32. His confession.
DATUK Azlan memandang sisi wajah Jibrail yang sedang memandu kereta, senyuman nipis diukir oleh lelaki tua tersebut.
"You memang ikhlas nak jaga anak I sampai bila-bila lepas ni?" Jibrail memalingkan kepala memandang Datuk Azlan saat lelaki itu mengajukan soalan tersebut.
"Ya Datuk." Itu sahaja balasan Jibrail namun mampu menyebabkan Datuk Azlan tersenyum puas. Kereta Yazir yang berada di hadapan di pandang lama.
"Yasmeen tu manja orangnya. Dia jenis lembut. Kalau nak kan dia, jaga dia baik-baik macam I jaga dia selama ni." Datuk Azlan tidak memandang ke arah Jibrail, mata memandang belakang kereta Yazir sahaja.
"Yasmeen memang nampak gila-gila, suka mengarah membentak... tapi dia orang yang jenis memahami. Mudah menangis dalam diam. I dah makin tua, bila-bila masa saja I boleh tinggalkan dia. I perlukan seorang lelaki yang boleh jaga anak perempuan kesayangan I sampai bila-bila." Jeda buat seketika, Jibrail masih membisu tidak menyampuk sepatah pun apa yang Datuk Azlan sampaikan.
"Tolong jagakan Yasmeen untuk I, Jibrail. Hanya you je yang I percaya sangat-sangat." Sisi wajah Jibrail dipandang lama. Dia suka dengan cara Jibrail berkorban untuk anak perempuannya selama ini.
Jelas tampak Jibrail mampu mendampingi Yasmeen.
"Nanti kalau you tak nak dia, pulangkan balik pada Yazir." Jibrail memalingkan kepala memandang Datuk Azlan, anak matanya bertembung dengan anak mata Papa Yasmeen itu.
"Please treat my daughter like the princess she is." Perlahan sahaja Datuk Azlan menuturkan kata-kata tersebut, lelaki itu bagaikan memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada Jibrail.
Lelaki muda itu hanya membisu dan menganggukkan kepala memahami akan apa yang Datuk Azlan mahukan.
'I'll treat her like a queen...'
YASMEEN mendekati Datuk Azlan yang sedang duduk santai di ruang tamu bersama Yazir, gadis itu melabuhkan punggung di sebelah Papanya.
"Kenapa Yasmeen tak tidur lagi? Dah lewat ni." Yazir menyoal pelik melihat Yasmeen yang sudahpun berada di sebelah Datuk Azlan. Gadis itu mencebik dan menyandarkan kepala pada bahu Datuk Azlan.
"I tak ngantuk lagi." Balas Yasmeen dengan perlahan, otaknya ligat memikirkan apa yang berlaku di airport petang tadi.
"Kenapa Jibrail datang tadi sebenarnya? I kurang faham part yang Papa kata Jibrail suami I tu. Sejak bila pula I cakap I nak dia jadi suami I?" Ujar Yasmeen sambil memandang wajah Datuk Azlan.
Datuk Azlan memandang wajah Yazir buat beberapa saat, Yasmeen mengerutkan dahi apabila melihat Yazir dan Datuk Azlan tersenyum sesama sendiri.
"Papa yang suruh Jibrail jadi suami you." Yasmeen merenung wajah Datuk Azlan tatkala lelaki itu menuturkan kenyataan tersebut.
"Kenapa korang suka sangat buat sesuatu tanpa tanya I dulu?" Soal Yasmeen tidak puas hati, wajah Yazir dipandang sekilas dan dijeling tajam.
"Aik bukan ke Yasmeen yang suruh Jibrail kahwin dengan dia ke? Suruh Jibrail jaga Yasmeen sampai bila-bila. Ni Papa dengan abang tolong pujuk Jibrail lah ni." Yazir menerangkan sambil menyindir lembut Yasmeen.
YOU ARE READING
Milik Jibrail
Romansa[ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and I'll break every bone in your body." -Mohd Zeyad Jibrail. Her protective husband. -Immortal love so...