22. SAYANG DAN HUBBY

2.3K 93 6
                                    

Dari tadi Raisya hanya berkurung di dalam biliknya. Dia teringatkan Wany, lalu telefon di meja solek dicapai. Dia mendail nombor telefon Wany. Selang beberapa saat panggilan disambut.

"Ye Raisya, ada apa?".

"Kenapa kau bagi kunci rumah dekat Qarizh"

"Dia cakap nak ambil barang-barang kau, nak bawa kau pindah. Tak kan aku tak bagi. Dia suami kau kan."

"Masalahnya kalau jiran-jiran nampak macam mana."

"Ala... apa yang kau nak takutkan. Korang dah kahwin. Tak ada isunya." Raisya mengeluh. Mudah je Wany buat kesimpulan.

"Aku duduk dengan Qarizh ni kau okay ke?" Raisya ubah tajuk perbualan.

"Aku okay je. Lagipun next week Hana dah sampai. Dia dah dapat kerja."

"Owh... macam mana aku boleh tak tau ni."

"Kau kan busy kerja. Nak tengok muka kau kat rumah pun susah."sempat Wany membebel.

"Haa... kau okay ke tu. Ni peluang dah ada jangan sia-siakan." Sambung Wany lagi. Berkerut dahi Raisya.

"Peluang apa?" Tanya Raisya.

"Peluang goda encik abang la. Mana tau cair pulak si beku tu".

"Eeiii... Memang tak la. Kau ingat aku ni apa. Kalau dia dah letak jurang, kau ingat aku nak gedik-gedik ke melekat dekat dia. Tidaklah."

"Alah, iyelah tu. Dah duduk serumah tu kita tengokkah siapa goda siapa. Aku tunggu je ni" kata Wany sambil ketawa.

"Dah, kau jangan nak merepek. Okay lah. Aku nak rehat. Malas dah nak layan kau."

"Nak rehat ke nak layan encik abang." Wany ketawa mengusik.

"Malas nak layan kau. Bye." Terus Raisya tamatkan panggilan.

Lagi lama lagi menjadi perangai Wany nanti. Raisya mengeluh perlahan. Mengenang nasib hidupnya selepas ini.

Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Qarizh baru sahaja sampai ke rumah. Dari tadi dia keluar menyejukkan hati yang lara gara-gara isterinya.

Rumahnya sunyi sahaja. Tak nampak kelibat Raisya di mana-mana. 'dalam bilik la kot.' fikir Qarizh. Dia membawa sebungkus nasi goreng yang dibeli untuk Raisya tadi.

Pintu bilik Raisya diketuk beberapa kali menunggu respon. 'tak kan dah tidur' bisik hati Qarizh.Tak lama kemudian pintu terbuka dari dalam. Raisya menjegulkan kepalanya.

"Kenapa?" Soal Raisya.

"Aku dah belikan makanan. Keluar makan dulu."

"Okay sekejap." Raisya masuk ke dalam bilik semula merapikan pakaian dan rambutnya. Rambut panjangnya diikat lalu disanggul tinggi. Terserlah leher jinjang Raisya. Dia memang selesa begini bila berada di rumah.

Raisya melangkah ke dapur untuk mengambil pinggan dan air minuman. Dia perhatikan sekeliling rumah, Qarizh tiada. Mungkin dalam bilik agaknya. Dia buka bungkusan makanan. Semerbak bau nasi goreng yang membuatkan Raisya tiba-tiba berselera. Dia suap satu persatu makanan ke dalam mulutnya. Nasi goreng ni rasanya sangat sedap pada Raisya.

"Makan lah perlahan-lahan. Tercekik nanti macam mana?". Tegur Qarizh yang baru masuk dari balkoni.
Raisya tersedak mendengar teguran Qarizh. Malunya hanya Tuhan yang tahu.

Qarizh mendekat lalu mengusap belakang isterinya itu. Rasa bersalah pula menegur Raisya tadi. Tak sangka boleh terkejut sampai tersedak macam ni. Merah muka Raisya.

"Dah okay?" Tanya Qarizh seraya memandang muka isterinya. Raisya Angguk.

"Awak ni pun, tegur bagi la salam dulu. Nasib saya tak meninggal dunia tadi." Kata Raisya geram.

"Tak kan la sampai meninggal. Cepat sangat aku jadi duda. Duda berhias pulak tu." Jawab Qarizh sambil terkekeh suka hati.

Raisya jeling Qarizh. Dalam hati pula sibuk memuji ketampanan wajah suaminya bila terpamer riak gembira macam tu. Cair segala kebekuan.

