32. ISTERI TAK JADI

2K 73 11
                                    

Hampir 3 bulan Raisya dan Qarizh melalui fasa bahagia dalam rumahtangga mereka. Setiap hari mereka pergi dan balik kerja bersama.

Ramai yang sudah mengetahui tentang hubungan mereka sebagai suami isteri tetapi tiada hebahan di buat. Hanya pemberita dari mulut ke mulut. Raisya tak mahu ada pengumuman khas untuk itu. Biarlah mereka tahu sendiri nanti. Raisya pun sudah tak ambil peduli kata-kata orang.

Fatin sudah seminggu melahirkan anak. Sudah seminggu juga Raisya membuat kerja-kerja Fatin sepenuhnya. Dia agak sibuk menguruskan semua hal.
Sedang dia leka menyusun temujanji suaminya, datang seorang perempuan tinggi lampai dengan blouse dan skirt paras lutut. Dandanan rambut paras bahu yang sangat rapi. Sangat bergaya dan juga cukup seksi pada pandangan mata Raisya.

"I nak jumpa Qarizh." Kata Wanita itu dengan sombongnya.

"Siapa nama cik? Ada buat appointment ke?" Tanya Raisya lembut sambil tersenyum.

"Tiara. I tak perlukan appointment pun." Sombong sungguh tutur bicaranya. Tak secantik rupa dan gaya.

"Cik tunggu sekejap saya confirm kan dengan Tuan Qarizh dulu." Belum sempat Raisya menekan interkom untuk bertanya Qarizh, Tiara telah menonong masuk ke bilik Qarizh. Raisya mengejar dari belakang. Pintu bilik Qarizh dirempuh.

"Sorry boss, Saya minta Cik Tiara tunggu tapi dia terus masuk." Kata Raisya. Dia nampak riak terkejut suaminya.

'siapa agaknya perempuan ni' detik hati Raisya.

"Eer... aa... tak pe Raisya. Thanks." Jawab Qarizh tergagap.

Pelik Raisya dengan panggilan Qarizh. Selalunya tak kira depan siapa pun atau di mana pun dia tetap memanggil Raisya sayang. Kenapa tiba-tiba depan perempuan ni bertukar pula. Macam-macam yang menerjah fikiran Raisya. Sambil melangkah keluar dia cuba berfikiran positif.

Sementara di dalam bilik Qarizh satu perbalahan berlaku antara Qarizh dan Tiara.

"You nak apa lagi? Kisah kita dah berakhir Tiara."

"I nak minta maaf dekat you sayang. I menyesal. I nak kita bina semula hubungan kita." Rayu Tiara. Walaubagaimana sekalipun dia akan berusaha mendapatkan Qarizh kembali.

"I tak boleh terima you. Apa yang you buat sebelum ni keterlaluan. You balik la Tiara. Jangan ganggu i lagi."
"Sampai hati you buat i macam ni Qarizh. Please Qarizh. I merayu dekat you."

Tiara dah mula mengalirkan airmata. Nak tak nak dia perlu dapatkan Qarizh. Percaturan antara hidup dan matinya.

"Please Tiara. Jangan buat i macam ni. I
betul-betul dah move on. I dah kahwin. I dah
ada isteri. I dah ada kehidupan i. Tolong jangan musnahkan hidup i lagi. Cukuplah sejarah kita dulu." Qarizh betul-betul merayu pada Tiara. Dia mahu hidup bahagia dengan Raisya. Memori bersama Tiara telah dibuang jauh.

Tiara melangkah keluar dari bilik Qarizh dengan perasaan hampa. 'tak apa Qarizh, kali ni i gagal. I akan pastikan you masuk dalam genggaman i. Tunggulah.' bisik Tiara sendiri. Tiara terpaksa melakukan semua ini.

Selepas pernikahannya dengan Qarizh gagal
dia terpaksa hidup susah. Lelaki yang bersama dengannya ketika itu rupanya hanya menggunakan dia untuk menghancurkan Qarizh. Tiara telah berpindah selepas pernikahannya gagal dan lelaki durjana itu membuangnya. Baru-baru ini lelaki yang dikenali sebagai Taufiq itu mencarinya kembali. Dia meminta Tiara bersekongkol dengannya menjatuhkan Qarizh. Tiara tidak bersetuju.

Dia tidak sampai hati. Walaupun hubungannya telah berakhir tetapi dia masih ada rasa sayang pada Qarizh. Dia tak sanggup menyakiti orang yang dia sayang.

