Selepas solat subuh Raisya terus bersiap-siap mahu memulakan perjalanan ke tapak perkhemahan seperti yang telah dirancang bersama Wany semalam.
Malam tadi semasa dalam perjalanan balik dia telah memberitahu Qarizh tentang rancangannya. Qarizh hanya diam tanpa memberi sebarang respon. Raisya anggap dia mengizinkannya pergi. Biarlah, Raisya perlu mencari ketenangan.
"Semua dah siap ke?" Tanya Raisya pada Wany yang sibuk memasukkan barang ke dalam kereta.
"Rasanya semua dah ada. Lagipun kita pergi satu malam je kan." Jawab Wany. Raisya hanya mengangguk.
Dalam satu jam perjalanan mereka sampai di tapak perkhemahan yang telah ditempah oleh Wany. Selesai segala urusan mereka mengangkat barang-barang lalu mula memasang khemah dan menyusun segala keperluan.
Raisya bancuh kopi panas lalu duduk di atas batu di tepi sungai. Dia sangat menghargai alam. Matanya meliar memandang sekeliling tapak perkhemahan itu. Pokok-pokok yang ada masih terpelihara dengan baik.
Kopi diteguk perlahan. Terasa nikmatnya ketenangan. Inilah yang dia mahukan. Ketika leka memandang sekeliling dia ternampak sosok tubuh lelaki yang dikenalinya.
Dari jauh kelihatan Saiful dan seorang lagi yang mengekori langkah saiful juga sangat dia kenali iaitu Qarizh. Raisya melepaskan keluhan. Harap tak ada perkara yang menggugat ketenangannya di sini. Dia cuba positif.
"Raisya nak masak terus ke kau nak rehat dulu?" Tanya Wany.
"Kejap lagi kot. Aku nak ambil feel kejap." Jawab Raisya.
"Wany, aku nak tanya ni. Kau jawab jujur tau."
"Apa dia?"
"Kau ajak Saiful camping kat sini ke? Ke kau dengan dia memang plan?"
Wany menggaru kepala yang tidak gatal. Macam mana boleh terkantoi dengan Raisya. Ini semua Saiful punya pasal.
"Ermmm... Aku tak tau. Saiful minta tolong. Aku bantu je la." jawab Wany tergagap.
"Apa motif korang?" Raisya tanya tak puas hati.
"Kau jangan marah aku Raisya. Sebenarnya kitaorang nak cuba rapatkan hubungan korang. Tak nak korang berterusan macam ni."
Raisya tarik nafas panjang. Dia cuba tenangkan dirinya. Dia senyum hambar pada Wany. Apa yang ada dalam hatinya hanya dia yang mengetahui. Dia bangun dari duduknya. Dia melangkah ke dalam khemah. Dia mahu rehatkan diri seketika.
Wany serba salah dengan tindakan yang dilakukan. Senyuman hambar Raisya buat dia rasa sayu. Dia mahu yang terbaik untuk sahabatnya itu tetapi mungkin caranya salah dan melukakan hati sahabatnya. Saiful yang baru siap memasang khemah datang ke tapak Raisya dan Wany. Wany sedang memasak lauk untuk makan tengahari.
"Mana Raisya? Dia okay ke?" Tanya Saiful.
"Macam tak okay je. Saya rasa menyesal pulak buat semua ni. Kesian Raisya. Dia bagitau saya yang dia nak spend time hari ni untuk release kan tekanan dia. Tapi bila nampak korang tadi muka dia terus berubah."
"Tapi kita tak boleh biarkan diorang terus terusan macam tu." Saiful menegakkan pendiriannya.
"Entahlah, saya nampak selepas semua ni berlaku Raisya dah berubah. Dulu dia ceria, suka mengusik, memang perangai dia gila-gila. Sekarang ni dia suka bersendirian. Lagi banyak diam dari bercakap."
"...Qarizh okay ke?" Tanya Wany.
"Dia okay je. Beku macam tak ada perasaan. Susah la nak handle diorang berdua ni." Luah Saiful.
"Saya rasa betul apa kata Raisya sebelum ni. Semuanya perlukan masa. Perasaan mana boleh di paksa." Wany teringat kata-kata Raisya sebelum ni.
Saiful hanya mengiyakan. Tapi dia tak kan putus asa untuk membantu dua orang sahabatnya ini. Setelah merehatkan diri Raisya keluar dari khemah. Dia jenguk Wany yang sedang memasak. Ada Saiful disebelahnya.
YOU ARE READING
Gila-gila Terjatuh Cinta
Roman d'amourSinopsis "Aku benci orang macam kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke. Siapa la yang malang bersuamikan kau ni agaknya" ~ Raisya Zahra "Kau ingat lelaki yang jadi suami kau untung sangat ke?. Harap muka je cantik. Perangai mengalahkan jantan."~ Qari...