28.TRUTH OR DARE?

2K 76 9
                                    

Mereka sampai awal di tapak kem yang telah ditempah lebih awal oleh Saiful. Saiful menaiki kereta bersama Wany dan Hana. Qarizh mahu berduaan dengan isterinya.

Sebenarnya ini adalah perancangan Qarizh. Dia mahu mendekati isterinya. Jadi dia dan Saiful telah berpakat dengan kawan-kawan Raisya untuk berkhemah.

"Lambatnya diorang sampai." Kata Raisya. Dia membantu Qarizh mengangkat barang-barang yang mereka bawa.

"Tak apa lah sayang. Kita set up dulu. Maybe diorang ada singgah beli barang tu."

"Agaknya la tu. Saya rindu sangat dekat kawan-kawan saya. Sejak bekerja ni dah jarang dapat hang out macam dulu." Luah Raisya.

"Dekat hubby sayang tak rindu ke?" Soal Qarizh. Segaja mahu mengusik isterinya.

"Kita dah jumpa hari-hari, kat rumah, kat pejabat. Mana la sempat nak rindu." Jawab Raisya selamba.

"Kalau macam tu hubby nak pergi outstation sebulan la. Mana tau nanti sayang rindu." Rajuk Qarizh.

"Eh janganlah. Sebulan tu lama sangat tu. Kesian saya." Tanpa sedar jawapan Raisya buat Hati Qarizh berbunga-bunga.

"Sayang juga sayang kat hubby kan." Soal Qarizh lagi. Masih tak puas hati. Dia mahu mendengar luahan hati isterinya.

"Nama pun suami, mestilah sayang." Jawab Raisya selamba. Sambil tangan masih ligat menyusun barang-barang memasak di atas meja.

Qarizh teruja dengan jawapan Raisya. Pengakuan macam tu pun dah buat Qarizh seperti ke awang awangan. Walaupun dengan riak selamba namun tetap bermakna pada Qarizh. Qarizh mendekati isterinya. Dia berdiri rapat dibelakang Raisya. Tangannya memeluk pinggang Raisya dari belakang. Raisya terkaku.

"I love you so much my lovely wife" ucap Qarizh rapat ditelinga Raisya.

Raisya terdiam. Tak pasti mahu membalas atau tidak ucapan suaminya itu.

Dia malu. Mereka umpama tenggelam dalam perasaan masing-masing.

"Raisya!!!" Jeritan Hana Dan Wany mengejutkan mereka berdua. Qarizh terus melepaskan rangkulan di pinggang isterinya. Masing-masing hilang tingkah. Terkejut sebetulnya.

"Hai korang!!" Jerit Raisya juga. Dipeluk erat kedua-dua sahabatnya itu. Rindu betul dia.

"Kau sihat Raisya?" Tanya Hana.

"Alhamdulillah sihat sangat. Kau okay Hana?"

"Alhamdulillah okay. Mak ayah aku kat kampung kirim salam kat kau."

"Waalaikumsalam. Rindunya mak cik dan pak cik." Kata Raisya.

Raisya banyak membantu keluarga Hana. Keluarga Hana dari golongan sederhana. Bila ada masalah berkaitan kewangan biasanya Raisya lah yang selalu membantu.

"Kenapa korang lambat? Lama juga kami tunggu" rungut Raisya.

"Saje nak bagi can pengantin baru spend time dulu." Jawab Saiful mengusik.

Dia nampak momen mereka berdua tadi. Dari jauh dia dah tersengeh sengeh.
Merah muka Raisya mendengar ayat Saiful. Dalam hati berharap sangat yang Mereka tak nampak kejadian tadi. Kalau nampak betapa malunya Raisya.

"Baguslah tu. Tadi kami berdua dah set up barang-barang ni semua. So sekarang kami nak berehat tepi sungai. Korang prepare makan tengahari okay."

Kata Qarizh selamba sambil tangannya menarik tangan cik isteri untuk turut mengikutnya ke tepi sungai. Raisya hanya menurut sambil mata memandang dua orang kawannya itu.

"Pergilah. Kali ni kitaorang bagi peluang okay. Next time jangan harap." Kata Wany pula. Hana dan Saiful hanya ketawa.

Selepas makan tengahari mereka duduk berbual-bual. Macam-macam kisah dibualkan. Wany, Hana dan Raisya kalau berjumpa memang tak kan pernah habis cerita mereka. Seronok dapat berkumpul semula.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now