-Bab 17

52.1K 3.5K 161
                                    

17. Run!

TERSENTAK hebat Yasmeen apabila pintu kayu ditolak kasar dari luar sebelum enam orang lelaki berjalan masuk ke dalam rumah tersebut. Pantas gadis itu berselindung di belakang Jibrail.

"Wah wah wah. Dah bangun rupanya." Ujar seorang lelaki yang berada di bahagian kanan sambil memandang ke arah Yasmeen dan Jibrail.

Jibrail hanya beriak tenang melihat ke arah lelaki-lelaki yang sedang berdiri megah di hadapannya. Wajah lelaki-lelaki tersebut diperhati satu persatu seakan mengesan wajah-wajah itu dan disimpan ke dalam kotak ingatannya.

"Hey inspektor. Aku fikir kau ni kuat sangat. Rupanya lembik saja." Lelaki yang berada paling hadapan mendekati Jibrail sebelum lelaki itu bertindak duduk bertinggung di hadapan Jibrail.

Yasmeen hanya melihat dari belakang, tidak berani hendak bersuara mahupun melihat wajah-wajah lelaki itu dengan direct.

"Inspektor guna cable ke kau ni? Tak pernah pula aku tengok muka kau sebelum ni. Budak baru eh?" Soal lelaki yang masih berada di hadapan Jibrail. Pipi Jibrail ditepuk berkali-kali.

Lelaki itu seakan hendak memanaskan hati Jibrail namun sepeti gagal tatkala melihat riak tenang lelaki berwajah tampan itu.

"Hoi inspektor. Kalau rasa diri tu tak kuat untuk jadi polis, tak payah lah susahkan diri. Baik pergi jual keropok lekor tepi jalan je." Berdekah lelaki-lelaki yang sedang berdiri apabila mendengar kata sindiran dan jenaka yang dibuat oleh lelaki yang sedang duduk bertinggung di hadapan Jibrail.

"Eh perempuan, nama dia apa? Jibrail eh?" Kini wajah Yasmeen pula menjadi perhatian mereka. Jibrail hanya merenung tajam wajah lelaki yang berada di hadapannya itu.

"Asal tak Izrail ke? Biar nampak ngeri sikit." Yasmeen mempamerkan riak wajah jijik mendengar suara tawa lelaki-lelaki di hadapannya itu.

"Izrail, cabut nyawa korang." Ujar Jibrail perlahan, senyuman sinis diukirkan pada wajah tampannya sebelum tawa halus dihamburkan.

Renungan mata bagaikan mampu menghiris kulit lelaki-lelaki yang berada di situ.

"Nyawa korang berdua yang akan dicabut dulu." Seorang lelaki yang sedang bersandar pada dinding bersuara sambil menatap wajah Jibrail dan Yasmeen.

"Eh sabar dulu. Sebelum kita bakar diorang ni, apa kata biar aku guna perempuan ni dulu—"

BUK

"Bodoh!" Belum sempat lelaki yang duduk bertinggung di hadapan Jibrail itu menghabiskan kata, Jibrail dengan pantas menghantuk kuat kepalanya pada wajah lelaki tersebut sehingga lelaki itu jatuh terduduk di hadapannya.

Serentak itu juga lelaki-lelaki yang sedang berdiri itu menghalakan pistol ke arah Jibrail. Lelaki yang berada di hadapan Jibrail akibat dihentak pada muka tadi menekup kuat hidungnya yang mungkin sudah patah.

"Watch your tone when you speak to me." Ujar Jibrail sambil merenung tajam wajah lelaki yang sedang mengerang sakit itu.

"Touch her and I break every bone in your body." Tegas Jibrail memberi amaran, nada suaranya biasa sahaja tidak ada gentar langsung yang terselit.

Milik JibrailWhere stories live. Discover now