Pagi-pagi lagi Raisya dah keluar menaiki grab pergi ke rumah sewanya. Dia mahu mengambil keretanya. Qarizh mahu menghantar tetapi ditolak Raisya. Risau Qarizh terlambat ke pejabat. Pagi ini Qarizh ada meeting penting. Raisya sampai ke pejabat pukul 8.45 pagi.
"Assalamualaikum kak Fatin. Boss dah pergi meeting ke?" Tanya Raisya sambil mengemas meja kerjanya.
"Dah, baru je kejap tadi dia pergi. Urusan Raisya dah selesai ke?"
"Dah kak. Ambil kereta je tadi. Terus datang office. Akak dah breakfast ke?"
"Belum lagi. Kejap lagi la. Eh Raisya nampak ceria lain macam hari ni. Ada story best ke?" Tanya Fatin.
"Mana ada. Sama je kak." Jawab Raisya sambil membelek dokumen di atas mejanya.
"Boss pun nampak ceria semacam juga. Ermmm... Mesti ada rahsia ni. Ceritalah." usik Fatin.
"Mana ada lah. Cuma boss buat confession malam tadi." Kata Raisya selamba tanpa memandang Fatin. Riak mukanya pun biasa sahaja.
"Wowww... Tak sangka cepat juga boss mencair dek penangan Raisya."kata Fatin sambil ketawa.
"Memang boss dah lama beku macam tu ke?" Tanya Raisya. Dia pandang tepat wajah Fatin. Cuba merungkai rahsia hidup suaminya.
"Akak tak tau. Sejak akak kerja beberapa tahun lepas memang boss dah sedia ada macam tu. Perempuan mana datang pun macam tu je lah dia. Bukan tak ada anak Dato' dan Tan Sri yang datang menggoda. Influencer dan artis pun ada. Tapi boss macam biasalah beku je memanjang." Cerita Fatin siap ketawa besar lagi.
Teringat wajah-wajah frust yang keluar dari bilik boss nya setiap hari. Semua yang masuk tergedik-gedik keluar dengan kecewa.
Raisya pun ikut ketawa. Dalam hati risau juga memikirkan kenapa dengan dia tiba-tiba boleh jatuh cinta pulak. Raisya mula berfikir macam-macam.
"Pelik juga kan kak. Macam mana boleh jadi beku tak ada perasaan macam tu. Mesti ada kisah disebaliknya."
"Akak confirm encik Saiful mesti tahu." Raisya angguk-angguk kepala. Betul juga. Saiful kan bff dia. Mesti tahu semua rahsia.
"Eh, malam tadi sesi confession je ke? Yang lain-lain tak de?"
"Lain-lain apa maksud akak" tanya Raisya keliru.
"Majlis perasmian ke, tak ada?"
"Perasmian apa kak?" Berkerut dahi Raisya. Serius dia tak faham.
"Alaaa Raisya ni. Tak kan tak faham. Malam pertama la." Jawab Fatin terus terang. Naif sangat Raisya ni.
"Hishh... Apa akak ni. Sampai ke situ akak fikir." Raisya tertunduk malu. Macam mana dia tak terfikir itu yang Fatin maksudkan.
"Eh apa pulak. Dah confession bagai. Korang pun dah kahwin nak masuk 3 bulan dah. Tak kan tak ada progress lagi."
"Tak adalah kak. Kami ni baru je kenal. Kena la mengenali satu sama lain dulu." Jawab Raisya.
Kalau ikutkan dia nak stop kan cerita isu ni tapi kak Fatin ni teruja sangat pula. Menyesal beritahu suaminya buat luahan malam tadi.
"Kalau macam tu lambat lagi la nak macam akak ni." Keluh Fatin sambil mengusap perutnya yang dah sarat itu. Raisya hanya senyum memandang Fatin.
"Tak pe lah Raisya. Slow-slow, yang penting kebahagian Raisya dengan Boss." Sambung Fatin lagi.
Qarizh yang baru pulang dari meeting mengajak Saiful keluar minum di cafe berdekatan pejabatnya.
"Apahal ajak minum bro?". Tanya Saiful.
YOU ARE READING
Gila-gila Terjatuh Cinta
RomanceSinopsis "Aku benci orang macam kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke. Siapa la yang malang bersuamikan kau ni agaknya" ~ Raisya Zahra "Kau ingat lelaki yang jadi suami kau untung sangat ke?. Harap muka je cantik. Perangai mengalahkan jantan."~ Qari...