Petang itu selepas habis waktu kerja Raisya mahu pulang ke rumah Tan Sri Reezal. Dia tidak
memandu hari ini kerata Wany meminjam keretanya untuk pergi temuduga. Dia membuka aplikasi grab untuk balik ke rumah Daddynya.Sedang dia membelek-belek telefon ada sebuah kereta berhenti betul-betul dihadapannya. Dia menoleh melihat siapa gerangannya. Bila cermin tingkap diturunkan jelas kelihatan wajah Qarizh. Dia memberi isyarat menyuruh Raisya naik keretanya. Raisya cepat-cepat naik. Dia tidak mahu ada kalangan staff yang ternampak dia bersama Qarizh.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Qarizh.
"Saya nak balik rumah daddy." Jawab Raisya pendek.
Mendengar jawapan Raisya, Qarizh terus memulakan pemanduan. Sepanjang perjalanan mereka hanya diam. Hanya bunyi radio berkumandang. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Tepat pukul 6.00 petang mereka sampai di banglo Tan Sri Reezal.
"Awak nak masuk ke nak terus balik?" Tanya Raisya sebaik berhenti.
"Kalau aku terus balik kau nak jawab apa?"
"Saya jawab awak ada urusan." Jawab Raisya polos.
"Ermmm... kau memang tak sudi nak jemput aku masuk ke?". Soal Qarizh pula.
"Eh bukan macam tu. Awak jangan salah faham. Saya risau kalau awak ada urusan. Awak dah tolong hantar ni pun saya bersyukur sangat."
Qarizh terus membuka pintu kereta. Dia melangkah ke arah pintu utama. Raisya mengekori dari belakang. Raisya masuk ke dalam rumah. Matanya melilau mencari mummy dan daddynya.
"Assalamualaikum mummy."
"Waalaikumsalam. Mummy kat belakang." Terdengar jeritan mummynya.
Raisya dan Qarizh melangkah ke halaman belakang rumah. Mummy dan daddy Raisya sedang duduk minum petang di gazebo belakang sambil melihat tanaman mereka.
"Jom minum sekali Rizh."
"Ye daddy. Daddy dan mummy apa khabar?" Tanya Qarizh ramah.
"Alhamdulillah. Sihat-sihat orang tua." Jawab Daddy sambil ketawa.
"Daddy tak main golf ke hari ni?" Tanya Qarizh lagi. Dia memang biasa bertemu Tan Sri Reezal dan dua anak lelakinya ketika bermain golf.
"Dah dua minggu daddy rehat. Next week baru boleh main balik. Kaki daddy terseliuh baru-baru ni."jawab Tan Sri Reezal.
"Daddy jatuh ke? Kenapa tak bagitau Raisya pun?"
"Sakit sikit je. Tak nak risaukan Raisya. Lagipun daddy yang tak bagi mummy bagitau Raisya. Katanya tak nak ganggu pengantin baru." Jawab mummy pula sambil tersenyum.
Raisya hanya menunduk. Kalau lah mummy dan daddy tau hakikat sebenar. Mesti diorang kecewa.
"Rumah sewa Raisya hari tu dah serah pada pemilik ke?" Tanya mummy tiba-tiba.
"Erkk... Belum mummy."
"Siapa yang duduk sana? Barang Raisya dah bawa pindah ke rumah Qarizh?"
"Wany ada kat sana. Tengah sibuk cari kerja. Nanti kemungkinan Hana pun duduk situ sekali. Barang-barang Raisya pun ada lagi. Nanti-nantilah baru Raisya pindahkan."panjang penerangan Raisya.
Risau juga terkantoi dengan mummy dan daddynya.
Qarizh yang mendengar rasa simpati juga pada Raisya. Banyak alasan perlu difikirkan. Patutlah Raisya jarang mahu balik ke rumah mummy dan daddynya."Dah nak masuk maghrib ni. Jom masuk dulu. Qarizh dengan Raisya makan malam kat sini ye." Kata Daddy sambil melangkah meninggalkan halaman rumah.
"Baik daddy." Jawab Qarizh.
Mereka semua masuk ke dalam rumah. Raisya menaiki tangga ke tingkat atas diikuti oleh Qarizh. Mereka masuk ke dalam bilik Raisya.
"Kat sana bilik air kalau awak nak bersihkan diri atau nak ambil wudhu." Raisya tunjuk arah bilik air.
Raisya keluar mengambil kain pelekat dan baju tshirt milik abangnya untuk dipinjamkan pada Qarizh. Dia letakkan kain dan baju di atas katil. Sementara menunggu Qarizh membersihkan diri Raisya duduk bersantai di sofa dalan biliknya sambil membelek telefon.
