isteri sebenar dia juga akan meletakkan jurang antara dia dan Qarizh. Dia tak akan mensia-siakan hidupnya. Baginya perkahwinan adalah ikatan suci yang perlu diikat oleh dua insan yang punya ketulusan hati. Bukan di jadikan permainan antara dua hati.
Raisya akan tanggung segala risiko keputusannya. Kali ini dia tidak akan hanya menurut permintaan Qarizh. Kalau Qarizh hanya menganggap ikatan ini untuk sementara, Raisya tak akan mensia-siakan hidupnya untuk perhubungan ini. Sekiranya Qarizh menggunakan kekerasan dia juga akan bertindak seiring tindakan Qarizh. Selagi mampu dia akan menjaga hubungan ini sebaiknya demi menjaga nama keluarga.
YOU ARE READING
Gila-gila Terjatuh Cinta
Roman d'amourSinopsis "Aku benci orang macam kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke. Siapa la yang malang bersuamikan kau ni agaknya" ~ Raisya Zahra "Kau ingat lelaki yang jadi suami kau untung sangat ke?. Harap muka je cantik. Perangai mengalahkan jantan."~ Qari...