38. PENCARIAN DITERUSKAN

2K 74 7
                                    

"Morning boss!" Awal pagi lagi Fatin dah menunggu ketibaan boss nya. Hari ni ada misi perlu diselesaikan.
Permintaan dari Raisya.

"Morning!" Jawab Qarizh.

Sambil melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Tiba-tiba dia berhenti lalu berpaling kepada Fatin.

"Kenapa you nampak lain hari ni? Ada masalah ke?" Tanya Qarizh.

"Tak ada apa boss. Aaa... Bos, bos pandai masak tak?" Tanya Fatin tiba-tiba.

"Haaa... dah kenapa tanya saya soalan macam tu?"

"Boss jawab je la... " kata Fatin. Dia dah mula cuak.

Takut terkantoi pula. Setelah dua minggu dia melayan sahaja permintaan Raisya yang mahu baju suaminya yang dah di pakai. Sampai fatin terpaksa menipu bossnya yang dia menghantar semua baju boss ke dobi. Katanya kerana kesian pada boss yang terpaksa buat sendiri akibat kehilangan isteri.

"Ermm... Dah 2 minggu ni saya nampak perangai awak memang lain sangat. Macam pelik. Awak ada sembunyikan sesuatu ke dari saya?"

"Eh, apa yang peliknya boss. Saya ok lah. Saya cuma tanya boss pandai masak atau tak je."

Fatin betul-betul cuak. Dia mencari jalan untuk mengalih tajuk perbualan mereka. Risau terkantoi pula.

"Actually saya boleh masak tapi tak lah pandai sangat. Biasa-biasa je. Kenapa?". Soal Qarizh. Qarizh yakin ada sesuatu yang disembunyikan oleh PA nya ini.

"Ermmm... Boss pandai masak spegeti aglio olio?" Tanya Fatin lagi.

Inilah yang diidamkan oleh Raisya. Spegeti aglio olio yang hubby dia masak. Macam biasa apabila Fatin menolak untuk menolongnya dia akan buat drama air mata. Akhirnya Fatin akan lembut hati dan cuba juga membantunya.

"Pandai la sikit-sikit. Awak teringin ke?"

Tanya Qarizh segaja melayan ragam staffnya ini. Dia yakin ini semua pasti ada kaitan dengan isterinya. Cuma dia tidak dapat bukti yang tepat. Buat masa ini dia hanya nak melihat sejauh mana permainan Fatin.

"Haah ye boss. Saya teringin sangat." Kata Fatin.

"Ooo... awak pregnant ke? Macam orang mengidam je." Kata Qarizh.

Fatin terkesima. Tak ada idea nak menjawab soalan bossnya. Nak kata betul dia pregnant nanti apa pula kata boss nya. Dia baru je habis pantang. Geramnya dia dengan si Raisya ni.

"Aa...aa... tak de la mengidam boss. Cuma teringin je."

"Ooo... kalau tak mengidam tak apa lah. Setakat teringin boleh je makan kat restoran mana-mana. Banyak je yang sedap." Qarizh berpaling mahu masuk ke pejabatnya. Lalu dia teringat sesuatu. Dia memandang Fatin kembali.

"Dah 2 minggu awak hantar baju saya pergi dobi tapi satu pun awak tak pulangkan semula. Awak buat apa dengan baju-baju saya tu?". Soal Qarizh. Kali ni lebih serius.

"Awak masuk bilik saya sekarang. Ada banyak benda saya nak tanya." Kata Qarizh lalu melangkah masuk ke biliknya. Dia akan paksa Fatin bercerita sampai dia dapat info tentang isterinya.

Fatin dah tak tentu arah. Dia mula kelam kabut. Nak fikir jawapan yang sesuai untuk soalan boss nya ini. Habislah kalau kantoi kali ni.

"Nasib awak la Raisya. Akak dah tak boleh tolong" bisik Fatin perlahan. Dia melangkah masuk ke bilik boss nya itu.

" Awak duduk dekat sofa tu."

Kata Qarizh sambil menunjuk ke sofa berhampiran Fatin. Fatin duduk lalu menundukkan wajahnya. Cuba menyembunyikan kegusaran.

"Saya nak awak terus terang dengan saya. Apa sebenarnya yang berlaku ni? Mesti ada kaitan dengan wife saya kan?" Soal Qarizh. Dia mula bersifat tegas.

"Emmm... Saya tak boleh beritahu. Saya dah janji dengan Raisya." Jawab Fatin perlahan.