Selesai membersihkan diri Qarizh keluar dari bilik air dengan selamba memakai tuala separas lutut. Wajah Raisya merona merah melihat keadaan Qarizh seperti itu.
'tak tau malu betul la Qarizh ni. Tercemar mata aku.' bisik hati Raisya.Raisya bangun lalu menuju ke almari pakaiannya. Dia ambil tuala beserta pakaian dan di bawa ke dalam bilik air. Dia hanya menunduk tidak mahu memandang pada si suami. Qarizh yang sedar dengan tindakan Raisya hanya tersenyum senget.
Selesai mandi mereka solat maghrib berjemaah. Usai membaca doa Qarizh hulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raisya. Raisya yang agak terkejut dengan tindakan Qarizh tetap menyambut huluran tangan suaminya itu. Tangan suaminya di cium. Terasa syahdu menerpa di hati.
Raisya rasa serba tak kena bila dari tadi dia perasan yang Qarizh tidak henti merenungnya. Semua tingkah laku Raisya jadi kekok. Tidak selesa diperhatikan begitu. Raisya ambil keputusan untuk turun ke dapur. Baik dia larikan diri. Tolong kerja kat dapur lagi bagus.
"Makan malam dah ready, Raisya panggil Qarizh makan." Kata Mummy.
"Baik mummy."
Raisya melangkah naik ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik. Dia lihat Qarizh sedang duduk di sofa sambil melihat album gambarnya sambil senyum sendiri.
"Awak, mummy panggil makan." Qarizh mendongak memandang Raisya.
"Kau memang suka aktiviti lasak kan?". Kata Qarizh sambil menunjukkan gambar- gambar Raisya yang dilihat.
Agak kagum melihat gambar Raisya yang sering melakukan aktiviti lasak. Tak di sangka juga Raisya merupakan pemilik black belt seni mempertahankan diri taekwando. Juga aktif bertinju.
"Kenapa awak tengok barang-barang saya tak minta izin?" Raisya mempertikaikan tindakan Qarizh. Dia tidak suka barang peribadinya di usik tanpa izin.
"Diri kau tu pun milik aku Raisya." Kata Qarizh tegas sambil meletakkan kembali album tersebut lalu melangkah keluar meninggalkan Raisya terpinga-pinga.
"Suka hati dia je. Menyampah!" Raisya membebel sendiri.
Selesai makan malam mereka pulang. Daddy dan mummy meminta mereka bermalam di banglo itu namun ditolak oleh Raisya. Takut dia mahu sebilik dengan Qarizh lagi. Bukan sahaja risaukan Qarizh tetapi risaukan diri sendiri yang tak mampu kawal diri.
"Kau nak balik rumah aku?" Tanya Qarizh saat melirik pada isterinya disebelah. Raisya yang dah mula tersengguk-sengguk terus segar bugar.
"Eh tak boleh. Esok saya nak pergi kerja. Tak ada baju nak pakai." Cepat Raisya menjawab dengan kepala sekali tergeleng- geleng.
Qarizh yang melihat tindakan Raisya ketawa besar. Raisya memandang Qarizh dengan muka tak puas hati.
'dah kenapa orang tua ni, apa yang kelakar sangat.' bisik Raisya dalam hati.
"Takut betul kau kan. Kau takut terjatuh cinta kat aku ke?" Soal Qarizh dengan ketawa yang masih bersisa.
Sakit hati Raisya dengan perangai Qarizh. Raisya jeling Qarizh disebelah. Malas mahu berlawan cakap. Raisya dah cukup penat hari ni.
"Perasan!" Luah Raisya perlahan.
"Kau cakap aku perasan?" Tanya Qarizh
tak puas hati."Eh tak adalah. Awak salah dengar tu." Raisya panik. Buatnya bapak singa ni mengamuk. Habislah dia.
"Aku rasa lepas ni kau pindah je duduk rumah aku. Lama-lama macam ni boleh terkantoi nanti." Kata Qarizh tegas.
Raisya terkesima. Inilah perkara paling dia tak mahu. Duduk serumah dengan Qarizh. Lagi-lagi lepas melihat sisi amukan Qarizh sebelum ni. Takut Raisya hilang kesabaran. Raisya Zahra kalau dah hilang pertimbangan susah jadinya nanti. Arahan Qarizh dibiarkan sepi tanpa jawapan. Dia akan fikirkan alasan yang sesuai nanti.
YOU ARE READING
Gila-gila Terjatuh Cinta
Storie d'amoreSinopsis "Aku benci orang macam kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke. Siapa la yang malang bersuamikan kau ni agaknya" ~ Raisya Zahra "Kau ingat lelaki yang jadi suami kau untung sangat ke?. Harap muka je cantik. Perangai mengalahkan jantan."~ Qari...