-Bab 29

51.2K 3.7K 320
                                    

29. Disappointed.

JIBRAIL mendekati Yasmeen yang sedang termenung jauh di luar rumah, gadis itu duduk di atas kerusi sambil merenung melihat langit gelap malam.

"Masuk. Nanti badan masuk angin. Sejuk." Yasmeen memalingkan kepala melihat Jibrail yang sudahpun berdiri di sebelahnya.

Lelaki itu tidak memandang Yasmeen, hanya merenung hadapan.

"Nanti I masuklah." Acuh tak acuh saja Yasmeen membalas, kepala kembali menghadap hadapan. Masih merajuk dengan Jibrail sebenarnya.

Jibrail membisu buat beberapa saat, sisi wajah Yasmeen direnung lama. "Cik Alana nak balik KL ke?" Soal Jibrail.

Yasmeen tidak membalas, sengaja malas menjawab dan cuba menunjukkan protes pada lelaki itu. Jibrail mengurut lembut batang hidungnya. Kedua belah tangan dibawa memeluk tubuh.

Gadis itu tidak ceria dari petang semalam lagi, sampai ke hari ini Yasmeen tidak mengusiknya seperti selalu. Mungkin gadis itu berjauh hati dengan kata-katanya semalam.

"Cik Alana merajuk dengan saya ke?" Bagaikan tidak dengar akan apa yang disoal Jibrail, Yasmeen hanya membisu tidak menjawab.

Matanya merenung kosong langit malam yang gelap dihiasi bintang-bintang kecil.

Jibrail diam saat soalannya tidak dibalas, sisi wajah Yasmeen dipandang lama. Gadis itu cantik, bentuk wajah bulat Yasmeen sangat kecil.

Kalau dibandingkan dengan tangan Jibrail, wajah gadis itu sebesar tapak tangan lelaki tersebut sahaja.

Hidung mancung yang cantik terletak menyebabkan wajahnya makin manis menjamah mata orang yang memandangnya.

Bulu mata yang lebat dan panjang milik gadis itu juga sangat menarik.

Yasmeen yang perasan akan Jibrail sedang merenungnya terus memalingkan wajah menghadap lelaki tersebut.

"Jangan tengok I macam tu lah." Ujar Yasmeen dan kembali melihat ke hadapan, wajah yang sudah terasa bahang akibat malu dengan Jibrail buatkan gadis itu mengusap lembut pipinya.

Malu apabila direnung oleh Jibrail.

"Talk to me. Apa yang buatkan Cik Alana merajuk dengan saya?" Soal Jibrail tanpa memalingkan wajah ke arah lain. Mata masih merenung belakang kepala gadis itu.

Sengaja dia menyoal walaupun sudah mengetahui alasan mengapa Yasmeen seperti itu.

Yasmeen menghela nafas perlahan, sakit hati betul dengan Jibrail ini.

Lelaki itu benar-benar tidak mempunyai perasaan, seperti langsung tidak ada rasa bersalah.

"I nak masuk." Belum sempat Yasmeen hendak bangun dari duduknya, Jibrail dengan pantas menekan bahu kiri Yasmeen supaya kembali duduk. "Ish Jibrail—"

"Fikirkan dulu baik-baik. Saya sesuai ke untuk Cik Alana?" Jibrail merenung mata cantik Yasmeen, nada suara rendah dan lembut lelaki itu menusuk ke dalam telinga Yasmeen.

Gadis itu hanya membisu tidak membalas, mata masih melawan renungan mata Jibrail tanpa ragu.

"Cik Alana rasa selamat ke bila dengan saya? Boleh hidup dengan saya yang macam ni? Tak takut kalau nanti Cik Alana selalu makan hati dengan sikap saya?" Panjang lebar Jibrail menyoal, dia mahu mengetahui tujuan gadis itu menyukainya.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now