"Kau tenung aku macam tu kenapa? Dah macam nak terkam aku je." Soal Qarizh lagi bila dari tadi ternampak Raisya merenungnya.

"Mana ada. Perasan je awak ni. Dah la saya dah habis makan. Nak masuk tidur." Kata Raisya sambil melangkah ke dapur membasuh pinggan. Tak sanggup nak berlamaan dengan Qarizh. Takut juga dia pula yang terkam Qarizh kejap lagi.

"Lepas makan mana boleh tidur. Bancuhkan aku kopi dulu. Hantar kat ruang tamu." Sambil melangkah ke ruang tamu Qarizh beri arahan mandatori pada isterinya.

Raisya mengeluh perlahan. Geram je dengan perangai si suami. Setakat buat kopi Raisya layankan je. Dia ambil mug dalam kabinet lalu membancuh kopi untuk suaminya.

Qarizh ambil remote tv lalu memasang filem aksi. Tak lama selepas itu Raisya datang membawa kopi untuk Qarizh. Diletakkan kopi di atas meja lalu dia berpaling mahu masuk ke biliknya. Tak mahu berlamaan di sini.

"Raisya... duduk sini kejap. Ada hal yang aku nak bincang."

Kata-kata Qarizh buat langkah Raisya terhenti. Tubuhnya dipusingkan lalu duduk di sofa berjauhan dengan Qarizh.

Raisya duduk sambil memandang tv. Jalan cerita lansung tak masuk difikiran Raisya. Yang berlegar di mindanya tentang hal apa yang Qarizh maksudkan. Setelah beberapa minit Qarizh masih lagi diam.

"awak nak bincang hal apa ni? Saya nak tidur."

"Esok cuti pun kau nak tidur awal juga Raisya. Dah macam budak kecil." Jawab Qarizh.

"Iyelah, kalau tak ada apa urusan baik saya tidur."

"Esok mama dengan papa aku nak datang sini. Alang-alang tu aku jemput Saiful dan Wany sekali. So, esok kau kena sediakan makanan untuk tetamu kita. Boleh ke?"

"Diorang datang pukul berapa?"

"Makan tengahari"

"Awak ada plan ke nak masak apa?".

"Kau fikirlah. Esok lepas breakfast kita pergi beli barang."

'suka hati dia je suruh aku fikir. Kalau tak sakitkan hati aku tak sah la dia ni' bebel Raisya dalam hati.

"Kau jangan membebel dalam hati Raisya. Aku boleh dengar tau." kata Qarizh yang dari tadi hanya memandang tv. Sikit pun tak menoleh pada wajah isterinya ini.

"Mana ada saya membebel. Ada apa-apa lagi ke?"

"Lagi satu, kita kena tukar panggilan kita masa diorang ada nanti. Kalau tak nanti terkantoi."

"Ermmm.... Saya awak pun dah okay. So kita proceed saya awak je la sebagai panggilan." Yakin Raisya buat keputusan.

"Aku tak setuju. Nak yang mesra sikit." Kata Qarizh tegas. Raisya mendengus bengang. Semua tak kena.

"Awak pilih je la macam tu." Kata Raisya. 'banyak la dia punya mesra' bebel Raisya dalam hati.

"Aku akan panggil kau sayang. Kau pilih nak panggil aku apa?".

Qarizh segaja suruh Raisya buat keputusan sendiri. Teringin juga nak tau apa dalam fikiran isterinya. Raisya berkerut memikirkan panggilan yang sesuai.

'Kenapa susah sangat task yang dia bagi ni.' bebel Raisya.

"Awak je lah pilih sendiri. Saya ikut je."

Raisya mengalah. Tak larat nak fikir. Kalau panggilan betul-betul seronok juga. Ini panggilan sementara.

"Ermmm... Okay aku nak kau panggil aku Hubby."

Tersedak Raisya dek terkejut. Berlebih lebih sangat encik suami dia ni. Tak dapat bayangkan macam mana lakonan mereka esok. Confirm Wany akan gelak berguling guling.

"Okay ke?" Soal Qarizh bila tengok Raisya tiada sebarang respon.

"Yelah hubby, saya masuk tidur dulu ye. Good night" jawab Raisya lalu berlalu masuk ke biliknya.

Qarizh terkaku mendengar panggilan Raisya. Sejuk terdengar di telinga dengan alunan suara lembut isterinya itu. Terbuai- buai rasa di hati. Hilang rasa sangsi.

Raisya baru lenggokkan suara Qarizh dah cair kalau Raisya lenggokkan badan tak tau la macam mana. Qarizh telan air liur membayangkan isterinya. Adakah Qarizh dah jatuh hati? atau hanya mainan perasaan.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now