1. Raikan Kejayaan

5.5K 100 2
                                    

Rumah teres setingkat itu riuh dengan hilai tawa 5 orang gadis yang meraikan kejayaan mereka dalam mengapai segulung ijazah. Selepas mereka berhempas pulas 4 tahun bersama akhirnya mereka berjaya mencapai impian mereka.

"Korang balik kampung bila?" Soal Wany pada tiga lagi sahabatnya yang sedang leka mengemas.

"Aku tak sure lagi. Maybe minggu depan." Jawab  Hana.

"Aku pun next week."Jawab Aisya yang leka menonton tv.

"Kau balik bila Syaz?" Tanya Raisya pula. Dia lihat Syaz leka memasukkan pakaian ke dalam bagasi.

"Aku nak gerak dah esok. Abang aku jemput."

"Kenapa cepat sangat. Kita chill la dulu. Lepas ni mesti susah dah nak jumpa." Kata Raisya lagi cuba memujuk sahabatnya itu.

"Tak boleh la korang. Ada kenduri kahwin kakak aku. Nak tak nak kena balik juga." Jawab Syaz sambil buat muka kecewa. Ikutkan hati memang dia teringin nak lepak bersama kawan-kawannya. Maklumlah lepas ni semua akan bawa haluan masing-masing.

"Owh.. kalau ada kenduri memang tak boleh buat apa la kan." Kata Wany sambil dia melangkah mendekati Syaz. Dia bantu Syaz mengemas barang-barang sahabatnya itu.

"Korang ada plan ke?" Tanya Syaz sambil tangan ligat memasukkan buku-buku di dalam kotak.

"Aku cadang nak pergi camping. Korang okay tak?. Pergi 3 hari 2 malam pun dah okay. Kita cari camp site dekat-dekat je." Cadang Wany.

"Woww... Syoknya. Aku kalau camping memang on je." Kata Raisya pula teruja. Raisya memang gila camping. Sesuai la dengan perangai dia yang kasar dan gila-gila tu.

"Aku tak join tau. Aku nak pergi rumah Hilman."sampuk Aisya pula. Aisya memang terkenal lemah lembut dan sangat feminin. Tak suka aktiviti lasak.

"Alaa... Tinggal lah kejap tunang kau tu. Join kitaorang sekali ni je." Pujuk Raisya.

"Tak boleh Sya. Mama Hilman dah bising suruh kitaorang buat preparation cepat. Dah tak nak tangguh lagi katanya." Aisya memberi penjelasan.

Aisya dan Hilman sudah mengikat tali pertunangan semasa tahun akhir di Universiti. Keluarga kedua-dua pihak mahu melansungkan pernikahan mereka sebaik sahaja selesai mendapat ijazah masing-masing.

"Serius ke korang nak terus kahwin Aisya?" Tanya Raisya.

"Serius la. Tinggal lagi 2 bulan je. Itu yang kami dah start prepare semua tu." Jawab Aisya yakin.

"Kau tak rasa awal sangat ke?. Tak.. maksud aku kau tak nak rileks dulu, enjoy life." Sambung Raisya lagi.

"Jodoh aku sampai awal Sya, lagipun tak baik melambat-lambat kan perkara baik kan." Aisya senyum memandang Raisya.

"Betul cakap Aisya tu. Kalau dah jodoh kan. Elak-elak pun datang jugak." Sampuk Wany pula.

"Raisya ni pun entah-entah tak lama lagi kahwin juga ni." Sambung Aisya sengaja mengusik Raisya. Diorang memang tau Raisya tak suka cakap pasal kahwin.

Antara mereka berlima Raisya la tak pernah ada teman lelaki. Bukan sebab tak ada yang minat tapi Raisya ni memang jual mahal. Walaupun sikap Raisya agak kasar dan gila-gila tapi Raisya mempunyai wajah yang cantik. Pendek kata pakej lengkap dari segi paras rupa dan bentuk badan. Paling tip top antara mereka.

"Banyak la kau punya kahwin. Antara kita berlima aku yakin aku yang paling lambat kahwin." Yakin sekali Raisya berkata-kata.

"Jangan yakin sangat Sya, nanti kalau terbalik baru tau. Sekali kau yang kahwin dulu."sampuk Syaz yang baru keluar dari bilik membawa kotak-kotak berisi barangannya.

Yang lain turut ketawa mendengar kata-kata Syaz. Raisya buat muka tak puas hati. Kawan-kawanya memang suka mengusik kalau perihal kahwin. Yang dia tak suka tu la yang diorang suka sebut.

"Malas la nak layan korang. Program camping kita ni confirm tau. 3 orang pun dah okay. Janji pergi. Aku dah tak sabar nak lepas gian ni. Lama dah tak masuk hutan. Kata Raisya mengalih tajuk perbualan mereka.

"Baik boss" jawab Wany dan Hana serentak lantas menyambung ketawa. Sempat Raisya capai bantal kecil yang ada di sofa dan dibaling kepada Kawannya itu.

Suka hati mereka bila dapat peluang mengusik Raisya. Selalu diorang je yang kena usik dengan perangai gila-gila si Raisya ni.

"Kau set tempatkan Sya?" Tanya Hana untuk kepastian.

"Yup. Aku cari dan booking sekali. Korang prepare barang je."Jawab Raisya teruja.

"Harap dapat jumpa jodoh kali ni." Sambung Hana lagi. Membuat bebola mata Raisya naik ke atas tanda annoying.

"Buat muka macam tu. Jumpa jodoh kau baru tahu." kata Hana ditujukan pada Raisya.

"Malas nak layan. Baik aku pergi tidur." Kata Raisya sambil bangun dan melangkah ke biliknya. Sempat dia mencubit lengan Hana tanda melepaskan geram.

"Sakit la weiii..." Jerit Hana. Bising rumah teres itu dengan gelak tawa dan jeritan. Selepas ini semuanya akan berakhir. Mereka akan membina kehidupan masing-masing di luar sana.

Bagi Raisya, dia akan tetap tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur ini. Papa tak kan benarkan dia pindah kemana-mana. Dapat peluang duduk menyewa dengan kawan-kawan pun dah buat dia rasa bersyukur. Dapat dia rasai cara hidup dari pelbagai peringkat masyarakat. Dari golongan yang susah, sederhana hingga lah yang kaya raya.

Gila-gila Terjatuh CintaWhere stories live. Discover now