"Awak tau kan saya susah payah cari isteri saya. Kenapa awak sanggup bersekongkol dengan dia menyembunyikan diri macam ni?"

Qarizh dah mula hilang sabar. Lebih sebulan dia mencari isterinya. Walaupun dia bersalah tapi dia mahu diberikan peluang. Dia akan baiki semuanya.

"Saya kesian dekat Raisya. Dia sedih bila boss buat dia macam tu. Dia kecewa."

"Saya tau saya buat salah besar. Saya nak minta maaf. Saya nak baiki semula hubungan kami. Tak boleh ke dia bagi saya peluang tu.".

"Boss bagi je la dia ruang untuk dia kembalikan semangat dan pulihkan emosi dia. Nanti bila dia dah okay dia akan balik." Kata Fatin pula. Berani pula dia mengajar boss nya.

"Sekarang ni beritahu saya Raisya dekat mana?"

"Saya dah janji tak boleh bagitahu. Itu amanah boss." Fatin masih cuba pertahankan.

"Habis tu kenapa tanya saya pasal spegeti semua tu? Baju saya. apa yang berlaku sebenarnya."

Fatin berfikir-fikir sendiri. Raisya tak ada pun pesan rahsiakan kandungannya. Dia pesan rahsiakan tempat tinggal dan nombor telefonnya sahaja. 'boleh la kot beritahu' bisik Fatin sendiri.

"Fatin, awak boleh berangan pula. Jawab la soalan saya." Suara Qarizh dah naik seoktaf.

"Isteri boss mengidam." Jawab Fatin senafas.
Qarizh terkejut, puas dia cuba cerna ayat yang keluar dari mulut Fatin.

"Maksudnya dia pregnant? Betul?" Tanya Qarizh teruja.

"Ye boss. Dia pregnant. Mula-mula dia
mengidam nak cium bau boss. Sebab tu saya
minta baju yang boss dah pakai. Sekarang dia mengidam nak makan spegeti yang boss masak. Katanya boss pernah masak untuk dia dulu." Fatin menjelaskan apa yang berlaku.

"Isteri saya macam mana? Dia okay ke?" Tanya Qarizh.

"Raisya okay. Cuba banyak sangat mengidam. Letih saya layan isteri boss tu."

"Kalau macam tu awak bagitahu dia dekat mana. Biar saya yang layan. Awak tak perlu susah-susah lagi." Pujuk Qarizh. Dia nak sangat berjumpa isterinya itu.

"Yang tu saya tak boleh bagitahu. Sebab Raisya minta rahsiakan." Qarizh dah mula nak naik angin. Namun dia cuba kawal.

'okay, tak dapat cara ni aku buat cara lain. Tunggu ye Raisya. Sampai hati main- mainkan hubby macam ni.' kata Qarizh dalam hati.

" Okay lah Fatin. Saya tak kan paksa awak lagi. Tengahari ni saya masakkan spegeti yang Raisya mengidam. Nanti awak hantarkan lah pada dia."

"Betul ke boss. Thanks boss." Jawab Fatin teruja.

Senang kerja dia. Tak payah la dia melayan drama airmata Raisya nanti.

"Ye betul. Nanti masa lunch saya balik masakkan untuk dia. Sekarang ni awak boleh pergi buat kerja awak dulu." Kata Qarizh lagi.

Dalam diam Qarizh dah merancang sesuatu. 'Tunggu ye sayang. Suka main nyorok-nyorok kan. Hari ni siaplah sayang kalau hubby dapat jumpa.' bisik Qarizh dalam hatinya.

Spegeti aglio olio yang diidamkan Raisya dah siap di masak oleh Qarizh. Dia masukkan di dalam bekas dan diletakkan di dalam beg kertas.

Sampai di pejabat dia memberikan bungkusan itu kepada Fatin.

"Ni spegeti yang Raisya mengidam tu. Nanti awak pesan dekat dia saya rindukan dia ye. Saya nak jumpa dia." Kata Qarizh dengan suara yang sayu.

"Oo...ok boss. Nanti saya sampaikan pesanan boss. " Jawab Fatin.

Jauh di sudut hatinya dia kesian pada boss nya juga. Tapi dia tak ada pilihan. Petang ni semasa berjumpa Raisya dia akan cuba memujuk Raisya agar pulang bertemu suaminya. Harapnya Raisya bersetuju.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now