36. Blushing.
KELOPAK mata dicelikkan dengan perlahan saat terasa hembusan nafas hangat mengenai wajahnya dan bunyi azan subuh berkumandang kuat.
Perkara pertama yang di lihat Yasmeen saat kelopak mata dibuka adalah wajah tampan Jibrail yang berada sangat dekat dengan wajahnya.
Terkedip-kedip kelopak mata Yasmeen apabila melihat ketampanan wajah suaminya itu semasa tidur. Tampak sangat tenang seperti anak kecil yang sedang nyeyak tidur.
"Handsome." Perkataan tersebut tiba-tiba sahaja meluncur keluar dari celahan bibir Yasmeen, anak matanya tidak lari daripada terus menatap wajah kacak Jibrail.
Lelaki itu mempunyai hidung yang sangat mancung, bibir merah menandakan Jibrail tidak merokok. Kening yang menampakkan lagi mata lelaki itu garang.
Senyuman manis diukirkan apabila sedar yang lelaki di hadapannya ini sudah bergelar suaminya yang sah semalam.
Tiada lagi perkataan 'bodyguard dan majikan', hanya suami dan isteri pada waktu ini.
Hembusan nafas Jibrail elok sahaja mengenai wajah Yasmeen yang berada dekat dengan diri lelaki itu. Yasmeen menyentuh lembut hidung mancung Jibrail tanpa sedar yang lelaki itu sudahpun mencelikkan kelopak mata merenung ke arahnya.
"Morning my Alana." Suara garau Jibrail yang tiba-tiba sahaja menerjah ke dalam sistem pendengaran menyebabkan Yasmeen segera memandang mata lelaki itu.
Terkejut dengan suara lelaki tersebut, lagi-lagi panggilan Jibrail kepadanya tadi.
Spontan Yasmeen melonjak ke belakang saat melihat sepasang mata garang lelaki itu memanah tepat pada wajahnya.
Jibrail menahan belakang tubuh Yasmeen apabila gadis itu bertindak menjauhkan diri dari tubuhnya.
"La–Lama dah ke you bangun?" Tergagap Yasmeen tatkala menuturkan soalan tersebut, liur ditelan payah ketika perasan akan jarak kedudukan mereka sangat dekat.
Jibrail masih menahan belakang tubuh Yasmeen, takut sekiranya isterinya itu jatuh dari katil.
"Tak lama mana, tapi sempat lah juga dengar awak puji saya." Ujar Jibrail dan masih melihat wajah Yasmeen yang masih blur di hadapannya.
Senyuman nipis diukirkan apabila tahu yang gadis di hadapannya ini segan dengan dirinya.
"Bangun. Kita solat subuh sama-sama." Terkebil-kebil Yasmeen apabila Jibrail menepuk lembut belakang tubuhnya sebelum lelaki itu bangkit dari pembaringan.
Jibrail mengusap wajahnya sebelum lehernya diurut lembut. Yasmeen hanya melihat Jibrail yang baru sahaja bangun dari katil dan terus masuk ke dalam bilik mandi selepas mengambil tuala.
Nafas lega dihela perlahan, dadanya di usap lembut. Mesti lelaki itu dengar akan bunyi dengupan jantungnya yang bagaikan hendak pecah sebentar tadi.
Namun rasa leganya hanya bertahan selama beberapa saat apabila pintu bilik air tiba-tiba sahaja kembali dibuka.
Kelihatan Jibrail menjengulkan kepala memandang ke arah Yasmeen, anak mata gadis itu bergerak melihat separuh bahu tegap Jibrail.
YOU ARE READING
Milik Jibrail
Romansa[ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and I'll break every bone in your body." -Mohd Zeyad Jibrail. Her protective husband. -Immortal love so...