Malangnya, taufiq telah mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya ke media sosial. Tiara takut. Dia terperangkap dalam dendam taufiq yang mahu memusnahkan perniagaan Qarizh. Tiara betul-betul tertekan sekarang ini. Dia tidak boleh salah langkah. Orang-orang Taufiq ada di mana- mana.

Selepas kepulangan Tiara, Qarizh hanya termenung memandang ke luar. 3 bulan lepas mama ada memberitahunya tentang Tiara. Namun selepas dia menghantar orang untuk segera memberi amaran pada Tiara,

Tiara terus senyap. Tiada lagi kemunculan Tiara. Setelah 3 bulan berlalu dia muncul kembali malah lebih berani lagi sehingga sampai ke pejabatnya.
Pintu bilik Qarizh diketuk. Qarizh yang dari tadi termenung membetulkan duduknya.

"Masuk" muncul Raisya bersama beberapa fail di tangan.

"Hubby okay ke?" Tanya Raisya.

Dia dapat lihat dengan jelas redup wajah suaminya itu. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Melihat perempuan tadi melangkah keluar dengan marah juga membuat hati Raisya tak keruan.

"Ermm... I'm try to be okay." Jawab Qarizh lemah.

"Siapa tadi tu?" Tanya Raisya lagi. Tak mampu lagi dia mahu menyimpan persoalan dalam benaknya.

"Mari sini."

Qarizh memandang Raisya
meminta mendekatinya. Raisya melangkah
mendapatkan suaminya. Fail yang dipegang
diletakkan di atas meja. Raisya berdiri menghadap Qarizh. Qarizh peluk Raisya. Wajahnya ditekup di bahagian perut isterinya. Raisya usap lembut rambut suaminya. Pasti ada bebanan berat yang sedang ditanggung saat ini. Raisya beri ruang untuk Qarizh melepaskan tekanannya.

Setelah puas hati Qarizh bangun. Di tarik tangan Raisya lalu mereka duduk di sofa. Jemari Raisya digenggam erat. Qarizh mendapat kekuatan untuk menceritakan pada Raisya tentang apa yang berlaku.

"Tiara tu bekas tunang hubby. Itulah orang yang hubby ceritakan masa kita berkhemah di kem dulu. Dia dah muncul semula 3 bulan lepas. Tetapi setelah diberi amaran dia hilangkan diri. Sekarang dia datang dan merayu-rayu. Hubby tertekan sangat."

Qarizh meluahkan perasaannya. Dia tak dapat menyimpannya seorang diri. Dia mahu Raisya tahu semuanya.

"Kenapa tiba-tiba dia muncul semula. Mesti ada sesuatu yang buat dia muncul balik." Tanya Raisya.

"Entahlah. Katanya menyesal. Dia mahu kami bersama macam dulu semula."

"So, hubby rasa macam mana?"

"Hubby takkan setuju sayang. Kita dah bahagia sekarang ni. Apa lagi yang hubby nak. Dia hanya tinggal sejarah sahaja. Kalau boleh sejarah tu pun hubby nak buang dari fikiran ni."

"Kalau hubby dah rasa macam tu okay
lah. Jangan fikirkan sangat. Kalau hubby tak
layan tak mungkin akan berlaku apa-apa kan." Pujuk Raisya. Dia yakin dengan suaminya.

"Tapi hubby rasa macam ada sesuatu yang membuatkan dia muncul. Cuma hubby tak tahu apa."

Qarizh rasa kemungkinan besar Tiara dipergunakan. Tetapi Qarizh belum dapat kepastian.

"Kalau macam tu kita siasat la. Baru tahu
cerita sebenar." Qarizh mengagguk-angguk.

Dia pasti akan siasat. Dia akan minta Saiful
mencari penyiasat persendirian terbaik yang
boleh merungkai semua ni.

"Thanks sayang sebab memahami hubby. Thanks sebab sayang tak terima semua ni dengan emosi."

Raisya hanya tersenyum manis pada suaminya. Lengan suaminya di usap lembut. Raisya dah merancang akan cuba siasat sendiri kemunculan Tiara dengan tiba-tiba ini pasti ada sesuatu disebaliknya. Dia akan cuba pertahankan rumahtangganya ini sebaiknya.

************************************
Nak lagi???

Komen NAK ramai-ramai okeh ✌🏻🤪

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now