14. I need you.
JIBRAIL memasuki ward yang menempatkan seorang lelaki yang ditembak pada tangan kanan oleh salah seorang anggota UTK semalam.
Baru sahaja dia dapat berita dari Haikal yang mengatakan lelaki tersebut telah mati bunuh diri di dalam ward tersebut.
"Inspektor Jibrail." Doktor Amin yang sedang bercakap dengan Haikal terus menundukkan sedikit kepala di hadapan Jibrail.
Lelaki itu hanya mengabaikan doktor muda bawah PDRM itu sebelum mendekati lelaki yang sudah kaku di atas katil hospital.
"Dia bertindak menghentak dahi dan menggigit pergelangan tangannya sehingga kehilangan darah yang sangat banyak." Terang Doktor Amin apabila melihat Jibrail yang sudahpun berdiri di sebelah katil tersebut.
Anak mata Jibrail tunak melihat dengan penuh teliti mayat lelaki itu. Pergelangan tangan kanan yang sudahpun terobek besar sehingga menampakkan tulang manakala dahi yang penuh darah akibat pecah di hentak pada dinding.
"Diorang ni terlalu agresif." Ujar Haikal sambil melihat mayat lelaki yang penuh berlumuran darah. Ngeri.
Jibrail masih sepi meneliti mayat lelaki di hadapannya. Tunak mata Jibrail pada lengan lelaki tersebut, kelihatan satu lukisan kecil bewarna hitam yang betul-betul berada di lengan lelaki itu.
Jibrail memegang kemas lengan itu sebelum dia meneliti melihat tattoo tersebut. Tattoo berbentuk kepala naga dilihat bersama renungan tajam.
"Tattoo tu aku rasa tattoo rasmi kumpulan diorang. Sebab mayat lelaki yang kau tembak mati haritu pun ada tattoo tu, lelaki-lelaki yang ditembak semalam pun turut ada. Tapi tattoo tu tak sama tempat. Setiap orang akan ada tattoo di setiap anggota masing-masing tetapi dekat lain." Terang Haikal seakan faham akan apa yang Jibrail sedang fikirkan.
"Maksud aku, lelaki ni dekat lengan. Lelaki yang kau tembak tu dekat dada. Tempat tattoo diorang lain-lain." Tambah Haikal namun Jibrail hanya membisu seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Kau—"
"Tattoo ni sama dengan tattoo kumpulan pembekal dadah dari Korea yang kita tumpaskan tahun lepas." Ujar Jibrail tanpa sempat Haikal menghabiskan kata. Lelaki itu memalingkan kepala melihat ke arah sahabatnya.
Haikal membisu dan cuba mengingati akan hal yang dikatakan oleh Jibrail.
"Dragon head?" Soal Haikal, sepasang matanya bertembung dengan sepasang mata Jibrail. Lelaki di hadapannya itu mengangguk mengiyakan apa yang baru sahaja Haikal keluarkan dari mulutnya.
RAMBUT yang masih lembab dikeringkan dengan tuala, kaki melangkah menuju ke arah meja solek. Yasmeen merenung wajahnya dari dalam cermin, wajahnya yang tampak sedikit cengkung di lihat kosong.
Kejadian dua hari lepas masih segar di dalam kotak ingatannya, nafas dihela perlahan sebelum Yasmeen kembali menyambung aktivitinya mengeringkan rambut.
Dua hari tidak keluar dari rumah dan dua hari itu juga lah dia tidak berjumpa dengan Jibrail.
Bunyi notification iPhone yang berada di atas meja menyebabkan Yasmeen kembali menghentikan aktivitinya sebelum mengambil gajet tersebut.
YOU ARE READING
Milik Jibrail
Romance[ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and I'll break every bone in your body." -Mohd Zeyad Jibrail. Her protective husband. -Immortal love so...